Part 46

8K 255 0
                                    

Aku duduk di bangku ditepi taman itu.Sudah hampir 2 bulan aku disini.Hanya taman ini yang membuatkan aku tak jemu hadir setiap hari.Suasananya yang nyaman buat aku tenang.Bunyi daun-daun berterbangan apabila angin kencang menerpa.Shawl yang aku pakai juga senget diterbangkan angin.

Gambar di tangan aku terlepas.Haih..terbang pula! Cepat-cepat aku mengejar sekeping gambar itu.Tiba-tiba ia berhenti di hadapan seseorang.Orang itu menunduk lalu mengutip gambar tadi.Aku hanya tersenyum tipis.

"Kenapa sayang kejar gambar ni?Gambar apa ni?"Emran memusingkan gambar itu.Matanya terbuntang tetapi kian redup.Senyuman di bibir mula mekar.Khas untuk si pemilik rusuk kirinya itu.

"Manja sayang abang ni kan!"Emran mencuit hidung aku.Aku hanya tersenyum kecil.Abang? Yes,kami sudah biasakan diri dengan panggilan baru itu.

"Ala abang ni! Sakit hidung Mai tau tak?"Aku memuncungkan bibir.Tangan kanan mengusap perlahan hidungku.Bukan sakit pun,tapi sengaja nak bermanja.Kenapa? Salah nak manja dengan hubby sendiri?

"Yeke? Meh sini abang kiss hidung.Mesti tak sakit dah"Emran terus memuncungkan bibirnya dan mendekati wajah aku.Mahu sahaja aku ketawa melihat wajahnya itu.Comel!

"Jangan nak mengada! Tak sakit dah"Cepat-cepat aku gosok hidung kemudian senyum melihat Emran.Wajah Emran kelihatan masam kerana niatnya tadi dihalang.Bibirnya sudah muncung.Kalau gantung baju pun,boleh.

"Alolo..merajuk ke?"Aku memegang kedua belah pipi Emran.Tetapi matanya tak mahu memandangku.Tangan sudah memeluk tubuh.Haih..suami..

"Sorry lah.Okay?"Aku menarik pipinya mendekati wajah aku.Pipinya itu aku cium lembut.Tapi sebelah sahaja!Emran kelihatan ingin tersenyum tapi cepat-cepat dia menghilangkan senyuman.

"Sorry lah,abangku sayang.Intan payung,si manja"Aku mencium sebelah lagi pipinya.Aku lihat riak wajah Emran.Kalini dia tak mampu menyorokkan riak wajahnya.Senyuman mekar terukir.Lesung pipit juga terbit.

"Pandai sayang eh?"Emran terus mencium hidungku sambil tersenyum.Bahagia.Itu yang aku rasa sekarang.

"Kenapa sayang tengok gambar kita kahwin ni?"Emran duduk di atas bangku lalu memeluk bahu aku agar dekat dengannya.Kepala aku dilentokkan keatas bidang bahunya.

"Saja.Rindu nak jadi budak sekolah yang dah kahwin"Tawa aku selitkan.Emran juga tersenyum seperti aku.Kenangan itu terlalu indah buat aku dan Emran.

"Idea gila kan semua ni? Sayang kahwin dengan abang sebab Kak Saufa nak berhijrah ke Paris.Tak tahu pula ajal mereka semua tu awal"Aku menundukkan wajah.Setiap kali teringat akan kenyataan itu,aku pasti mengalirkan air mata.

"Dah lah,sayang.Jangan nangis.Nanti baby dalam perut tu ikut menangis juga"Emran menarik dagu aku agar menghadap mukanya.Kelopak mata aku diusap menggunakan jarinya.Senyuman ikhlas aku beri pada dia.Macam manalah aku tak sayang gila kat dia ni!

Ouh ya,aku pregnant! Dah satu bulan.Tak sangka pula aku disahkan mengandung di tempat yang bukan tanah air aku,di Jordan.Abang Faiz sudah lama mendapat kewarganegaraan di sini.

"Okay,tak nangis dah.Anak ummi jangan nangis tau! Sian dekat abah"aku mengusap perut aku yang masih kempis.Bilalah agak nya perut ini membesar? Tak sabar aku untuk melihatnya.

"Haa..anak abah jadi budak baik tau! Jangan jadi macam ummi.Manja sangat! Tapi tak apa,abah sayang!"Emran pula mengambil giliran mengusap perut aku.Pecah ketawa aku melihatnya.

"Amboi,nak kata Mai manja ye?Tunggulah abang"Lagak aku seperti mahu mengugut tapi sebenarnya tidak.Sengaja mahu mengenakan suami aka si pengarang jantung.

"Kalau sayang manja sangat,abang suruh Abang Faiz jaga.Abang nak balik Malaysia"pantas tangan aku menepuk lengannya.Selamba badak dia je nak tinggalkan aku kat sini!

Emran ketawa dengan kuat melihat aku menepuknya.Aku pula tidak tahan melihat wajahnya.Aku juga turut tertawa.Tawa kami bersatu.

Hari ini,aku bakal pulang ke Malaysia!Aku mahu bersalin di sana.Walaupun aku boleh saja bersalin di sini,tapi banyak prosesur yang perlu dilakukan.Lagipun aku mahu ibu mertua aku yang menjaga aku ketika berpantang.

"Sayang lapar tak? Flight kita lagi sejam ni"Emran yang baru sampai dari toilet menyapa.

"Lapar.Baby pun lapar"Aku mengusap perut aku yang sudah memboyot.Sudah masuk 7 bulan.

"Ala..siannya.Dah jom! Kita pergi makan!"Emran memeluk bahu aku.Beg juga tidak lupa untuk dibawa.Sampai sahaja di sebuah restoran,aku memesan makanan.
Begitu juga Emran.

Pelajaran kami? Aku dan Emran berhenti belajar di sini.Kerana aku sedang berbadan dua.Ikutkan perancangan,selepas aku bersalin,kami berdua akan sambung belajar di Malaysia sahaja.

Ketika menunggu makanan sampai,tiba-tiba ada suara menegur.

"Maira? Im?"

Aku menoleh serentak dengan Emran.Mata aku membulat.

"Amira?"

"Yes! Ya Allah,tak sangka jumpa korang dekat sini!"Keterujaan Amira jelas kelihatan.Penampilannya turut berubah.Dia sudah berhijab.Alhamdulillah..Nampak manis dia mengenakan tudung shawl neelofar dan juga memakai jubah.

"Alhamdulillah..kau dah berubah"Aku tersenyum melihat Amira.

"As you can see,aku berubah lepas je habis sekolah.Dulu aku masih tak matang.Nak hancurkan korang berdua.Haha.And look right now.You're get a baby!"Amira ketawa kecil begitu juga aku.Emran hanya tersenyum sambil matanya hanya memandang aku.

"Thanks.By the way,kenapa kau ada dekat sini?"

"Ouh,aku teman tunang aku photoshoot.He is a photographer"

"So,you're engaged? Ya Allah,cepatnya masa berlalu kan?And..macam mana Fara sekarang?"Aku bertanya tentang Fara.Walaupun dia memang musuh abadi aku,tapi aku tak lupa tentang khabarnya.

"Err..actually Fara.Dia....dah meninggal"Mata Amira menunduk ke bawah.Jelas dia terkesan dengan pemergian Fara.

"What? But...how?"

"Dia meninggal dah nak dekat 6 bulan lepas.Korang ingatkan dinner kat dewan sekolah tu? Waktu Im buat surprise,Fara dah lari.Aku dah halang dia.Tapi dia degil.Dia kata dia nak balik rumah"

"Waktu perjalanan dia nak balik tu,dia dalam keadaan marah.Malangnya,dia termasuk lorong bertentangan dan..dia berlanggar dengan lori"Aku menutup mulut akibat terkesima.

"But,alhamdulillah.Dia tak meninggal.Tapi dah kritikal.Cedera parah.After doktor rawat dia,doktor sahkan dia menghidap kanser barah otak tahap 3.Waktu tu semua orang macam tak percaya.Especially,Tan Sri Mahmud,daddy Fara.Puan Sri Fatin meninggal disebabkan barah otak juga.Mungkin penyakit keturunan keluarga"

"Aku ada juga melawat Fara.Fara berubah sejak tahu dia ada barah otak tahap 3.Dia jadi pendiam.Nangis sorang-sorang.One day, dia minta aku bawa korang berdua datang sebab dia nak minta maaf.Dia ibarat dah tahu penyakit ni dah merebak.Pada hari yang sama,doktor mengesahkan kansernya sudah mencapai tahap 4"

"2 bulan dia menderita penyakit ni.Aku dah cuba contact dengan korang tapi korang dah belajar jauh.Nombor pun korang dah tukar.Dan..akhirnya Fara meninggal selepas meminta maaf kepada semua orang"

Air mata aku mengalir mendengar apa yang terjadi kepada Fara.Tak sangka hidupnya begitu sukar.

"Aku harap korang maafkan dia"Amira memegang tangan aku.

"Aku dan Emran maafkan Fara"Amira tersenyum mendengar kata-kata aku.

Aku berharap Fara tenang di sana.Dia sudah menjadi pengisi hidup aku.Terima kasih Fara.

____________________________________
Hai readersss!

So,part kali ni taklah gempak mana.Tapi harap korang enjoy!

Saya nak bagitahu yang..cerita ASKS akan tamat.Dah nak habis dah cerita ni.Saya nak buat third story pula lepas ni.Amacam? Hehe.

Bye! See you in next update!

Aku Suka Kaulah Sayang!Where stories live. Discover now