Chp.21

94 18 5
                                    


Juyeon sedang sibuk mengulangkaji pelajarannya.Ada peperiksaan besar yang dia bakal hadapi tidak lama.Dia tidak mahu mengulang peperiksaan seperti seniornya iaitu Jhope,Jin,Suga dan Rap Monster.Ya,mereka ulang peperiksaan.Sebab itulah,mereka saja senior yang ada sekolah itu sedangkan AOA Cream,ahli muda BTS dan yang lain berada di tahun terakhir.

Bagaimana dengan Jiyoo?Jiyoo pergi meminjam buku rujukan di perpustakaan untuk mencatat nota.Kalau hanya baca,memang sehabuk pun tidak melekat di dalam otaknya.Dia pulang dengan tiga buah buku rujukan."Annyeong~"sapa Jiyoo sambil meletakkan begnya diatas sofa."Eo,dah balik dah kau."balas Juyeon sambil menekan satu persatu butang kalkulator."Dah lama ke kau dekat situ?"tanya Jiyoo.Stokin ditanggalkan satu persatu."Dalam 3 jam aku bertapa dekat sini.Lamanya kau pergi perpustakaan.Kau pinjam buku ke kau cetak buku?"perli Juyeon.Jiyoo tersengih.Ada makna disebalik sengihan.

"Tersengih-sengih!Keluar dengan Jungkook,kan?"teka Juyeon.Sudah masak sangat dengan perangai Jiyoo.Sejak kebelakangan ini,Jiyoo rapat semacam dengan Jungkook.Adakah mungkin kerana Jiyoo telah membuka hatinya buat Jungkook?Alamak,author dah mula dengan ayat merapunya!Sediakan payung sebelum hujan,para pembaca~

"Aku ajak dia pergi KFC."balas Jiyoo.Juyeon yang sedang leka mengira,serta-merta berhenti."KFC?!"terus bangun dari duduknya."Ya,KFC.Kenapa?"tanya Jiyoo sambil duduk.Kakinya disilangkan gaya 'queenka'.Kelas kau,Jiyoo! "Weh!Aku mengidam KFC!Kenapa tak bungkus untuk aku?"rungut Juyeon.Mahu saja dia menangis disitu.Kembarnya makan makanan sedap tanpanya.Tidak adil! "Woi,minah!Senyaplah kau.Kau tak nampak ke plastik dekat tangan aku ni?"Jiyoo sudah mula menunjukkan muka tidak puas hatinya.Juyeon memandang kearah plastik di tangan Jiyoo.Dia memandang Jiyoo semula dan tersengih kambing.

"Ada juga yang kena hempuk kuali kejap lagi ni,"kata Jiyoo dengan menyampah sambil menuju ke dapur."I LOVE YOU,TWIN~"ucap Juyeon lalu berdiri diatas sofa.Tangan didepakan(Titanic 0.0 )."Kau kena sampuk ke?!"Jiyoo menjerit dari dapur.Cepat-cepat Juyeon turun dari sofa.Jiyoo kalau mengamuk,singa pun kalah.Bersiap sedia dengan 'ngauman' Jiyoo yang kedengaran seperti jebon batak(maaf,author merapu lagi ㅠㅠ).,

Makanan telah terhidang diatas meja.Laju saja Juyeon menarik kerusinya dan duduk.Pinggan dipegang kemas.Sudah bersedia untuk menikmati ayam yang empuk lagi enak berlemak manis(emm okey author pula yang terliur -.-)."Thanks for the food,unnie-nim!!"ucap Juyeon pada Jiyoo yang baru saja duduk."Ha,makanlah!"sua Jiyoo.Mereka berdua mencapai ayam masing-masing.

Sedang enak mereka menjamah ayam goreng tepung yang enak lagi berlemak,Juyeon mencebik.Jiyoo tertarik dengan reaksi Juyeon."Kenapa?Tak sedap ke?"tanya Jiyoo.Juyeon menggeleng."Rindu eomma dengan appa,"Juyeon menunduk.Jiyoo mengeluh."Seminggu saja lagi.Nanti eomma dengan appa pulanglah.Jangan risau,"Jiyoo cuba memujuk Juyeon."Eo,eomma dengan appa balik sebelum musim luruh kan?"tanya Juyeon.Jiyoo mengangguk sambil mengunyah isi ayam yang digigitnya tadi.Juyeon senyum lalu menyambung dengan rutin makannya.

........................................................................

Jimin membuka pintu bilik V.V sedang berbaring sambil menutup matanya dengan lengan."Taehyung,kau tak nak makan?"tanya Jimin.V terjaga lalu perlahan lahan bangun."Ada makanan apa?"tanya V semula."Hari Jin hyung tak masak.Jadi,Jin hyung suruh Jungkook belikan KFC dan piza.Pergilah makan."ajak Jimin."Oh.Nanti aku makan,"jawab V."Tae,kau ada masalah ke?"tanya Jimin lagi.Satu keluhan berat keluar dari mulut V.Jimin menepuk bahu V.

"Aku tipu,"kata V.Jimin mengerutkan keningnya."Aku dah tipu dia."kata V lagi."Aku tak faham,"balas Jimin."Kau cakap pasal Juyeon ke?"tanya Jimin.V memandang Jimin dengan matanya yang kuyu.Dia mengangguk perlahan.Jimin mengeluh.Dia cuba senyum."Aku rasa..kau belum cukup sedia untuk beritahu dia.Take your time,Tae."Jimin mengeluarkan pendapatnya."Tapi,aku dah buat dia menangis."tambah V lagi."Perempuan.Hatinya sangat lembut.Lama-lama dia akan okey.Mungkin ambil masa yang lama untuk maafkan,tapi aku percaya dia akan terima satu hari nanti."pujuk Jimin.Jimin memang pandai memujuk.Bagi V,Jimin ialah kaunselornya.Segala masalahnya,Jimin saja yang menjadi pendengar setia."Thanks,Min.Kaulah satu-satunya kawan baik aku yang faham situasi aku sekarang."ucap V sambil memeluk Jimin.Jimin membalas pelukan V."Tapi Min,apa aku nak buat sekarang?"tanya V."Itu kau sendiri yang kena fikirkan."Jimin membalas dengan berpada.Bukan tidak mahu membantu,tetapi ini adalah masalah V dan V yang perlu selesaikan segalanya sendiri.Keluhan berat keluar dari mulut V.Otaknya serabut.

........................................................................

Sebulan telah berlalu,sudah masuk ke bulan yang baru.Musim luruh sudah bermula.Dua orang kembar masih lagi nyenyak di dalam bilik ditemani patung beruang kesayangan mereka.Jiyoo masih lagi diatas katil tetapi Juyeon,sudah jauh ke bawah katil.Bagaimana boleg sampai di bawah katil juga tidak dapat dikenal pasti puncanya.

Pintu rumah dibuka perlahan.Dua orang manusia masuk ke dalam rumah itu dengan senyap.Tapak kaki menuju ke bilik si kembar diatas.Pintu bilik dikuak perlahan.Dua orang manusia itu masuk ke dalam bilik perlahan lahan dan menatap wajah dua orang gadis yang sedang nyenyak tidur.Senyum diukir dibibir dua insan itu.

Seorang mengusap rambut Jiyoo dan seorang lagi menggendong Juyeon dari bawah katil keatas katil.Sepasang kembar itu terjaga apabila tidur mereka terganggu.Perlahan-lahan mereka membuka mata dan menggosok mata masing-masing.Dua orang manusia tadi berdiri di hadapan mereka dengan senyuman manis.Orang pertama yang terkejut adalah Jiyoo."Ju..Juyeon,"panggil Jiyoo.Juyeon masih lagi mamai.Jadi dia akan berfikir yang apa dihadapannya itu mimpi indah."Hm?"jawab Juyeon yang masih mamai."Juyeon-ah,sedar!!"Jiyoo menepuk perlahan pipi Juyeon."Annyeong,anak-anak Kim!"sapa dua orang manusia dihadapan Jiyoo dan Juyeon.Juyeon mendengar suara itu dan matanya serta-merta segar.Adakah dia bermimpi?

"APPA!!EOMMA!!"dua orang gadis itu berteriak.Mrs Kim Junha dan Mr Kim Sooro di hadapan mereka.Alangkah rindunya mereka pada ibubapa tersayang mereka.Jiyoo memeluk Mrs Kim manakala Juyeon memeluk Mr Kim."Huwa!Appa,Yeon rindu appa!"kata Juyeon sambil memeluk bapa kesayangannya yang sudah bertahun tidak berjumpa.Maklumlah,Mr Kim dan Jiyoo menetap di Busan sejak Juyeon dan Jiyoo masih di menengah rendah.Mr Kim di terpaksa berpindah tempat kerja di Busan waktu ketika itu.Wajarlah Juyeon rindukan bapanya."Aegi appa dah besar dah.Yeon sihat?"tanya Mr Kim sambil mengusap rambut Juyeon."Emm semalam pening sikit,hari ni sihat dengan serta-merta!Sebab appa dengan eomma dah balik!"kata Juyeon."Jiyoo sihat?"tanya Mr Kim pada Jiyoo.Jiyoo senyum lebar."Jiyoo selalu sihat!"balas Jiyoo pula dengan senyuman."Maaflah,eomma tak beritahu kamu berdua yang kami pulang hari ini,"Mrs Kim mengucap maaf pada dua orang anak gadisnya.Jiyoo dan Juyeon memeluk kedua ibubapanya.Terlalu rindu."Asalkan eomma dan appa balik Seoul,"kata Jiyoo.

"Sekarang ni,dua orang anak appa ni pergi mandi.Sekejap lagi boleh sarapan bersama,"arah Mr Kim pada Jiyoo dan Juyeon.Lantas,kedua-dua gadis itu mencapai tuala dan masuk ke dalan bilik air.Juyeon terlebih dahulu masuk ke dalam bilik mandi di dalam biliknya.Jiyoo terpaksa mengalah dan mandi di bilik mandi di bawah.Mrs Kim memandang Mr Kim dengan senyuman di bibir.Mr Kim membalas senyuman isterinya.Pasti terlalu gembira."Awak kena beritahu mereka pasal benda tu."Mrs Kim mengingatkan Mr Kim."Pasti mereka gembira kalau dapat tahu,"tambah Mrs Kim."Saya pasti akan beritahu mereka.Awak jangan risau,"balas Mr Kim dengan senyuman.Pinggang isterinya dirangkul.Kasih sayangnya cukup buat keluarga.Bahagianya keluarga Kim.

........................................................................

"Eomma,nak odeng!"minta Juyeon.Mrs Kim mengambil sepinggan odeng dan dihulurkan kepada Juyeon.Jiyoo membalut nasinya dengan rumpai laut kemudian disuakan kepada Mr Kim."Appa,makan ni!"sua Jiyoo.Mr Kim menerima suapan dari Jiyoo kemudian senyum dihadiahkan kepada kembar sulungnya."Huwah~Dah lama tak rasa masakan eomma,"Jiyoo berkata."Makanlah,sayang.Makan banyak sikit,"Mrs Kim mengusap rambut Jiyoo."Baiklah,eomma!"Jiyoo menyuap makanan ke dalam mulutnya."Makan lagi,Jiyoo.Lapisan lemakmu menjadi idaman hatiku~"Juyeon sudah mula dengan perangai menyakatnya.

"Eh eh kau!Tebu~Galah sangat jadi tebu~"Jiyoo membalas."Sudah,makan dulu baru sakat.Tak elok sakat menyakat depan makanan."pesan Mrs Kim."Baiklah,"jawab dua sekembar itu dan sambung makan semula."Aha!Appa duduk Seoul lama ke?"tanya Juyeon.Mr Kim diam.Dari reaksi muka Mr Kim pun Juyeon sudah dapat agak."Mesti appa duduk Seoul tak lama,kan?Tak apalah,Yeon faham."cebik Juyeon.Mrs Kim memandang Mr Kim."Appa bukan selalu pulang Seoul.Duduklah lama sikit.Tak pun,buatlah permohonan nak bertukar tempat kerja di Seoul.Busan jauh sangat,appa."Juyeon menunduk."Makan dulu.Sekejap lagi appa ada berita nak beritahu kamu dan Jiyoo,"arah Mr Kim.Si kembar tidak dapat bersabar lalu menghabiskan makanan.Sekarang,hanya tunggu ibubapa mereka siap.Agaknya,apalah berita yang Mr Kim ingin beritahu mereka?Ada rahsiakah?

TBC

Huehuehue gais :'( im sorry sbb lama x update ..bukan ape,tenet author problem maa..hari ni author kasi double update ..author akan siapkan part 22 and publish secepat mungkin..tungga ya :')

That Kingka Is My Target! [Malay]Where stories live. Discover now