Chp.12

99 23 0
                                    

"Juyeon daripada kumpulan AOA Cream dan V daripada kumpulan BTS,sila tampil diatas pentas."pengacara majlis membuat pengunguman.Juyeon dan V tampil diatas pentas dan memandang sesama sendiri dengan senyum sinis."Siapakah yang akan mulakan dahulu?"tanya pengacara.V mengambil mikrofon."Juyeon akan mulakan dulu.'Ladies first',"kata V dan kemudian senyum dengan penuh makna.Juyeon menjeling."Setuju,Juyeon?"tanya pengacara lagi.Juyeon memandang kumpulannya.Mereka mengangguk.Juyeon merampas mikrofon daripada pengacara."Asyik-asyik 'ladies first'!Kali ini,'gentlemen first' boleh?"Juyeon senyum senget.Semua penonton bersorak tanda setuju."Baiklah,BTS akan mulakan dahulu,"kata pengacara."Sorry,Taehyung The Joker~"kata Juyeon dengan gedik.Sengaja mahu menyakitkan hati V.V hanya senyum.

V mula mengambil posisi di tengah.Lagu dimainkan.V mula menari dan mengagumkan ramai orang.Badan dan kaki nyamuknya(panjang dan skinny) bergerak melakukan tugas masing-masing.Dalam 30 saat dia menari,kini tiba giliran Juyeon.Lenggokan pelvis dan badan langsing Juyeon membuat peminat-peminat lelaki bersorak.Juyeon menghampiri V dan melakukan gaya Harley Quin."Boy,wanna play with me?"Juyeon menyakat V.Tibalah giliran V semula.V menari dan menghampiri Juyeon.

V memegang dagu Juyeon."Why so serious~"bisik V.V senyum jahat kemudian menari.Tarian V hampir saja membuatkan Juyeon pengsan.Seksi sangat kut?Juyeon membuat muka menyampah.Giliran Juyeon yang terakhir,Juyeon melakukan 'break dance'.Dia menggunakan kayu besbol sambil menari.Kemudian,dia menjelir lidah pada V.Badan Juyeon ligat bergerak mengikut rentak lagu yang rancak.Kemudian,mereka menari bersama mengikut rentak.Habis saja lagu,Juyeon menolak V jauh darinya.V senyum sinis.Semua penonton menepuk tangan."Itu dia!Persembahan solo daripada Juyeon dan V.Sekarang,Juyeon dan V dibenarkan berehat sementara penonton membuat undian.Jika mahu mengundi Juyeon,tekan butang merah di sebelah kanan kerusi anda.Butang hijau di sebelah kiri kerusi pula adalah V.Anda diberi masa 30 saat dari sekarang."kata pengacara.Penonton-penonton yang berada disana mula mengundi penari kegemaran mereka.

"Sudah cukup 30 saat.Undian ditutup.Sementara menunggu keputusan,kami mempersembahkan persembahan daripada beberapa orang pelajar dengan lagu Dream Girls daripada I.O.I,"pengacara itu menambah lagi.

.....................................................................

"Hah..gementarnya nak tunggu keputusan!"Chanmi bersuara.Begitu juga dengan ahli yang lain.Gementar,semestinya ada!Menunggu keputusan keluar bagai nak pengsan."Jiyoo,aku nak air!"kata Yuna."Kau asyik minum air je!Nanti terkucil atas pentas,aku tak tahu,"Hyejeong mengusik Yuna.Mulalah jari berbisa Yuna hinggap di lengan Hyejeong.Bersedialah untuk dicubit,Shin Hyejeong~

"Weh,senyap!Aku tak boleh nak bertenang kalau korang bising!"kata Juyeon.Dari tadi diam saja."Kau okey?"tanya Jiyoo.Juyeon menekup mulut Jiyoo.Kemudian,dia bangun."Aku perlukan jamban!"Juyeon lari ke tandas.Inilah dia,kalau dah gementar tahap gaban,tandaslah jawabnya.Member lain hanya ternganga saja dengan perilaku Juyeon."Kembar kau ke?"tanya Yuna.Jiyoo menghela nafas."Whatever~"Jiyoo membalas.

..................................................................

Akhirnya,masa yang ditunggu-tunggu oleh semua telah tiba.Keputusan terakhir yang menentukan siapa yang bakal menjadi khadam kepada kumpulan yang menang."Ah!Sakit pula perut saya untuk mengumumkan pemenang,"kata pengacara.Peserta-peserta ketawa kecil."Baiklah.Pusingan pertama jatuh kepada....."AOA Cream dan BTS mahu saja terkucil kerana keputusan."Saya!Hahaha,maaf-maaf.Saya bergurau,"pengacara itu menyejukkan pentas.Kalau tidak,suasana tegang bagai nak mati! Semua yang berada di dalam dewan itu mengajuk dan menyindir pengara itu kerana berbuat begitu.

"Pusingan pertama dimenangi oleh AOA Cream."semua yang berada di situ menepuk tangan buat AOA Cream.AOA dan Juyeon bagaikan mahu terjun dari pentas kerana terlalu gembira
Jiyoo senyum dan berasa lega.Tunggu,ini baru pusingan pertama."Pusingan kedua,jatuh kepada BTS."umum pengacara.Reaksi mereka?Gaya seperti We-Know-Who-Are-We gitu.Tidak seperti AOA Cream dan Juyeon yang menjerit berpelukan kerana terlalu bahagia.Tunggu persembahan solo punya keputusan."Baiklah,Juyeon dan V sila berada di tengah pentas.Kami akan paparkan keputusan undian di skrin,"kata pengacara.

"Ini berdasarkan undian penonton dan peminat.Jadi,sesiapa yang tak dapat menerima keputusan ini sila batalkan niat anda untuk mendengar keputusan."pengacara bertindak tegas.Bagus pun! Sesetengah orang yang tidak boleh menerima kenyataan dipersilakan berambus wahahahaha(author kejam kan xD).

Keputusan hampir dipaparkan di skrin.Juyeon menggigit kuku kerana takut.Begitu dengan V.Juyeon dan V mempunyai habit yang sama.Menggigit kuku apabila gemuruh,gementar atau takut.Soulmates lah katakan."Itu dia!Keputusan undian Juyeon dan V telah pun keluar."Juyeon dan V menoleh.Mata V terbeliak.Juyeon hampir menangis.Tidak mempercayai.AOA Cream menjerit lalu memeluk Juyeon.V mengurut dada.Masih blur disitu.Adakah ini realiti?

"Jumlah undian Juyeon adalah
136 dan V pula 140.V mendapat undian terbanyak.Tahniah,V!"ucap pengacara.Semua peminatnya menjerit.BTS menunjukkan jari ibu bermaksud V telah lakukan yang terbaik."Keseluruhannya dimenangi oleh......,"pengunguman pengacara membuatkan suasana dewan kembali senyap."AOA CREAM!!Tahniah diucapkan kepada AOA Cream!"pengacara menyampaikan piala kepada AOA Cream.Sudah banjir nampaknya pentas itu dek kerana tangisan kegembiraan AOA Cream.Manakala BTS sudah membuat muka What-On-Earth-Is-Going-On-Right dan Suga tetap dengan muka I-Don't-Give-S**t.Almaklumlah,Suga kan swag!

"Dengan ini,disahkan BTS akan menjadi khadam kami!Salah seorang member kena relakan diri untuk jadi khadam kami,"Hyejeong senyum sinis pada mereka.Juyeon mengambil mikrofon."Aku pilih Kim Taehyung,"Juyeon memandang sinis pada V yang sedang terkejut."V!Dia pilih kau,"kata Jimin."Ish!Suka hati dia saja nak pilih-pilih.Apa dia fikir kita ni menu masakan?"Jin membebel."Biar aku yang selesaikan,"kata V."Baik,aku akan jadi khadam kau."V bersetuju.Juyeon senyum sinis.Bersedialah untuk datang ke penjara,Kingka!

..........................................................................

Jiyoo memeluk setiap seorang membernya."Aku tahu korang takkan kalah!Huwa~ Dapat juga aku bernafas dengan senang,"Jiyoo menghela nafas lega."Betul tu!Kalau tak,aku sesak nafas tahu!"Yuna pula meluahkan rasanya."Seronok betul ada khadam!Semua kerja,khadam buat~"Chanmi pula bersuara."Biar padan dengan muka dorang!Berlagak taik hidung masin lagi dengan kita!"Juyeon sedang sedap menghabiskan aiskrim yang dibelinya tadi."Tanggung malu sendiri hahaha!!"Hyejeong ketawa jahat.Bab-bab syaiton ni memang nombor satulah bagi Hyejeong dan AOA Cream.

"Disebabkan korang menang hari ini,aku nak belanja korang makan!"Jiyoo berbaik hati ingin membelanjakan duitnya buat member-membernya."Great!Huwa,akhirnya dapat juga merasa kena belanja makan dengan kakak kembar sendiri!"Juyeon memeluk dan mencium pipi Jiyoo."Yah!!"Jiyoo mengetuk kepala Juyeon."Tak payah lah nak cium-cium aku!Pipi aku ni berharga tahu tak!"Jiyoo membebel."Eleh,entah-entah dah kena cium dengan boyfriend dia~"Juyeon mengusik."Excuse me?Aku tak ada boyfriend lagi okey!"Jiyoo menekan perkataan TAK ADA pada Juyeon."Tipulah.Jiyoo dah ada peminat setia,"kata Yuna pula."Heh?Siapa?Peminat?"Jiyoo makin blur."Aih,cantik macam kau ni tak ada peminat?Menipu ajelag kau.Jungkook suka kau tahu tak!"Hyejeong memberitahu Jiyoo.

"What?Mamat muka fetus tu suka aku?Pfft!Okey itu lawak,"Jiyoo ketawa kecil."Jiyoo,kau tak kenal lagi Jungkook tu macam mana.Memanglah kau nampak dia tu kurus,muka fetus kalah bayi.Tapi,kalau tengok dia buat kerja atau apa-apa yang buat dia fokus,memang kau akan nampak apa karisma dia~"Yuna membebel lagi."Ish,tak ada masa nak perhatikan dia!Lebih baik aku layan Song Joong Ki aku yang tersayang auch!"Jiyoo mula angau kerana pesona Song Joong Ki yang menambat hati para penonton Descendants of the Sun(please..author tak boleh stop tengok drama tu walaupun dah habis huhuhu)."Eh eh,Park Bogum lagi menawan tau!"Chanmi menyampuk kemudian menyedut air kotaknya."Whatever lah~ Tadi kau nak belanja kitaorang,kan?Dah jom lah!"ajak Juyeon."Nak makan apa?"tanya Jiyoo.Semua member berpandangan kemudian senyum.Seperti ada kuasa telepati pula.

"Jajangmyeon!!!!"serentak mereka menjawab."Okey jom!"Jiyoo berteriak.Maka,mereka pun berjalan meninggalkan sekolah dan pergi ke gerai makanan berdekatan untuk memesan Jajangmyeon.Jajangmyeon sudah menjadi makanan wajib pada remaja yang masih bersekolah.Kalau lapar,cari saja Jajangmyeon!Sedap,murah dan kenyang!Maaf,author buat promosi pula kat sini = ̄ω ̄=

TBC

Huhuhu part ni banyak sangat merapu la gaiss..ampun kan patik,sesungguhnya patik mereng di hari yang mulia lagi indah ini huhuhuhu HAHAH HAHAHAAHA abaikan typo typek kat atas tu..dorg pun nak turut serta dalam aktiviti berlakon ni... ̄ 3 ̄

That Kingka Is My Target! [Malay]Where stories live. Discover now