Pagi yang dianggarkan dalam jam 8 pagi, pelajar-pelajar Seoul High School telah berkumpul di hadapan pagar sekolah untuk bertolak ke Pulau Jeju dan menikmati percutian mereka disana.
",Jiyoo,Juyeon!" sapa Hyejeong. Juyeon dan Jiyoo memandang Hyejeong dan melambai. BTS dan AOA Cream baru sampai rupanya.
"Awalnya korang! Maaflah kami lambat, "kata Jungkook. "It's okay! Kami berdua baru sampai jam 7.50 pagi tadi."kata Jiyoo. "Mana Taehyung?"tanya Jiyoo.
"Oh, Taehyung sekejap lagi sampai. Dia masih tak tinggal dengan kami jadi kami tak boleh nak tunggu dia di rumah."jelas Rap Monster. Jiyoo mengangguk faham. Juyeon? Diam membisu.
"Ha! Itu Taehyung dah sampai! "kata Yuna. Jimin dan Jhope berlari kearah V dan menyapa V. V membalas sapaan mereka dengan gelak tawa. Juyeon masih diam.
V memandang kearah Juyeon yang sedang memandangnya. Namun, tiada apa-apa reaksi daripada V. Juyeon sedikit tersentak.
"Hai, V!! "Mina muncul dari arah yang tidak dapat dikesan memeluk lengan V. "Hai, Mina.Good morning, " V senyum. "So, are you feeling good today?"tanya Mina. "Not really. Tapi bila awak datang, saya gembira! "balas V. Hati Juyeon terguris. Ahli BTS dan AOA Cream terkejut dengan perlakuan V.
"Um, V hyung. "Panggil Jungkook. V memandang Jungkook. "Duduk dengan Kook dalam bas, boleh?" tanya Jungkook. "Oh, sorry. Hyung nak duduk dengan buah hati hyung lah. Rindu, "jawapan V membuatkan semua disitu terkejut.
Mina mencuit-cuit lengan V dan tersengih kambing. "So sweet, love~"kata Mina. Juyeon rasa sangat sakit hati. Mungkin ini lah balasannya.
"Baiklah! Pelajar, kami akan tetapkan tempat duduk kamu semua di dalam bas nanti."kata Mr Park Seojun, selaku guru bertugas untuk percutian itu.
"Kim Jiyoo, Shin Hyejeong"
"Jeon Jungkook, Kim Namjoon"
"Park Jimin, Park Mihae"
"Kim Seokjin, Min Yoongi"
"Jung Hoseok, Hirai Momo"
"Kim Juyeon, Kim Taehyung"
"Kwon Mina, Kim Chanmi,Seo Yuna"
Dan nama-nama seterusnya. Selesai mengatur tempat duduk, mereka beratur dan naik ke dalam bas dengan memgikut giliran.
Juyeon dan V duduk bersebelahan. Juyeon di sebelah tingkap hanya diam. V? Dia buat seolah-olah Juyeon tunggul. Juyeon menyumbat telinga dengan 'earphone' dan membuka lagu. Malas mahu mendengar V di sebelahnya.
"Mereka okey ke?"tanya Mihae kepada Jimin. Mereka asyik memerhatikan kedua-dua manusia yang bermasam muka itu. "Awak jangan risau, sayang. Saya pasti dorang boleh 'get along' nanti. "balas Jimin sambil mengusap kepala Mihae.
Tempat duduk Mihae dan Jimin ditepuk oleh Jiyoo dan Hyejeong dari belakang. "Dah kenapa? "Jimin menoleh. "Roger tau kalau dorang ada bercakap apa-apa! "pesan Jiyoo. Mihae dan Jimin mengangguk kepala tanda faham.
V dan Juyeon mendiamkan diri. Mana tidaknya, sudah dua minggu mereka berkelakuan sebegitu. Jungkook di sebelah V menepuk tangan V. "Hyung!"panggil Jungkook. V memandang Jungkook dengan senyuman.
"Jomlah kita main!"ajak Jungkook. "On je!"V mengenyitkan matanya. Mereka bermain, buat perkara tak berfaedah, menggila dan memekak di dalam bas . Masing-masing otak masuk air.
Juyeon terlelap di tepi tingkap. Perlahan-lahan, kepalanya mendarat di bahu V. V yang sedang ketawa bersama BTS terkejut. Wajah Juyeon sangat dekat dengannya. V memandang kearah Jungkook dan Rap Monster.
Jungkook dan Rap Monster berkelakuan seperti tiada apa yang berlaku dan mengalihkan pandangan mereka keluar luar tingkap . V mengangkat kepala Juyeon dan menyandarkan kepala Juyeon ke tingkap. Tetapi, semakin dia alihkan kepala semakin kerap kepala Juyeon mendarat ke bahunya. Berat sangatkah kepala Juyeon?
"Ini kepala ke batu?"bisik V. Dia berputus asa dan membiarkan Juyeon tidur di bahunya. Masing-masing berdiam diri di dalam bas. BTS yang riuh tadi sudah tidur ternganga. Macam mulut ular pula besarnya.
V memandang Juyeon yang berada di bahunya. Wajah Juyeon ditenung. Dari ubun-ubun turun ke mata, hidung dan akhir sekali, bibir. Tanpa sedar, bibir V mendarat ke bibir milik Juyeon. Oh tidak! Bagaimana kalau mereka lihat?
Cepat-cepat V mengangkat kepala dan mengalihkan pandangan. Dia kaku. Pipinya merah seperti tomato. Apa dia mahu buat? Nasib baik saja Juyeon tidur, katanya di dalam hati.
Jauh di tempat duduk belakang, seorang gadis menyimpan rasa cemburu di dalam hati. Sungguh, dia benci adegan itu. BENCI.
...............................................................
4 jam berada di dalam bas, akhirnya sampai juga mereka di Pulau Jeju yang menjadi percutian idaman. Juyeon dikejutkan oleh Chanmi yang berada di belakang. Juyeon terpinga-pinga. Sel-sel otaknya sedang berhubung.
"Dah sampai, unnie. " kata Chanmi. "Sedap sangat dia tidur dekat bahu orang sampai lena tidurnya, "usik Jiyoo. "Wuu~ So sweet lah! "Yuna pula mengusik. Juyeon terkebil-kebil. Dia tidak faham keadaan.
Tiba-tiba, telefon pintar Juyeon berdering. Panggilan daripada Mingyu. Pasti mahu bertanya dia di mana.
"Hello,"
"Hai, awak! Awak ada di mana? Saya tunggu awak ni, "
"Oh. Saya dalam bas. Sekejap, saya turun dan jumpa di sana ya, "
"Okey. Awak, "
"Ya, Mingyu? "
"Saranghae"
Panggilan diputuskan. Juyeon kaku. Tidak tahu reaksi apa yang patut dia tunjuk. Alangkah bagusnya ayat itu diucapkan oleh V, bisik hatinya. Laju Juyeon menampar pipi sendiri. Kemudian,menggeleng kepala. AOA Cream memandang pelik.
"Tak perlu menggila di sini. Jom turun, "ajak Hyejeong. Mereka bangun dan bergegas turun dari bas.
"Juyeon!"satu suara memanggilnya. Juyeon toleh dan mencari empunya suara. "Ah, Mingyu!"kata Juyeon. "Jiyoo, aku pergi dengan Mingyu. Kau masuklah dulu, "pesan Juyeon lalu berlari kearah Mingyu.
"Hai!" sapa Mingyu dan Juyeon serentak. Kemudian, mereka tertawa kecil. "Dah lama sampai? "tanya Juyeon. "Ya, "Mingyu senyum. "Jom?"Mingyu mengangkat beg Juyeon dan memimpin tangannya. "Ah, Mingyu! Tak perlulah. Saya angkat sendiri. "Juyeon menghalang namun Mingyu tetap berdegil. "Awak perempuan. Sudah, saya angkatkan. Jom kita masuk. "ajak Mingyu. Juyeon tersenyum kecil dan berjalan masuk bersama Mingyu.
V yang berada berdekatan hanya mampu memerhati dengan hati yang terluka. Walaupun dia patah hati, perasaan sayang pada Juyeon masih lagi kekal. Dia tidak dapat berbuat apa-apa. Inilah pilihannya. Demi melindungi Juyeon daripada cengkaman Mina Kwon.
"Pasrah, huh?"suara seorang perempuan kedengaran di belakang V. Bunyi seperti menyindir. Sudah tentunya Kwon Mina. V berdiam diri. Tangan digenggam menahan amarah.
"Look. Kau sendiri sakit hati kalau perempuan tu dengan orang lain. Pernah tak kau bayangkan macam mana hati aku waktu kau dengan perempuan tu? "Mina berbisik.
"Kita tak ada apa-apa hubungan,"kata V. "Itu pada kau. Bukan aku. Pada aku, kau masih hak milik aku. Tak ada yang boleh bahagia selagi aku masih hidup, "Mina berbangga. Apa sangatlah yang dia mahu banggakan.
"Kau siapa? Kau tak ada hidup sendiri ke? Kenapa kau suka susah orang? "V mahu saja meletus di situ. "Wow! Taehyung, kau dah lupa? Kau nak selamatkan nyawa Juyeon, bukan? Jadi, usahalah!"balas Mina. V menjeling Mina.
"Hwaiting!" Mina memerli V lagi dan berlalu pergi.V mengeluh. Dugaan jenis apa ini? "Argh! Serabut! "Getus hati V.
TBC
Hey gais!!! I'm sorry sbb da lama tak publish... U know? Author stress siapkan PT3 Sejarah huhuhu tapi tak pe la.. Da lepas da pun and ringan sikit beban.. But yea, da habis sejarah tapi author still worried about twin author.. She wa so sick but she need to finish the assignment too.. Nak wat cmne.. Lagipun author serba salah tk dpt teman dye smpai siap.. Author terpaksa balik huhu.. But yea, i hope this can help her :') doakan dye cepat sembuh ya :) jasa korg author kenang smpai bila² ^^
Selamat berpuasa dan happy holiday drpd QielKookie97! ^^
YOU ARE READING
That Kingka Is My Target! [Malay]
Fanfiction- kisah dimana seorang gadis yang bermacam kerenah dengan seorang kingka hot yang dah berkawan sejak kecil, jatuh cinta secara diam-diam.Nak luah perasaan,masing-masing ego.Akhirnya,salah faham berlaku.Malahan,lagi banyak masalah yang datang.Dapat k...