"Mihae.."Juyeon lemah bersuara. Dia sudah bangun dari tidurnya. "Dah bangun? Baguslah!"Mihae senyum. "Nak apa-apa tak? Air? Biskut?"tanya Mihae. Juyeon menggeleng perlahan.
"Eomma dan appa dah sampai? " tanya Juyeon sambil mengerling sekelilingnya. "Dah. Eomma kau siap bekalkan bubur ayam khas untuk kau. Also, Jin bagi daging kambing. Dia dah masakkan, untuk kau cepat-cepat sihat. "Jelas Mihae panjang lebar.
"Ah, yaka?"Juyeon menggosok tengkuknya. "Miahe, Taehyung tak sedar lagi ke?" tanya Juyeon dengan risau. "Buat masa ni, belum ada apa-apa berita. Nanti kalau dia dah sedar, aku dan Jiyoo akan bawa kau tengok dia. "balas Mihae, sambil menggosok perlahan bahu Juyeon. Juyeon hanya mengangguk saja.
Pintu bilik dibuka. Dan disebalik pintu itu, adalah susuk tubuh seorang lelaki. Ianya Mingyu.
"Mingyu..?"Juyeon memanggil perlahan. "Yeon,aku tunggu dekat luar. Korang sembang lah dulu. " kata Mihae lalu keluar dari bilik tersebut. Mingyu memandang Juyeon, dan senyum lemah.
Dia berjalan ke arah katil Juyeon. "Awak macam mana?"tanya Mingyu."Masih sakit lagi, tapi boleh lah bergerak sikit. Awak? " balas Juyeon lalu bertanya soalan yang sama pada Mingyu.
"Saya dah okey sikit. Oh ya, saya akan keluar hospital esok. " kata Mingyu. Juyeon terkejut. "Bukan ke terlalu awal? " Juyeon mengerutkan dahinya. Aneh, bagaimana Mingyu boleh keluar awal?"Saya nak berehat di rumah."balas Mingyu. Juyeon hanya mengangguk faham. "Saya nak bagi ni."Mingyu menghulurkan plastik berisi coklat. "Heh?"berkerut dahi Juyeon. "Saya beli waktu turun ke lobi tadi."jawab Mingyu. Juyeon mengambil plastik itu.
"Terima kasih."balas Juyeon. "Sama-sama. Jaga diri,pastikan awak makan makanan awak dan makan ubat. Banyakkan berehat. Awak kena cepat sihat! Saya pergi dulu. "Mingyu memberi sedikit nasihat dan kemudian meminta diri untuk pergi.
………………………………………………………………
Hari ini sudah masuk hari kedua mereka di hospital. Namun, tiada apa-apa berita tentang V. Mingyu pula dah sedar sejak semalam,selepas Juyeon sedar.
Petang itu di bilik Juyeon, di mana dua buah keluarga Kim sedang berbual. Mrs Yoonji dan Mrs Junha sama-sama risau tentang Taehyung dan Juyeon. Manakala Mr Sooro dan Mr Taewook cuba sedaya upaya untuk memujuk isteri masing-masing.
"Eomma,ahjumma. Sudah-sudah lah. Juyeon tengok ni, tak elok tau sedih macam ni. "Jiyoo menenangkan para ibu yang ada di dalam bilik itu.
"Macam mana kalau Taehyung tak sedarkan diri? Aigoo, risaunya!"Mrs Yoonji menekup mulutnya. "Sayang, jangan fikir yang bukan-bukan. Anak kita akan sedar. Percaya cakap saya." Mr Taewook menenangkan isterinya dengan sedikit belaian.
"Um, maaf mengganggu. Tapi, doktor yang rawat Kim Taehyung panggil Mr dan Mr Kim untuk beritahu sesuatu. Mr Sooro dan Mrs Junha juga perlu turut serta." Kata jururawat tersebut lalu membawa dua buah keluarga itu pergi.
"Jiyoo, Mihae. Agaknya kenapa tu? Taehyung dah mula sedar ke?" Juyeon tak senang duduk. Lebih-lebih lagi berkaitan dengan Taehyung. "Janganlah apa-apa berlaku pada Taehyung."Juyeon meletakkan tangannya di dada. Dia benar-benar risau.
"Tak tahu lah. Nampak macam serius sangat. Sampai panggil eomma dan appa korang sekali tu. " balas Mihae sambil memandang pasangan kembar itu.
Pintu bilik itu diketuk dan dibuka. Kelibat Jungkook dan Jhope masuk ke dalam bilik itu dengan muka tak bermaya.
"Jungkook? Jhope? Kenapa ni? " tanya Jiyoo. "Ada apa-apa yang tak kena ke? Kenapa monyok?"tanya Juyeon pula. "Yeon.."Jhope memanggil Juyeon. Juyeon mengangkat keningnya.
"Aku tak sanggup nak cakap ni.Tapi, aku kena cakap. Kau kena kuat tau. Kuat sangat-sangat."pesan Jhope. Juyeon mula rasa gabra. Dah kenapa ni?
"Mungkin Taehyung takkan sedar. Buat selamanya. "
DUM! Ayat itu buatkan Juyeon terkejut. Matanya mula berkaca. Dia menekup mulutnya. Tak percaya."Yah, hati-hatilah bila cakap macam tu! Juyeon baru nak sihat. "Marah Jiyoo pada Jhope. Dia menepuk kuat lengan Jhope. Aduh, Juyeon dah mula menangis.
"Yeon-ah, tak apa. Jangan menangis. Ini cuma kemungkinan je. Jangan lah menangis. "Jiyoo memujuk Juyeon yang sedang menangis, Mihae pula menggosok perlahan belakang Juyeon.
"Ada kemungkinan Taehyung hyung akan bangun, jadi jangan sedih. Kami cuma nak kau kuat je."kini giliran Jungkook untuk bercakap. Mungkin bila dia cakap begitu, Juyeon akan rasa okey.
"Nak pergi tengok Taehyung hyung tak? Jom."ajak Jungkook. Juyeon memandang semua yang ada di sekelilingnya. Dia mengangguk. Memang dia dah lama sangat nak tengok keadaan Taehyung. Selagi tak dapat, semakin resah Juyeon dibuatnya.
Mereka membawa Juyeon ke bilik Taehyung berehat. Dengan perlahan dan lemah Juyeon berjalan ke sana, dan berdoa agar Taehyung baik-baik sahaja.
TBC
Author akan cuba tamatkan book ni dengan cepat.
YOU ARE READING
That Kingka Is My Target! [Malay]
Fanfiction- kisah dimana seorang gadis yang bermacam kerenah dengan seorang kingka hot yang dah berkawan sejak kecil, jatuh cinta secara diam-diam.Nak luah perasaan,masing-masing ego.Akhirnya,salah faham berlaku.Malahan,lagi banyak masalah yang datang.Dapat k...