Aku memakai earphone di telinga.Mendengar lagu-lagu kegemaranku.Aku berjalan ke arah buaian di luar rumah.Buaian ini arwah ayah belikan untuk aku.Haih..rindu ayah.
Aku mengusap tempat duduk di buaian itu.Terasa sekejap saja aku hidup bersama ayah.Ketawa ayah.Gurauan ayah..Aku rindu semua tu.
Aku pejam mata sambil menghayati lagu yang aku dengar.Tenang sahaja perasaan ini.Tiada masalah yang berlenggu di kepala.Lagu Fly daripada Got7 bermain di telinga.Maaflah..aku ni minat kpop jugak.
Mendengar lagu itu buatkan aku mahu menari.Aku tersenyum sendiri.Kalau aku menari,sudah tentu retak jalan tar kat sini!Sedang asyik aku mendengar lagu,tiba-tiba earphone disebelah kiri telinga aku ditarik.Terus aku membuka mata kerana terkejut.
Ya Allah! Aku merenung tajam saudara yang berada di sisi aku ni.Nak aku bagi penampar,merajuk pula.Nak aku bagi bebelan,ditutup telinga karang.
"Apa?"Emran bersandar di buaian sambil memandang aku dengan dahi yang berkerut seribu.
"Awak ni memang tak reti bagi salam eh?"Aku menggenggam jari jemari aku.Geram!
"Ouh..Assalamualaikum!"Emran kembali menutup matanya setelah memberi salam.Matanya ibarat menghayati lagu yang dimainkan.
Aku hanya menggeleng kepala.Umur dah 18 tapi macam 8 tahun! Aku pun turut serta bersandar pada buaian dan menutup mata.Suka hati Emranlah dia nak buat apa.Jangan kacau aku sudah..
Emran melihat Maira yang sudah menutup mata.Senyuman kecil terukir di bibirnya.Mata Maira..Hidung Maira..Bibir Maira..semua nya menjadi kegemaran Emran.
Kenapalah aku tuduh kau macam-macam kan? Butanya aku.Perempuan sebaik kau ni,jarang ada dalam dunia.Aku beruntung memiliki kau.Aku sayang kau Maira..Aku mendekatkan bibir ku di pipi Maira.
Aku rasa bulu roma aku menegak.Sebab apa? Entahlah.Ada hembusan halus di telinga kiri aku.Aik? Angin mana pula ni? Seram!
Cupp~~
Aku terus membuka mata.Mata aku terbeliak melihat Emran sedang mencium pipiku.Tangan dan kaki aku menjadi sejuk.Kaku di situ juga.Nak menolak,hati pula tak mahu.Haihhh.
Apabila kucupannya sudah dilepaskan,aku kembali bernafas.Fuh.. Aku terpempan.Emran memandang aku tanpa berkelip.Anak matanya tajam merenung menusuk ke dalam hati aku.
Tangan aku diraih dia.Dia menggenggam tangan aku erat.Sekarang fokus aku hanya pada Emran dan bukan pada lagu.Jantung aku berdegup kencang.Sangat kencang.
"Maira..I'm so sorry.Maafkan saya kalau saya buat awak nangis.Saya akan jadi pengganti ayah untuk awak.Saya akan jaga awak selagi saya masih bernafas.Saya akan sayang dan cinta awak sampai hujung nyawa saya.Hanya awak cinta pertama dan terakhir saya..Ingat tu"Emran mengukir senyuman manisnya kepada aku.
Air mata aku mengalir perlahan.Terharu mendengar ucapannya.Tangan Emran mengusap air mata aku perlahan.
"Shh..jangan nangis.Saya ada dekat sini"Emran menarik aku ke dalam pelukannya.Aku menangis di bidang dadanya.Tangannya tak berhenti mengusap kepala aku.Tak lupa juga umbun-umbunku dicium lembut.
Aku bahagia.Bahagia dengan si pemilik hati. Rumahtangga kami masih muda.Aku tahu banyak lagi yang perlu kami tempuh.Menyerah kalah terlalu awal? Itu bukan penyelesaian yang baik.
"Saya sayang awak,Im"Ucapku ikhlas.
"Saya tahu.Saya sayang awak juga"Emran mengucup dahiku.Syahdu terasa.Harap rasa ini berkekalan sampai bila-bila.
Danish memandang jam di tangannya.Sudah setengah jam tetapi wajah adiknya masih tidak kelihatan.Haish! Tak boleh jadi ni!
Danish mengorak langkah.Tempat pertama yang dia akan singgah sudah tentunya POPULAR.Adiknya memang gila novel.
YOU ARE READING
Aku Suka Kaulah Sayang!
RomanceAku Humaira.Semua kawan aku panggil aku Maira.Aku ni bukannya nak cakap besar ke apa.Tapi,untuk pengetahuan korang.Pada umur 18 tahun,hidup aku dah sengsara! Aku baru je nak bahagia lepas SPM tapi what?! Emran Fakrimi! Dia ni lah manusia yang bagi h...