Chp. 32

42 6 0
                                    

          Selepas makan tengahari dan berehat selama satu jam, Mr Seojun memanggil semua pelajar untuk berkumpul di tengah laman homestay mereka yang besar dan lapang.

          "Baiklah, pelajar semua! Saya selaku guru bertugas dalam percutian ni, akan umumkan aktiviti yang kita akan lakukan selama tiga hari dua malam di Pulau Jeju ni. Jadi, saya harap kamu semua dengar dengan teliti dan pastikan kalian tak lewat semasa aktiviti bermula."Mr Seojun memberi sedikit taklimat untuk aktiviti yang bakal dijalankan dengan tegas dan bersungguh. Dia tidak mahu percutian ini tidak berjalan lancar.

        "Sebentar lagi, kita akan agihkan kumpulan untuk aktviti malam. Setiap kumpulan akan ada tugas masing-masing.Selepas itu, kalian boleh mula berbincang. Masa diberi untuk berbincang adalah satu jam. Sila manfaatkan masa."jelas Mr Seojun. "Seterusnya, sedikit senaman petang dan permainan "Hide and Seek".Akan ada kumpulan yang akan mencari dan akan ada kumpulan yang bersembunyi. Prepared yourself.Permainan berlangsung selama satu setengah jam.Selepas itu, kalian bebas untuk lakukan aktiviti riadah yang lain."tambah Mr Seojun. Semua pelajar bersorak.

       "Cikgu!"Jhope mengangkat tangan."Ya?"sahut Mr Seojun."Kita tak mandi sungai atau laut ke?"tanya Jhope dengan muka sepuluh sen."Oh, nak mandi?"tanya Mr Seojun.Semua pelajar mengangguk laju.Mr Seojun memandang Miss Solji dan Mrs Hyomin.Miss Solji mengeluh.

       "Itu terpulang pada Miss Solji dan Mrs Hyomin. Mereka yang akan pantau kalian."jawab Mr Seojun."Ala, cikgu! Boleh lah~~"rayu Jungkook."Cikgu Solji, cikgu lah cikgu yang paling cantik dan single ladies di sekolah ni. Jadi, boleh tak cikgu teman kami mandi?"tanya Chanmi dengan ayat memujuknya.Pantang betul budak ni.

        "Haah, Cikgu Hyomin pula cikgu paling seksi walaupun cikgu dah berkahwin dan ada anak dua~" pujuk V pula. Eh eh mamat kingka ni aku sepak juga kang -.-

      Miss Solji dan Mrs Hyomin berpandangan sesama sendiri.Kemudian, Mrs Hyomin melangkah ke depan.Dia memberi pandangan tajam dan tegas.Semua pelajar diam dan menunduk. Mrs Hyomin ni tak boleh bawa main sangat. Takut terkena panahan matanya yang tajam lol.

         Mrs Hyomin berdehem.Dia mengambil nafasnya."Baiklah.."dua patah perkataan itu membuatkan pelajar mengangkat kepala dan memandang Mrs Hyomin dengan pandangan yang penuh harapan. "Kolam renang di belakang homestay.Lepas aktiviti riadah, kalian boleh mandi.Tapi, ingat! Sebelum jam 7 mesti dah siap mandi dan bersiap.Boleh?"tegas Mrs Hyomin.

    "BOLEH!! BOLEH SANGAT!! UYAYYY!! "semua pelajar bersorak bagai nak rak. Mohon homestay tu tak runtuh dek kerana sorakan beruk mereka.

      "Oh ya! Cikgu Solji ada taklimat sikit dengan kalian.Silakan, cikgu."Mrs Hyomin menarik Miss Solji dengan sopan."Cikgu perlukan enam orang pelajar untuk bantu cikgu uruskan makan malam.Siapa yang berminat boleh jumpa cikgu selepas habis taklimat dengan cikgu Seojun ya,"umum Miss Solji dengan sopan.Mukanya sentiasa dihiasi senyuman.Dialah cikgu paling baik di sekolah dan semua pelajar suka ambil kesempatam pada dia. Tak guna, kan? =_=

      "Okey. Balik pada taklimat saya. Selepas kamu semua siap mandi dan bersiap, kita akan makan malam.Habis saja makan malam, kita akan buat adakan persembahan.Ini berdasarkan apa yang kalian sudah bincang ya.Selepas aktiviti malam, semua mesti masuk tidur.Jangan berjaga di tengah malam ya.Cuaca sejuk di luar.Baiklah, setakat ini sahaja. Kalau ada perubahan, saya akan umumkan sekali lagi.Boleh mula lakukan aktiviti yang saya katakan tadi.Cikgu Hyomin dan Cikgu Solji akan agihkan kalian ikut kumpulan. Sila terima dengan hati terbuka."jelas Mr Seojun lagi.Kemudian, pelajar mengeluh.

       "Cikgu akan sebutkan kumpulan dan ahli sekali. Please alert!"Mrs Hyomin muncul sekali lagi dengan keadaan tegas.

Kumpulan 1

That Kingka Is My Target! [Malay]Where stories live. Discover now