"Thanks,"ucap Jiyoo sebaik sahaja sampai di hadapan rumah.Jungkook senyum."Masuklah.Dah malam ni.Cuaca pun makin sejuk sekarang."kata Jungkook sambil senyum manis.Jiyoo mengangguk perlahan dan melambai kearah Jungkook.Dia berjalan masuk ke dalam rumah."Ha~Dapat juga keluar dengan dia,"Jungkook tersengih seorang diri.Dia berjalan pergi ke bus stop berdekatan.
"Aku dah balik~"Jiyoo menutup pintu rumah.Dia berjalan kearah sofa lalu baring.Juyeon yang sedang membelek-belek majalah memandang Jiyoo.Jiyoo menyedari bahawa Juyeon memandangnya."Apa?"tanya Jiyoo.Sesungguhnya pandangan Juyeon seperti mahu melapah dagingnya.Menakutkan! "Apa pasal kau pandang aku macam tu?"tanya Jiyoo lagi.Juyeon lantas duduk di sebelah Jiyoo."Aishh!Sakitlah,"Jiyoo merungut."Kau dengan Jungkook tadi macam mana?"tanya Juyeon.Jiyoo ketawa kecil."Yah,kau teruja sangat kenapa?"Jiyoo malu."Ala cakap lah!"paksa Juyeon.Dia memang tertunggu-tunggu saat ini.
"Dia ajak aku tengok wayang,"Jiyoo tersengih.Makin pelik pula si Jiyoo ni.Juyeon memandang pelik pada Jiyoo."Kau dah kenapa?"Jiyoo membaling bantal pada Juyeon."Kau sihat?"tanya Juyeon sambil menyentuh dahi Jiyoo."Aku takut kau tak waras je ni,"kata Juyeon pada Jiyoo.Serta-merta Jiyoo bangun lalu menghempap Juyeon."Yah!Kau gila ke?!"pekik Juyeon."Bangun!!!Sakitlah,senget!"marah Juyeon.Dia menarik rambut Jiyoo."YAHHH!!"sama-sama menjerit.Jiyoo penat lalu berhenti menghempap Juyeon yang meronta-ronta minta dilepaskan sambil menarik rambutnya.
"Kau ni sesuka suki hati kau je nak hempap aku!Tak padan dengan badan,dah lah badan macam..."belum sempat Juyeon menyambung ayatnya Jiyoo bersedia dengan beg sekolahnya."Kau jangan,Yeon.Nanti tak pasal-pasal kau yang kena,"ugut Jiyoo.Juyeon tersengih kerang busuk.Dia membatalkan niatnya untuk menyambung ayat."Pergi mandilah kau!Busuk!"arah Juyeon."Teringin nak bau?"tanya Jiyoo sambil mengangkat kening."Yah,kau jangan mental sangat boleh tak?"Juyeon mula serius."Bukan selalu,kan?"Jiyoo mengibas rambutnya dan berjalan masuk ke dalam bilik.Juyeon menggeleng kepalanya."Dah kena sampuk dengan jebon lah tu,"Juyeon berkata sendiri.
........................................................................
Jungkook baring diatas katil selepas membersihkan diri.Tiba-tiba,dia tersenyum sendiri.Oh ya,hari ini dia bermalam di asrama BTS selama seminggu.Sudah tentu semua member BTS ada bersama.Sudah tentu juga Jin yang akan menguruskan mereka dan Jhope sudah tentu banyak berleter.Rindu sungguh suasana seperti ini.Jungkook mencapai telefon pintarnya dan membuka galeri dimana gambar-gambar selfie tersimpan.Jungkook memandang ke kiri dan kanan.Tiada sesiapa.Malah,Rap Monster juga masih membantu Jin mengemas dapur.
Gambar selfie nya dan Jiyoo terpamer.Jungkook meneliti wajah Jiyoo lalu dia tersenyum.Memang banyak kenangan manisnya hari ini.Lebih-lebih lagi dapat mendekati dan mengenali Jiyoo dengan lebih dekat."Jiyoo-ah,gomawo."ucap Jungkook.Walaupun hanya beberapa gambar,Jungkook masih senyum dan gembira."I'll make you mine someday.I will,"kata Jungkook seorang diri.Pintu bilik diketuk."Kook-ah!Hyung ni.Boleh masuk tak?"suara V kedengaran dari luar bilik.Jungkook cepat-cepat menutup telefon pintarnya."Eo,masuklah!"jawab Jungkook lalu membetulkan posisinya.V masuk ke dalam bilik dan duduk di sebelah Jungkook(Oh VKook moment~~).
"Kenapa,hyung?Monyok je,"tegur Jungkook.Memang benar.Sejak pulang dari kafe selepas di soal siasat oleh AOA Cream,V masam mencuka."Kook,"panggil V.Dia tunduk.Kecewa mungkin."Ya,hyung?"Jungkook menjawab dan memandang kearah abang angkatnya itu."Apa nak buat kalau kita suka seseorang,tapi kita tak nak mengaku?"tanya V.Jungkook mengerut dahi."Hyung kenapa ni?"tanya Jungkook.Dia mengerut dahi."Hyung terperangkap.Hyung tipu orang."luah V."Maksud hyung?"Jungkook makin hairan.Sungguh.V punya kepelikan menjadi-jadi.V menghela nafas dan bangun."Tak ada apalah,"jawab V lalu keluar dari bilik.Jungkook pula buntu disitu."Heh?Makin pelik aku tengok dia,"dia menggaru kepala yang tidak gatal.
........................................................................
Esok harinya, AOA Cream mengerumuni Juyeon di bilik lepak mereka."Weh!Kau kena tahu sesuatu!"kata Yuna.Dia menarik Juyeon untuk duduk.Jiyoo pula baru masuk ke dalam bilik itu sudah terpinga-pinga."Kenapa ni?"tanya Juyeon.Chanmi mengeluarkan telefon pintarnya lalu membuka perbualan yang dirakamnya semalam.
YOU ARE READING
That Kingka Is My Target! [Malay]
Fanfiction- kisah dimana seorang gadis yang bermacam kerenah dengan seorang kingka hot yang dah berkawan sejak kecil, jatuh cinta secara diam-diam.Nak luah perasaan,masing-masing ego.Akhirnya,salah faham berlaku.Malahan,lagi banyak masalah yang datang.Dapat k...