Chap. 46

45 9 0
                                    


Author minta maaf, sebab korang ada hard time nak baca sambil buka lagu yang author letak. Actually author baca wattpad dengar lagu tuh sume pakai laptop, so tak de apa² jadi. But for yang baca pakai phone, srsly author mintak maaf sangat².

Tapi for those yang dah ada lagu yang author attached tu lega sikit author rasa. Bukan apa, feel bila nak baca kena ada 😅 tapi kalau korang baca tak dengar lagu pun tak apa. So, korang dengar lah dulu baru baca. Tu je.
      

☆☆☆



  Kalau boleh, dengarlah sebelum baca. For yang baca pakai laptop tu, i guess tak de apa² masalah kan.



        Pintu bilik di mana V berehat dikuak perlahan. Juyeon masuk bersama Jhope, Jungkook, Jiyoo dan Mihae. Jimin dah sedia ada dalam bilik itu. Juyeon berjalan ke arah V.

       Susuk tubuh V yang berbaring lemah di atas katil itu di pandang Juyeon dengan matanya sayu. Sedih. Dia sedih melihat keadaan V yang tak sedarkan diri.

         Juyeon mula mengambil tempat di sebelah V. Rambut V dia usap. Pipi Taehyung diulus lembut. Tangan kanan V di genggam erat oleh Juyeon. Dia membawa tangan itu ke pipi. Dia rindu. Rindu dengan belaian V.

         "Kim Taehyung.."panggil Juyeon dengan suaranya serak. Matanya dah mula berkaca sekali lagi. Apa pun, dia kena kuat. "Lamanya kau tidur. Orang lain pun tidur, tapi tak lama macam kau. Bangunlah."Juyeon bercakap sendiri.

          " Fikir pasal kau buatkan aku rasa tak senang duduk. Buat aku gila. Aku nak sangat tengok keadaan kau. Tapi bila nampak kau terlentang atas katil tanpa bergerak dan buka mata, ini sangat menyakitkan hati aku." suara Juyeon bergetar.

         "Kau cakap kau sayang aku. Kau cakap kau cintakan aku. Tapi, kenapa kau tak nak buka mata kau untuk aku? Kau tahu tak, aku rindu kau. Rindu sangat-sangat. Sampai rasa macam nak mati."kata Juyeon. Nadanya sedih.

         "Kau memang gila menjengkelkan pada aku. Kau selalu buat aku marah. Tapi, sebab kau je sahabat yang selalu dengan aku sejak, pertahankan aku sejak kecil, aku mampu berdiri sebagai aku yang sekarang. Itu semua sebab kau. Tiba-tiba, kau berubah masa putus dengan Mina. Waktu tu, aku marah dengan kau. Sebab perubahan ketara kau. "

       "Kau banyak mainkan perasaan perempuan. Kau jadi buaya darat udara darat semua tu. Cukup sebulan, kau putus dengan dorang. Sumpah, aku benci dengan kau sampaikan aku nak bagi pengajaran dekat kau. Itulah sebabnya BTS dan AOA Cream selalu bergaduh. Sebab kita. Tapi,nasib baik dua-dua dah berbaik."

        "Makin lama masa berlalu, aku pun dah terdetik rasa suka pada kau.  Aku halang perasaan tu. Aku tak nak kau buat benda sama pada aku. Tapi, perasaan aku jadi makin kuat. Sampai orang lain boleh perasan. Siapa sangka, kau sendiri kata kau jadikan aku mainan kau je. Hahaha, aku rasa macam di perbodohkan waktu tu. Kau tak tahu betapa hancurnya hati aku. "

         "Itu semua hanya kenangan, sekarang ni...aku nak kau tahu, aku sangat sayang kau. Aku...cintakan kau juga. Aku minta maaf, sebab palaukan kau. Tipu diri sendiri dengan gunakan Mingyu. Aku ni pun, apa kurangnya. Hati aku sakit sangat. Dan paling teruk,aku jadikan kau target untuk menyakitkan hati,untuk buat kau menyesal. Maafkan aku. Aku takkan buat macam tu lagi."

        "Aku sayangkan kau,jadi tolonglah bangun. Aku merayu. Aku sunyi kalau kau macam ni. Berat hati,Taehyung. Bangun lah bangun." Luah Juyeon,dia menggerakkan badan V. Tapi V langsung tak bergerak. Hanya dadanya naik turun kerana bernafas. "Kim Taehyung,V. Tolong bangun. Aku rindu nak dengar suara kau." rayu Juyeon.

          Senyap. Sunyi. Tiada sebarang balasan. Juyeon menangis. Dia memeluk badan V. Dia menangis. Rindu sangat.

"Panasnya...badan kau.."


      

       Juyeon mengangkat muka. Suara tu..macam suara V. Dia memandang wajah V. Dia rasa macam sedang bermimpi. V dah sedarkan diri!

      "Taehyung!"Jimin bangun dari sofa,melihat keadaan Taehyung. Begitu juga dengan yang lain. "Akhirnya,kau dah sedar!" Jimin menghela nafas lega. Sahabatnya dah sedarkan diri. Juyeon masih berdiri kaku di situ.

      "Kau lapar? Nak makan?" tanya Jhope pula. V menggeleng dan memandang Juyeon. Dia senyum. "Selamat bertemu sekali lagi,Kim Juyeon." V melambai ke arah Juyeon. Juyeon menekup mulutnya."A..Apa dah..jadi?"tergagap-gagap Juyeon bertanya.

        V senyum. Tangan Juyeon di tarik ke arahnya, dan badan gadis itu di dakap erat oleh V. Air mata Juyeon makin laju meluncur laju.

         "Sebenarnya Yeon, Taehyung dah sedar sejak siang tadi. Jadi, ini semua hanyalah lakonan."jelas Jungkook. Semua ahli BTS dan AOA Cream masuk, termasuk dua keluarga Kim.

         "Taehyung.. Apa ni.." Juyeon menangis. V mengesat air mata Juyeon dan mengulus lembut pipi si gadis. Satu senyuman manis dihadiahkan kepada Juyeon.

          "Ini... Untuk nak uji, betul ke tidak kau sayang aku.. Terima kasih, Juyeon. Thanks a lot. Aku gembira. "Ucap V dengan ikhlas. "Kau jahat tahu tak!"cebik Juyeon,kemudian dia tertawa kecil. Begitu juga dengan V. "Aku sayang kau. Sepenuh hati aku. "Tambah V lagi.

          "Nado."jawab Juyeon, tersipu malu. Semua yang ada di situ menepuk tangan dengan pengakhiran salah faham mereka. Mereka dah mula bahagia.

Kedua-dua insan itu pun saling berpelukan.

Semua salah faham sudah pun selesai.

Kini tiba lah masa untuk mereka berehat.












_ _ _

That Kingka Is My Target! [Malay]Where stories live. Discover now