Part 6

7.7K 334 11
                                    

Emran melihat telefon bimbitnya itu.Dia melihat panggilan yang telah dibuat.Nombor yang Maira dail tadi dibaca lama.

Aik? Nombor ni tak sama pun dengan nombor dia hari tu?Dia tukar nombor ke?

Tanpa membuang masa,Emran memasukkan nombor itu didalam contact dengan nama "Future Wife".

Emran tersenyum kecil.Humaira masih tak tahu lagi tentang perkara ini.Haih..it's okay Maira.One day,you will know..
»«»«»«»«»«»«»«»«»«»«
Aku sedang bersiap untuk bersenam atau orang panggil joging.Sama je la kan?

Niat aku? Saja je sebenarnya.Yelah,esok nak merentas desa.So,aku kena la ready dari segi mental dan fizikal.Cehhhh!!!

Selalunya merentas desa,aku akan dapat number top 5.Kadang-kadang nombor satu.Kalau aku tak practice,aku mesti dapat nombor 5.Paling kurang lah.Kawan-kawan aku dulu selalu kata yang aku ni over.Over sebab aku asyik lari laju-laju then dapat nombor every year.Nak buat macam mana kan? Dah kaki aku ada luck.Kau ada?

Biasanya budak-budak perempuan sekarang sengaja jalan lemah gemalai.Sebab diorang kata diorang dah besar.Lagipun perempuan tak molek main lari-lari ni.

Yes.Aku setuju.Tapi,bukan ke berlari dan bersukan tu untuk kesihatan badan.Mengikut apa yang aku tahu,mana-mana wanita yang suka berlari,badan diorang memang slim.Aku berlari bukan sebab aku nak dapat badan slim.Tapi sebab aku suka.Aku suka main kejar-kejar.So,tak salahkah aku praktikkan apa yang aku minat?

Earphone aku dah sumbatkan ke dalam telinga.Fon aku pula aku letak di dalam poket baju aku.Sebelum aku keluar,aku mengunci pintu rumah.Kak Saufa dan Abang Yad biasanya balik dalam pukul 7malam macam tu.Aku pun mula berlari di taman berhadapan dengan rumahku.Aku suka kalau rumah dekat dengan taman.

Ketika aku berlari,aku terlanggar bahu seseorang.Sakit dia tak payah katalah.Lutut,siku aku sedikit luka akibat bergesel dengan tar.Haduih! Siapa malaun ni? Sedap kau je rempuh aku macam tu? Kau nak mulakan Perang Dunia Ketiga?

"Hah! Kau rupanya Mai! Ingatkan siapa lah yang buta sangat nih?"

Aku mendongak untuk melihat muka jejaka yang mulut berpuaka tu.Jeng jeng jeng!! Immurai!

"Haduh! Kau ni kan sengaja je nak bagi mood aku hilang.Aku baru je nak semangat,tapi kau spoillah!"Aku bangun lalu menepis-nepis debu pasir di seluar aku.Kurang di ajar betul Murai nih!

"Spoil apebende? Kau tu joging tak pandang orang sekeliling,nak salahkan aku pula"

Aku mencebik.Dia ni bukannya reti nak mengalah.Asyik nak menang je! Eh? Aku pun sama je kan?

"Kak Mai!!"Aku menoleh.Bibir aku terus mengukir senyuman.

Ell sedang berlari-lari ke arah aku.Sampai sahaja,dia memeluk ku dengan erat.

"Adik Kak Mai buat apa dekat sini?"Aku terus duduk supaya ketinggian aku sama dengan tinggi Ell.

"Ell joging dengan abang.Kak Mai,nanti Kak Mai datang rumah Ell tau! Ell ada teddy bear baru!"Cerita Ell dengan teruja.

Aku hanya tersengih.Teddy bear? Boleh lah..Janji bukan ultraman sudah..

"Okay.Nanti Kak Mai datang kita main teddy bear.Ye?"

"Yay! Sayang Kak Mai!"Ell mencium pipiku.

Aku tersentak.Begini rupanya rasa ada adik.Aku rasa bahagia pula.Pipi Ell dicubit manja oleh aku.

"Amboi Ell..dah ada Kak Mai,dah tak sayang abang kan?Okay lah abang nak merajuk"Aku nak ketawa mendengar ayat Emran.Merajuk? Tak gentle langsung lah! But...cute.

"Ell sayang abang lah!'Abang janganlah merajuk.Siapa nak teman Ell tengok Sofea the First nanti?"

Sofea the first?! Okay serius lawak! Im layan cite macam tu? Aku ingat aku sorang je.Hahaha!

"Kalau nak abang tak merajuk,kiss pipi abang macam Ell buat dekat Kak Maira"

Tanpa membuang masa,Ell mencium pipi abangnya.Emran pula membalas ciuman adiknya.Haih..bahagia lah pula!!

"Kak Mai,abang jom makan aiskrim!Ell craving for ice cream!"Ell menarik tangan aku dan Emran serentak.Aku hanya menggeleng.Tapi,aku mengikut sahaja kehendak gadis kenit itu.
»«»«»«»«»«»«»«»«»««
Inilah harinya! Hari merentas desa sekolah! Wo hoo!! Siapa lagi kalau bukan aku yang terlebih excited!Biasanya gadis-gadis dekat luar sana.Semua tak excited.Tapi aku yang happy!

"Akak!! Mai pergi sekolah dulu tau! Assalamualaikum!"aku menjerit dari luar rumah.Kasut sukan aku sarungkan pada kakiku.

"Okay! Jalan kaki elok-elok"Kak Saufa membalas.

Aku memulakan hari ku dengan membaca Bismilah.Mulai sekarang,aku akan pergi dan balik sekolah dengan berjalan kaki.Biarlah Kak Saufa jaga suami dia pula.Takkan nak jaga aku je?

Apabila aku mula melangkah,tiba-tiba..

"Hah!!!"

Aku apa lagi,menjerit lah!

"Ahhhhhh!!!"

Mata aku sempat melirik kepada Emran yang tergelak-gelak kerana dapat mengenakan aku.

"Woi! Kau dah gila ke hah?! Kalau aku kena serang sakit jantung macam mana?"Aku mengurut dada aku.Aku dah nak pengsan tadi.

"Takkanlah aku nak biar kau sakit jantung.You are my future wife.Remember?"

Ahhh!!!!'Sakitnya hati aku! Sejak perjumpaan aku dan keluarga Emran tempoh hari,Emran semakin berani mengusik aku!

"Kau jangan nak perasan eh? Siapa yang nak jadi future wife kau?"Aku segera melangkah meninggalkan Emran.Emran hanya tersengih.

"Ala..sebenarnya kau suka kan bila aku cakap pasal future wife ni!"

"Kau jangan nak perasan okay?Aku malas nak ambil tau pasal benda ni.Tak penting pun dalam hidup aku"

Tanpa aku sedari,ada batu yang aku pijak ketika berjalan laju.Badan aku dah tak seimbang.Kaki aku dah tak teratur.
Aku nak terjatuh.Ahhhhh!!!!

Eh? Kejap.Aku tak jatuh lah.Tak kena tanah pun.Tapi..macam mana... Mata aku melihat tangan yang melingkar dipinggang aku.

Makkkk!!!!!!!

Aku segera berdiri tegak sebelum menepis tangan Emran.Malu wehh!!!

"Kau okay tak?"Jelas terpancar riak risau di wajahnya.

"Ak..aku..aku okay"Memang tergagap-gagap la aku jawab.

"Dahlah jom gerak"aku berjalan pantas ke hadapan.Malu malu malu!!!!!!!!!
»«»«»«»«»«»«»«»«»«»«
"Hai Maira!"Aku menoleh.

Ayiz rupanya.Ingatkan si Murai tu.

"Hai,Ayiz.Ada apa hal panggil aku ni?"

"Saja nak cakap goodluck!Harap kau menang"

Aku hanya ketawa kecil.

"Kau pun sama.Harap rumah biru tak cantas rumah merah"

"Hahahha..Mai..aku.."

"Maira!!"Aku menoleh.Si Murai dah sampai.Huh!

"Sorry Ayiz aku kena pergi sana lah.Nanti borak lagi okay? Bye!"

"Ha..okay"Ayiz hanya melihat Humaira pergi.

"Aku akan cari masa lagi Maira..Kau tunggu"
»«»«»«»«»«»«»«»«»«
"Mai,kau kena lari laju tau.Kau jangan lari awan nano! Biasalah perempuankan asyik lemah tak tentu pasal"

"Hei! Aku bukan tergolong dalam perempuan macam tu okay?"

"Eleh,ingat!Jaga diri kau elok-elok.Jangan nak bagi cedera pula.Aku juga yang susah"

Ha? Susah?

"Kenapa pula?"

"Sebab my sayang cedera"

Aku menjegilkan mata.

"Iee!! Siapa sayang kau entah?! Dah lah nak bla ni! Karang cikgu panggil.Bye!"

Sedap dia je panggil aku sayang! Kau ingat aku ni girlfriend kau ke? Huh!

Maira..maira..Aku sayang kau lah!!
______________________________
Camne part ni? Okay ke idok? Boleh dapat A tak? Hehe.Sorry kalau boring.Baru nak freshkan otak.Dah seminggu tak berfungsi nih! Oklah! Nak sambung pikir idea.Hiks!

Teruskan membaca ye #ASKS readers!!

Aku Suka Kaulah Sayang!Where stories live. Discover now