BTS berkumpul di bilik lepak mereka.Jimin sudah mengurut kepalanya.Suga sudah mengeluh.Member lain? Jangan kata,mereka semua sudah terlentang di tengah-tengah bilik.Penat,stress dan tak puas hati."Aku dah cakap,kan?"Jimin bersuara."Dah lah,benda dah lepas dah pun,"Jungkook mencelah."Aku tak kira! Aku nak kita semua minta maaf dekat dorang"kata-kata Jimin membuatkan semua member terkejut.Minta maaf? Tak pernah pula budak ni nak menyuruh."Ah,tak ada masa! Lebih baik aku tidur daripada menanggung malu,"acuh tak acuh saja Suga menjawab.Dipeluknya bantal Kumamon kesayangannya dengan erat kemudian cuba memejamkan mata."Aku pun rasa aku nak minta maaf dengan dorang,"kata Rap Monster merangkap ketua kumpulan."Hey,no!Aku tak nak.Namjoon,aku lagi tua daripada kau,so sila dengar cakap hyung kau!"Jin menyampuk kemudian mengibas rambutnya yang lembut.Ceh,poyo!Rap Monster hanya mengabaikannya.Makin dilayan,makin menjadi!
"Yah!Sudah lah,kita kena mengalah,"kata J Hope.Ini lagi gila.Mengalah? Tiada erti mengalah pada BTS! Suga yang tertidur tadi bangun semula."Lembab!"dia membaling bantal disebelahnya lalu tidur semula."Cukup.Aku tak nak kita gaduh sebab kalah."V mula bersuara.Dia bangun."Aku akan jadi khadam mereka,jadi korang tak perlu risau.Aku dah wakilkan BTS untuk tebus semua yang kita buat."V bercakap secara matang.Eh,matang pula kau alien.
"Aku akan cuba buat apa yang patut untuk perbaiki keadaan.Aku pun rasa macam dah penat nak buat jahat dekat mereka."V meluahkan isi hatinya."Aku pun."Jimin berkata."Dah lama dah.Sebab itulah,aku nak minta maaf.Sebab itulah,waktu korang bincang benda jahat untuk balasan mereka,aku tak masuk campur."tambah Jimin lagi."Jangan kata,aku pun.Aku dan J Hope dah lama nak berhentikan perlakuan kita dekat AOA Cream.Cuma,aku tak nak bagitahu korang."Rap Monster pula bersuara.Kini Jin,Suga dan Jungkook masih berkeras."Kook,ikut hyung ya?"V berlembut dengan si maknae.Jungkook masih diam."Come on,Kook."Jimin pula menepuk bahu Jungkook.
"Kalau Kook ikut,hyung janji untuk kasi Kook main video game hyung?"tanya Jungkook dengan teragak-agak.Alahai,lembutnya kau!(Tengoklah hubby siapa kan~ ♡)V menyerabutkan rambut Jungkook kemudian memeluk si maknae itu."Mestilah~"jawabnya."Tapi,"semua senyap."Kook nak hyung-hyung semua tolong Kook rapat dengan Jiyoo~"Jungkook mencebik.Semua member mengejeknya.
"Yah!Gila ke?"
"Jiyoo?Kembar Juyeon?"
"Duh!Kau minta IPhone,aku boleh kasi.Tapi,Jiyoo ni susah.."
"Weh,minah tu jual mahal lah!"
"Susah lah!Jiyoo tu dah lah hati batu!"
"Jiyoo tu poker depan lelaki,tahu tak!"
"Apa yang kau nampak kat budak tu?"
"Apa aku kesah?Kook lagi suka perempuan macam tu!"kata Jungkook."Habis,perempuan-perempuan yang kau date sekarang?"tanya J Hope."Sekadar untuk kepuasan diri~"balas Jungkook."Ish,kecik-kecik dah pandai nak jadi playboy.Puih!"Jimin membuat muka menyampah."Kook ni apa je dia tak boleh buat,kan?"Jin pula mula menyampah.Jungkook sengih seperti kerang busuk.
……………………………………………………………
"Juyeon!Aku lapar!"Jiyoo berguling di tengah-tengah ruangtamu dalam keadaan terlentang .Dasar tak senonoh! "Kau ni tahu nak order je,tolong aku masaknya tidak!"Juyeon dah mula dengan bebelan dia."Kakak seminit konon!Tapi,aku yang kena buat kerja.Apahal lah kau ni malas sangat,Jiyoo oi?Kau patutnya kena tolong adik seminit kau memasak.Ini tidak,blablablabla..."membebel sajalah si Juyeon.Tahan telinga,Jiyoo."Yah,Kim Juyeon!Senyaplah!"Jiyoo menyampuk.Mana tidaknya?Adik membebel pada kakak? Langsung tak boleh diterima!
"Hah,tengoklah!Bila aku membebel,kau marah aku."Juyeon merajuk."Okay,fine!"Jiyoo bangun dan menuju ke dapur."Ala bucuk-bucuk cayang ni~Merajuk ya?Kesian adik seminit aku ni.Senyumlah.Mari sini kakak seminit kau nak tolong kau.Mari aku kasi kucupan kasih sayang kat pipi kau yang kembang kempis tu,"Jiyoo memujuk Juyeon.Juyeon menolak kepala Jiyoo."Kucupan kasih sayang kepala botak kau!Pipi aku ni berharga tau!"Juyeon ketawa.Mereka berdua ketawa dan menyiapkan makan malam.
YOU ARE READING
That Kingka Is My Target! [Malay]
Fanfiction- kisah dimana seorang gadis yang bermacam kerenah dengan seorang kingka hot yang dah berkawan sejak kecil, jatuh cinta secara diam-diam.Nak luah perasaan,masing-masing ego.Akhirnya,salah faham berlaku.Malahan,lagi banyak masalah yang datang.Dapat k...