Chp.10

142 18 0
                                    


Juyeon yang sedang leka menulis diatas sehelai kertas."Impossible.."tuturnya perlahan.Siapakah gadis yang menarik perhatian Juyeon itu?

.....................................................................

"Kamu boleh kenalkan diri secara ringkas."arah Mrs Mirae."Annyeonghaseyo,Kim Jiyoo imnida.Saya pelajar pertukaran dari Busan.Sila beri tunjuk ajar!"gadis itu memperkenalkan dirinya di hadapan kelas.Jiyoo rupanya."Juyeon,itu..kakak kembar kau kan?"bisik Hyejeong.Juyeon mengangguk.Matanya tidak lepas dari Jiyoo.Jiyoo di hadapan mengenyit matanya dan senyum kearah adik kembarnya."Kamu boleh duduk sebelah Momo.Momo,sila angkat tangan." Seperti yang diarahkan Mrs Mirae,Momo mengangkat tangannya dan senyum.Jiyoo berjalan ke tempat Momo dan duduk.

Oh ya!Momo dan Jiyoo duduk di tepi tingkap di barisan ketiga.Juyeon,Hyejeong dan Yuna duduk di tengah di barisan keempat.Manakala V,Jungkook dan Jimin duduk di belakang sekali barisan ke lima berdekatan pintu belakang kelas.Momo senyum pada Jiyoo."Ohayo!Watashinonamaeha Momodesu,"kata Momo sambil bertutur dalam bahasa Jepun."Ohayo!Watashi wa Jiyoodesu!"balas Jiyoo.Dia mampu faham beberapa perkataan Jepun.Jiyoo hanya tahu bertutur bahasa asas Jepun kerana dia belajar daripada bapanya yang pernah menetap di Jepun."Awak daripada Jepun ya?"tanya Jiyoo."Ah,ya!Tapi,jangan risau sebab saya boleh bertutur dalam bahasa Korea juga."jawab Momo.Jiyoo mengangguk."Pelajar,kita akan mulakan pembelajaran pada pagi ini,jadi sila tumpukan perhatian."pesan Mrs Mirae.Semua pelajar menjawab dan fokus pada pembelajaran mereka.Sesi pembelajaran berjalan selama 1 jam.

..................................................................

Setelah sejam di dalam kelas Mrs Mirae,kini tibalah kelas Sains yang di
dibimbing oleh Mr Sukjin.Mr Sukjin melangkah masuk ke dalam kelas.Semua pelajar tunduk hormat dan memulakan pelajaran seperti biasa."Baiklah,pelajar.Saya dimaklumkan oleh Mrs Mirae bahawa ada pelajar baru iaitu Kim Jiyoo.Saya harap kamu semua boleh beri tunjuk ajar pada Jiyoo ya,"pesan Mr Sukjin.Pelajar lain menyahut.

"Jiyoo,"satu suara memanggil Jiyoo.Jiyoo yang sedang tekun menulis nota yang ditulis Mr Sukjin mencari empunya suara.Matanya menangkap si Juyeon yang duduk di tengah.Jiyoo mengangkat keningnya."Tunggu aku waktu rehat,"bisik Juyeon dari jauh.Jiyoo angguk tanda faham.

Hampir 40 minit Mr Sukjin mengajar,akhirnya tibalah waktu rehat.Waktu dimana pelajar-pelajar Seoul High School keluar rehat seperti sudah kebuluran 10 tahun.Maka,Juyeon menjalankan tugasnya yang kuat makan.Dia,AOA Cream dan Jiyoo berjalan ke kantin.Seperti biasa ya,Juyeon akan borong makanan banyak-banyak.Maklumlah,nak gemuk katanya.Kalau boleh,nak saja dia ambil sedikit lemak-lemak manis si kembarnya itu.Jiyoo pun tak kurang.Mahu saja dia bertukar badan dengan adik kembarnya.Baguslah,nanti pergilah ke hospital buat tukar badan masing-masing.

"Jiyoo,bila balik?Aku tak tahu pun kau nak balik!"cebik Juyeon.Bibir muncung Juyeon ditarik oleh Jiyoo."Surprise~!"Jiyoo buat muka manakala si Juyeon pula dalam usaha nak menggigit tangan kembarnya."Jiyoo,kau apa khabar di Busan?"tanya Hyejeong."Baik-baik je.Busan,macam biasa sajalah~"Jiyoo memasukkan roti kedalam mulutnya."Dah lama tak jumpa kau.Maklumlah,pernah jumpa pun sekali je waktu melawat Juyeon dua tahun lepas."kata Yuna.Jiyoo ketawa."Rindu tak?"tanya Jiyoo."Mestilah!"AOA Cream jawab serentak.Jiyoo senyum lebar sampai ke telinga.Mana tidaknya,terharu ada orang rindu dia!

"Mmphh!!"Juyeon masih tidak dapat melepaskan diri daripada Jiyoo.Jiyoo geram lalu melepaskan kembarnya itu.Takut digigit! "Sakit tau!"marah Juyeon."Bukan selalu~"kata Jiyoo selamba."Eo!Jiyoo eonnie,"panggil Chanmi.Jiyoo mengangkat kening."Eonnie duduk Seoul terus ke?"tanya Chanmi sambil mempamirkan aegyo."Hmm......Maybe?"Jiyoo sengaja mahu mengusik kawan-kawannya."Ala,betul-betul lah!"AOA Cream dan Juyeon merungut.Jiyoo ketawa kecil."Yalah,sayang-sayang saya sekalian~"balas Jiyoo sambil tersenyum manis.Mereka bersorak untuk Jiyoo.Bahagia kerana Jiyoo akhirnya berpindah semula ke Seoul.

That Kingka Is My Target! [Malay]Where stories live. Discover now