That Kingka Is My Target! Part 4
Juyeon dari tadi berlegar-legar di dalam biliknya.Mrs Kim Junha mengetuk pintu bilik anak perempuannya."Juju!"panggil Mrs Kim Junha.Juyeon membuka pintu biliknya."Kenapa muram saja muka ni?"tanya Mrs Kim Junha."Aniya,Taehyung tu!"cebik Juyeon.Author tarik muncung dia nanti baru tahu! "Kenapa?Dia kacau kamu?Padanlah muka!Kamu tu suka kacau Taehyung,itulah sebabnya dia kacau kamu balik,"bebel Mrs Kim Junha."Eomma,kalau dia kacau macam menyakat ke apa ke,Juyeon tak kisah.Tapi,dia ugut nak bagitahu kat Jimin yang Juju sukakan Jimin.Kejam!"Juyeon merungut.
"Anak eomma ni suka Jimin?Betul ke?"tanya Mrs Kim Junha dengan terkejut.Juyeon menunjukkan riak wajah menyampah.Tahu sangatlah eomma nya perli dia."Hmm..Tahulah Juju ni gila,kan?Tak patut pun suka kat Jimin.."Juyeon merajuk."Kim Juyeon,kamu dengan Jimin tersangatlah berbeza.Jimin tu walaupun dia geng Taehyung,tapi dia rajin!Kamu ni pula last minute baru nak buat itu ini."bebel Mrs Junha lagi."Dah agak dah!"Juyeon merajuk lagi."Nak makan tak?"tanya Mrs Junha.Juyeon mencebik."Baiklah,kamu nak eomma buat apa?"tanya Mrs Junha.Dia tahu yang anak daranya seorang ni meminta pertolongannya.
"Tolong Juju ugut Taehyung balik!"kata Juyeon seperti terdesak.Mrs Junha senyum jahat."Kamu nak ugut Taehyung?"tanya Mrs Junha.Juyeon angguk laju.Mrs Junha senyum lagi.Ugh,mak dengan anak sama saja rupanya! "Eomma boleh tolong kalau kamu bantu eomma kemaskan rumah hari ni,"kata Mrs Junha."Eomma!Ala.."Juyeon merungut.Akhirnya,dia menurut arahan Mrs Junha.
..................................................................
"Huh,penatnya!"keluh Juyeon yang sedang menjemur pakaian di ampaian rumahnya."Dah siap?"Mrs Junha muncul dibelakang Juyeon.Sergahan Mrs Junha membuatkan Juyeon sedikit terkejut."Aishh,eomma!Terkejut Juju!"marah Juyeon."Terkejut?Aih,eomma bukannya terkejutkan kamu pun,"balas ibunya itu.Juyeon mengeluh."Dah siap?"tanya Mrs Junha lagi."Dah,this would be the last one,"jawab Juyeon."Good,"balas Mrs Junha."Well eomma,apa rancangan nak mengenakan si V tu?"Juyeon bertanya lagi tentang idea nakal eommanya.Mrs Junha senyum sinis.Dia mengeluarkan telefon pintanya dan menunjukkan sesuatu di skrin telefonnya.Kemudian,Juyeon ketawa tak ingat dunia.Berguling-guling!Jangan jatuh longkang sudah,Cik Juyeon.
"Sempat eomma snap gambar Taehyung waktu ni?"tanya Juyeon yang masih ketawa galak itu.Mrs Junha turut ketawa."Bila eomma tangkap gambar ni?"tanya Juyeon lagi."Eomma dengar kamu dan Taehyung bising di depan bilik kamu,eomma naiklah nak skodeng kamu berdua!"kata Mrs Junha."Wah!Eomma,hantar dekat chat Juju sekarang!"arah Juyeon dan Mrs Junha akurkan saja anaknya yang seorang itu."Well,kau tunggu sajalah,Kim Taehyung a.k.a V!I will take this as a revenge!"kata Juyeon sambil senyum sinis.
..................................................................
Keesokan harinya,V dan BTS berada di kantin sekolah.Memang riuh kerana ramai pelajar perempuan berada disitu sampai terpekik terlolong memanggil kingka-kingka hot disekolah Seoul Highschool."Ugh,dorang ni memang tak ada kerja lain ke?Melebur taik telinga aku dengan jeritan dorang tu!"bebel Juyeon.Hyejeong,Yuna dan Chanmi memandang sinis kepada pelajar-pelajar yang berkerumun di meja BTS.Terasa semak pula disitu."Sakit betul mata aku!"kata Hyejeong sambil menyedut minumannya.Yuna dan Chanmi pula diam saja sambil menjamah makanan mereka yang tersedia di dalam dulang makanan.
"Jimin,ada benda aku nak cakap kat kau ni,"V sengaja bercakap dengan kuat.Juyeon yang mendengar terus tersedak."Apa dia?"tanya Jimin.V memandang sinis pada Juyeon manakala Juyeon membalas pandangan V dengan jelingan maut.Matilah kau,Taehyung! "Ada orang tu kan.."belum sempat V menghabiskan ayatnya,Juyeon telah bangun dan menariknya ke tempat lain.Semua yang ada disitu ternganga saja sampai lalat masuk mulut pun tak sedar!
..................................................................
BAMM!!Juyeon menolak V ke dinding.V terkejut dengan tindakan ganas Juyeon.Mata Juyeon tidak lepas daripada memandang V dengan pandangan maut.Cubalah pandang mata dia waktu dia marah,berapi gitu! "K..kau..nak buat apa ni?!"V terketar -ketar bertanya Juyeon yang sedang marah itu.Juyeon mendekati V.V jadi takut."No,aku masih teruna lah!Jangan cemari aku!"rayu V yang hampir menangis.Juyeon menolak dahi V."Yah,kau fikir aku nak buat apa?!"marah Juyeon."Aku..ingatkan kau..nak..umm.."V tidak sanggup meneruskan ayat byuntaenya."Kau fikir aku ni gila nafsu ke apa?!"Juyeon menumbuk perut V.V mengaduh sakit."Yah,Kim Taehyung,"panggil Juyeon dengan lembut."A..apa?"balas V.Juyeon mengusap rambut V sambil senyum sinis."Kau tak nak orang tahu macam mana kau yang sebenar,kan?"tanya Juyeon.V diam.'Apa minah ni nak buat?' V menanya dirinya sendiri.Juyeon menunjukkan sesuatu pada skrin phonenya."Kau nak tak..kalau aku..tunjuk semua orang kat dalam sekolah ni,Mr Joker?"tanya Juyeon sambil berbisik.
"Jangan!Please,aku tak nak orang kata aku ni pelik!Janganlah,weh!"rayu V.Juyeon senyum sinis."Then,we'll make a deal.Kau tak bagitahu Jimin yang aku sukakan dia,aku takkan sebarkan gambar ni dalam group sekolah.Okey?"tanya Juyeon.V terdiam kemudian dia mengeluh."Okey,aku tak bagitahu Jimin yang kau suka dia."kata V sambil mengangkat tangannya di paras bahu.Juyeon senyum.Lega hatinya."Kau pula jangan pandai-pandai nak sebarkan gambar tu!!"marah V."Okay,Joker!"balas Juyeon.Juyeon beredar dari situ.V terduduk dan mengambil nafasnya.Lega hatinya.Kalau tidak,imejnya sebagai Kingka terunggul di sekolah lenyap begitu saja!
TBC
Sorry..patutnye author update double part hari Jumaat mlm..tpy..x sempat..jdy nak tebus kesalahan,author buat triple update^^
YOU ARE READING
That Kingka Is My Target! [Malay]
Fanfiction- kisah dimana seorang gadis yang bermacam kerenah dengan seorang kingka hot yang dah berkawan sejak kecil, jatuh cinta secara diam-diam.Nak luah perasaan,masing-masing ego.Akhirnya,salah faham berlaku.Malahan,lagi banyak masalah yang datang.Dapat k...