Chp.26

45 6 0
                                    

"Tolong, "

"Jaga Juyeon sebaik mungkin, "

Ayat itu masih berlegar-legar di fikiran Jiyoo. Telefon pintar yang berada diatas katil dicapainya. Jari-jemari Jiyoo menaip sesuatu di permukaan skrin gajet itu.

"Aku kena tahu apa yang sedang berlaku, "kata Jiyoo. Demi adik kembarnya, dia sanggup berbuat apa sahaja. Dia tidak kira jika dirinya di dalam bahaya.

............................................................

Jimin mengambil telefon bimbitnya. Jarinya menekan butang "kenalan" dan menekan nama "Mihae". Ya, Park Mihae yang sekian lama tidak hadir ke sekolah kerana urusan keluarga.

"Mihae? "

"Ya? "

"Awak sihat? "

"Ya. Saya sihat. "

"Ada apa-apa ke? "

"Tak. Saya cuma.. rindu pada awak. "

"Haha. Betul ke? "

"Janganlah ketawa. Saya betul-betul sedang rindu awak sejak awak tiada di sekolah. "

"Ah, baiklah. Saya juga rindukan awak, Park Jimin. "

"Macam mana dengan kes Taehyung? Awak masih berkerja keras tentang tu? "

"Keadaan masih sama. Jadi, kami semua sedang siasat. Tapi, kami ada jumpa orang baru. "

"Orang baru? Maksud awak? "

"Saya akan beritahu awak bila awak pulang. Awak pulang dari China bila? "

"Mungkin esok. Nanti saya akan hubungi awak. Eomma dah panggil tu. "

"Ah, baiklah! Selamat malam, sayang. "

"Ehm! Malam juga, 'mochi' sayang~"

Jimin ketawa kecil lalu mengakhiri panggilannya. Rindu pada buah hatinya akhirnya terubat. Terasa kurang bebanan yang dirasai selama seminggu ini.

"Mihae? "Suga yang sedang khusyuk bermain PC menegur Jimin. Terkejut Jimin dibuatnya. "Ah! Hyung, terkejutlah! " rungut Jimin. "Ya, Mihae. Jimin rindu sangat pada dia. Rasanya dia sahaja ubat yang boleh pulihkan sakit kepala ni, " kata Jimin sambil memegang dadanya.

"Heh, kalau kamu sakit tahap kritikal dia bukan dapat sembuhkan kamu malahan buat kamu lebih lemah, "Suga masih lagi dengan PC nya. Jimin sudah memandang senget si Suga yang cakap mengikut kepala sendiri.

"Apapun, ada maklumat dari ahli yang lain? " tanya Suga. Jimin membuka telefon pintarnya. "Oh! Jiyoo ada hantar sesuatu! "Jimin cepat-cepat menekan mesej Jiyoo melalui KakaoTalk. Begitu juga dengan Suga.

"Bagus! Kita akan bincang benda ni esok, " Suga mengenggam penumbuknya. Tidak sabar mahu mengetahui kebenaran yang akan terbongkar tidak lama lagi.

............................................................

Di Beer Bar, Mina seperti sedang menunggu kedatangan seseorang di sana.Senyuman jahat di bibirnya tidak lekang. Entah apa lagi yang dia fikirkan.

"Mina! "

Seorang lelaki memanggil Mina yang sedang meneguk segelas kecil soju. Lelaki itu berjalan kearah Mina.

"Ada apa panggil aku sampai ke bar? "tanya lelaki misteri itu. "Kim Mingyu, kau harapan aku sekarang. "nafi Mina sambil memandang Mingyu. Oh, lelaki itulah sepupunya!

"Apa hal? "Mingyu pelik. "Sekolah kau juga akan ke Jeju kan? Untuk aktiviti selepas peperiksaan. "Mina bertanya. Mingyu tiada jawapan lain selain daripada mengangguk.

"Pelan aku sekarang adalah, bawa Juyeon jauh daripada V. Katakan yang kau sukakan dia. Ambil kesempatan pada Juyeon dan lepas itu kau jadi teman lelaki dia, "arah Mina. Mingyu mengerut dahi.

"Apa...kau merepek? "Mingyu memandang Mina dengan kerutan di mukanya.Dia tidak memahami kehendak sepupunya. "I'm begging. Aku terdesak. Aku mahukan V untuk jadi aku punya seorang! Aku takkan mengalah, "Mina menggenggam penumbuknya.

"Kau suruh aku ambil kesempatan? Maksud kau? Kau nak aku....? "Mingyu makin bingung. "Ya, rampas virgin dia. "Mina bertindak tidak waras. Sehinggakan Mingyu terkejut dengan kehendak Mina.

"Bantu aku. Ingat, Mingyu. Aku bantu kau waktu kau kecil dulu. Waktu kau tiada teman dan keluarga kau dalam keadaan terdesak. Aku sudi berkawan dengan kau dan kenalkan segalanya pada kau. Takkan kau nak khianat sepupu kau sendiri, bukan? " Mina menyusun kata-kata yang mampu mengubah fikiran Mingyu.

Walaupun dia tahu, Mingyu bukan jenis yang suka memuaskan diri sendiri. Tapi,dia benar-benar tidak dapat menunggu lama. Sehingga mengarah sepupunya sendiri melakukan perkara terkutuk.

Mingyu mengeluh. "Aku.. "Satu perkataan keluar dari mulutnya. "..akan lakukan, sebab kau..sepupu aku, "Mingyu perlahan-lahan termakan pujukan Mina.

"Ingat, Mingyu. Lakukan ini untuk bantu aku balas dendam.Jangan sesekali pun kau ada perasaan pada perempuan tu. Aku hanya suruh kau perdayakan dia saja. "Mina mengingatkan Mingyu. Mingyu bangun dan beredar.

Botol soju dicapai Mina dan di tuang ke dalam gelas kecil. Hanya satu teguk saja, habis. Mina senyum jahat. Dia akan cuba seberapa dayanya untuk mendapatkan V yang dia kejarkan selama ini.

"Aku dah cakap, V. Aku takkan sekali-kali lepaskan kau, "

............................................................

V duduk bersandar di sofa dan memandang keluar tingkapnya. Kejadia dua hari lalu meninggalkan kesan pada dirinya. Dia tidak patut mempermainkan Juyeon.

Satu keluhan berat di lepaskan.Matanya memandang ke skrin telefon pintar. Pasti menunggu mesej atau panggilan. Seumur hidupnya, dia tidak pernah begini. Walaupun sudah berkali-kali keluar dan putus hubungan dengan ramai perempuan, tetapi ini adalah sesuatu yang lain.

Dia dapat merasakan dia menyukai seorang gadis yang sejak kecil menjadi teman dan rakan gaduhnya.Hatinya terbuka untuk menyukai gadis bernama Kim Juyeon.

"Aku rasa kosong bila kita jadi macam ni. "V memeluk kedua-dua kakinya sambil termenung.

"Alangkah baiknya kalau kita berdua macam dulu.. "

"Bermain, bergurau.. "

"Bergaduh kerana benda yang remeh.. "

"Aku.. nak kita yang dulu.. "

"Aku nak..Juyeon yang.. ceria.. "

"Aku sayangkan Juyeon yang selalu dengan aku di masa yang lalu, "




































TBC

Mianhae guyssss... Author memang buat tabiat dalam part ni.. Huhuhu.. Enjoyyyy~

That Kingka Is My Target! [Malay]Where stories live. Discover now