"Uwah!!Akhirnya,peperiksaan dah tamat~!"
Suara Suga bergerma di dalam kelas.Peperiksaan sudah tamat,semua pelajar pun bersorak."Korang!Apa kata kita pergi makan snek dekat kedai Soo Ahjuma sama-sama?"cadang Jiyoo.BTS dan AOA Cream saling berpandangan kemudian mengangguk."Boleh juga!Aku nak makan tteobokki,kuih beras dan bingsu buatan Soo Ahjuma lah!Mengidam pula~"kata Jhope sambil mengusap perut."Kau mengandung ke sampai mengidam bagai?"Rap Monster memandang Jhope dengan muka derp nya.
"Suka hatilah!Aku ngidam ke mengandung ke.Eh,kau kata aku mengandung?"Jhope memandang Rap Monster.Dengan penuh amarah,Jhope meluku kepala Rap Monster."Kau ni harap je pandai,tapi jantina pun kau tak boleh beza.Aku lelaki lah,gila!"marah Jhope."Aduh!Aduh!Jin hyung tolong!"Rap Monster mengadu sakit sambil menahan Jhope daripada memukulnya."Sudah!Tak payah korang nak gaduh sakai macam ni.Aku lapar ni.Nanti sorang-sorang aku sembelih buat sup,"Jin berkata dengan nada menyampah.
"Ni siapa nak belanja?"tanya Jimin."Siapa yang ajak tu lah yang belanja muahahahah!"Jungkook ketawa jahat sambil memandang Jiyoo."Hmm,kalau aku bayar aku makan seorang ajelah~"Jiyoo sudah berjalan ke hadapan."Weh,tunggulah!"Yuna dan Hyejeong memanggil Jiyoo.BTS juga mengejar Jiyoo kecuali V dan Jimin.Hanya Mihae,Jimin,V dan Juyeon sahaja dibelakang.
"Jom,Juyeon!"ajak Mihae."Em,aku tak nak ikut."kata Juyeon."Janganlah macam ni.Kitaorang nak belanja ni,"pujuk Jimin."Tak apa.Aku boleh makan dirumah."Juyeon sekali lagi mencari alasan."Hm,kalau macam tu..baiklah,"Jimin dan Mihae akur.V hanya diam.Telefon Juyeon berbunyi.Oh,panggilan daripada Mrs Junha!
"Eomma?"
"..."
"Ah yakah?Macam mana keadaan dia?"
"..."
"Baguslah."
"..."
"Baru nak pulang."
"..."
"Ah..begitu.."
"..."
"Baiklah,"
Panggilan diputuskan.Juyeon menoleh."Eomma dan appa aku..tak ada di rumah."kata Juyeon."Kenapa?"tanya Mihae."Kata eomma aku,datuk aku di hospital Busan.Dia dan appa akan jaga datuk aku di sana dua hari sementara menunggu pak cik aku pulang dari Jeju untuk jaga datuk aku di Busan,"jelas Juyeon."Jadi,Jiyoo tahu?"tanya Jimin.Juyeon mengangguk."Ah,sebab itulah dia ajak kita makan bersama.Sudahlah,aku pasti eomma kau tak masak sebab terburu-buru.Jomlah ikut kami."Mihae memujuk Juyeon.Sekali lagi,Juyeon senyap.Kemudian,dia mengangguk perlahan."Aku ikut,"jawab Juyeon.
........................................................................
Makanan dan snek yang ditunggu tunggu mereka.Akhirnya,sampai dan terhidang di hadapan mata mereka.Masing-masing tak sabar nak melahap makanan mereka."Wah!Terima kasi untuk makanan ni,"ucap mereka.
"Makan!"Jhope dan Jin terlebih dahulu mendapatkan makanan.Ahli yang lain sudah mula mengambil makanan mereka.Apa khabarnya pula dengan Juyeon dan V?
Juyeon,duduk diam menunduk diantara Jiyoo dan Jhope.Menghadap makanan dan makanan dengan senyap.
V,termenung kearah makanan dan diam.Duduk diantara Jungkook dan Jimin.Menghadap Juyeon di hadapannya.
Dua-dua orang manusia ini berdiam diri."Oi,aku tengok diam je korang dua ni.Patung eh?Ke mulut dah kena simen?"Suga menegur dengan agak kasar."E..eh!Tak adalah!Hahaha jom makan!"Juyeon bersuara.Dia mula bersembang.Sementara V,mengunyah ladu dengan senyap.
"Eo,Juyeon!Dagu kau comot,"tegur Jhope."Heh?Mana?"Juyeon cuba mengelap kesan comot pada dagunya."Haish,sinilah!"Jhope mengelapkan dagu Juyeon dengan tisu."Fuh,manis sampai diabetes aku dibuatnya!"kata Jin."Kau jangan asyik puja nama aku,nanti aku tukar nama jadi Salt kang,"Suga mengugut."Melawan hyung kau ni ye!"tegur Jin.Suga serta merta diam.Lain ketawa.
YOU ARE READING
That Kingka Is My Target! [Malay]
Fanfiction- kisah dimana seorang gadis yang bermacam kerenah dengan seorang kingka hot yang dah berkawan sejak kecil, jatuh cinta secara diam-diam.Nak luah perasaan,masing-masing ego.Akhirnya,salah faham berlaku.Malahan,lagi banyak masalah yang datang.Dapat k...