Chp.29

54 8 2
                                    

FLASHBACK ya gais :)

---

Mingyu menunggu Juyeon di taman rekreasi berdekatan.Ada hal katanya. Tak lama kemudian, kelibat Juyeon mula kelihatan. Mingyu mempamirkan senyuman manis pada Juyeon.

"Hai, Juyeon!"Sapa Mingyu."Hai.."Juyeon membalas sapaan Mingyu dengan senyum tawar. "Lama tunggu?" Tanya Juyeon. Mingyu senyum lalu menggeleng. "Tak.Saya baru sampai lima minit sebelum awak."balas Mingyu.

"Jom."Mingyu menarik lengan Juyeon. "K.. Ke mana?"Juyeon kaget. Kemana agaknya Mingyu mahu membawa dia?

"Ikut sajalah. Saya janji ia akan buat awak selesa."sekali lagi Mingyu senyum. Juyeon tidak berkata apa-apa sebaliknya mengikut Mingyu menaiki teksi.

"Hongdae,"kata Mingyu pada pemandu teksi itu.Terpinga-pinga Juyeon dibuatnya. Kenapa ke Hongdae?Mengapa naik teksi? Bukankah teksi mahal?

"Tentang kos bayaran, saya dah atur segalanya. Awak hanya perlu ikut dan nikmati saja."kata Mingyu pada Juyeon. Dia tahu Juyeon sedang bingung.

"Kita nak buat apa pergi Hongdae?"tanya Juyeon."Saya nak bawa awak ke satu kafe yang boleh buatkan awak rasa hangat dan gembira."Mingyu membalas pertanyaan Juyeon. Juyeon hanya mampu mengangguk dan tidak bercakap.

Hampir satu jam, mereka sampai di Hongdae. Mingyu membayar dengan sejumlah wang dan membawa Juyeon masuk ke dalam kafe bernama Thanks Nature Cafe. Kafe yang terkenal di Hongdae.

Kafe ini bukanlah kafe biasa tetapi adalah kafe yang menyediakan kopi yang enak dan wafer yang lazat. Menariknya di sini adalah pelanggan dapat bermain bersama dua ekor kambing biri-biri yang comel dan jinak sambil menikmati kopi yang hangat.

Juyeon melangkah masuk ke dalam kafe itu dan mengikuti Mingyu duduk di tempat yang berdekatan dengan kambing biri-biri.Juyeon sedikit kaku. Inilah kali pertama dia menjejakkan kaki di tempat menarik seperti ini.

"Wah, di kafe pun boleh bela kambing biri-biri? "Juyeon ternganga, seakan-akan tidak percaya melihat kehadiran dua biri-biri itu. Dengan penuh keterujaan, Juyeon membelai kambing biri-biri itu. Mingyu yang duduk di hadapannya hanya tersenyum.

"Suka?"tanya Mingyu. Juyeon memandang Mingyu dengan mata bersinar dan senyuman yang lebar. Pasti terlalu gembira. "Suka! Terima kasih, awak sudah legakan hati saya. "Ucap Juyeon. Mingyu mengenyitkan mata.

"Awak nak minum apa?"tanya Mingyu lagi. "Um, Ice Americano. "Balas Juyeon. "Nak wafer?"tambah Mingyu. "Nak! Saya nak perisa coklat. "Juyeon senyum. "Baiklah. Saya pergi buat pesanan, Princess Juyeon."Mingyu senyum dan pergi ke kaunter.

"Apakah? Princess Juyeon? Hahaha, "Juyeon ketawa kecil. Dia sambung bermain dengan si kambing kecil itu. Bulu putih bersih biri-biri diusapnya. Seorang pelayan wanita datang menghampiri Juyeon. Dia senyum, tetapi Juyeon sebaliknya.

"Kalau cik mahu, cik boleh beri dia makan."kata pelayan itu. "Tapi, rasanya dia dah terlalu banyak makan hari ini. Sebab, ramai pelanggan amat suka bagi mereka makan. "Tambah pelayan itu lagi. Juyeon hanya mengangguk. "Apa nama mereka? "Tanya Juyeon. Dia berminat dengan haiwan itu.

"Di sebelah kiri, namanya Ddung. Sebelah kanan pula, namanya Seok. "jawab pelayan itu. "Oh, gembira berkenalan dengan kalian, Seok dan Ddung! "Juyeon senyum manis. "Saya Kim Juyeon. J. U. Y. E. O. N. Panggil saya, Yeon! " bercakap dengan kambing pula budak ini. Tak mengapa. Asalkan dia bahagia.

Dua ekor biri-biri itu mendekati Juyeon dan seakan-akan mahu memeluk Juyeon. Juyeon memeluk mereka. "Mereka seperti sukakan awak, cik Juyeon. "pelayan itu tersenyum. "Betul ke? Wah, bahagianya saya! "Juyeon memeluk erat dua ekor biri-biri itu. "Baiklah, saya minta diri dulu. Berseronoklah! "pelayan itu meminta diri. Juyeon senyum. "Terima kasih. "Balas Juyeon.

Tak lama kemudian, Mingyu kembali ke tempat duduk.Dia menghadap kearah Juyeon."Awak betul."Juyeon bersuara."Kafe ni betul-betul buat saya gembira. Terima kasih ya, Mingyu. "tambah Juyeon. "Ya, tak ada masalah."balas Mingyu lalu senyum.

"Ice Americano dan Green Tea,wafer akan siap sebentar lagi."maklum pelayan itu."Baik, terima kasih."Mingyu menangguk.Pelayan itu berlalu dari situ."Have a sip of your drink before we get started,"pelawa Mingyu.Juyeon senyum dan menyedut minumannya.

"Jadi, apa tujuan awak bawa saya ke sini?"tanya Juyeon.Mingyu yang tadinya senyum manis,kini raut wajahnya berubah serius.Juyeon hairan.Ada apa-apa kesalahan yang telah dia lakukan?

"Kim Juyeon,"panggil Mingyu. "Y.. Ya?"sahut Juyeon.Mingyu berdehem kemudian membetulkan posisi."Kenapa, Mingyu?"Juyeon makin pelik. "Se.. Sebenarnya, "Mingyu memulakan ayatnya.Juyeon sedia membuka telinga.

"Saya sukakan awak, "luah Mingyu.

Juyeon terdiam seribu bahasa. Tidak tahu apa yang dia patut balas. Tapi, ini mungkin satu peluang baik untuk lupakan V.

"Kalau awak fikir saya ada niat jahat kerana Mina sepupu saya, awak salah tentang itu.I'm asking you to go on date with me.Please accept my confession."jelas Mingyu.Juyeon tidak tahu apa yang patut dia balas.

Ayuh, Juyeon! Demi kebaikan diri kau, bisik hati Juyeon. Juyeon memandang Mingyu. Nafas ditarik lalu dilepaskan.

"Baik,saya terima."jawab Juyeon.

Itu cukup membuatkan Mingyu terkejut. Namun, ada seseorang yang lebih terkejut daripada Mingyu.Cukup untuk mengguris hatinya.Hatinya luka.Luka yang parah.

"Terima kasih, Juyeon."ucap Mingyu.Juyeon senyum tawar. Ia bukannya kerana dia gembira. Sebaliknya, dia juga terluka. Kerana dia harus berpura-pura. Demi melupakan manusia bernama Kim Taehyung. "Sama-sama."balas Juyeon.

" I will stop loving you, Taehyung. "

............................................................

Di sebalik lorong gelap, seorang lelaki sedang menangis sekuat hatinya. Sakit hati, marah, sedih, patah hati dan segala perasaan yang dia alami sekarang. Tidak pernah dia menyangka bahawa Juyeon memilih lelaki lain selain dia.

    Lelaki misteri itu berjalan pergi dalam keadaan pasrah. Tin minuman yang ada di tepi jalan itu disepak sekuat hati. Matanya tidak menangis, tetapi hatinya yang menangis. Gadis yang dia sayangi kini pergi bersama lelaki lain. Sungguh menyakitkan hati.

……………………………………………………

      Mingyu menghantar Juyeon sehingga di hadapan rumah.Dia memandang Juyeon lalu senyum. "Rehatlah. Kalau ada apa-apa, telefon saya ya." pesan Mingyu.

     Juyeon mengangguk perlahan. Dia membuka pagar rumahnya. "Juyeon!"panggil Mingyu. Juyeon menoleh.Langkah demi langkah Mingyu mendekati Juyeon lalu senyum. "Kenapa, Mingyu? "Juyeon hairan.

       "Selamat malam,"bisik Mingyu di telinga kanan Juyeon. Juyeon terkedu.Perasaannya mula bercampur. Juyeon senyum. "Ya, awak juga."kemudian dia melambai Mingyu dan masuk ke dalam.

      Sebaik saja masuk, Juyeon menutup pintu dan bersandar. Dia menyentuh dadanya.Jantungnya berdegup laju. Apakah yang terjadi?

     "Apa dah berlaku pada aku?"Juyeon bertanya sendiri. Juyeon menekup mukanya. "Stop. This is for my own sake."katanya.

    "Yeon, "panggil Jiyoo yang baru turun dari biliknya. "Taehyung ada hantar pesanan dan Jajangmyeon tadi. Kalau kau nak, ambil di dapur. " pesan Jiyoo. Juyeon tunduk. "Habiskanlah. Aku dah makan tadi. " Juyeon berlalu dan naik ke tingkat atas.

   Jiyoo hanya memandang pelik kembarnya. Apa sudah berlaku pada Juyeon?

TBC

So, how u guys today? Pt3 candidates, acane kerja kursus sejarah? Da start ke blum? Gagagagagaga goodluck, gais :') batch 02 kan bagus² belaka wakaka ><

That Kingka Is My Target! [Malay]Where stories live. Discover now