Chp.16

99 15 0
                                    


Jiyoo baru selesai menjemur pakaian.Dia masuk ke dalam bilik untuk menjenguk kembarnya,Juyeon.Namun,masih sama.Juyeon sudah banyak berdiam diri sehinggakan masalahnya sendiri tidak diketahui Jiyoo.Jiyoo mengeluh lalu mendekati Juyeon."Yeon,"tegur Jiyoo.Juyeon yang sedang membaca novel itu diam saja."Yeon-ah,"panggil Jiyoo sekali lagi.Juyeon mengerling Jiyoo."Hm,"balas Juyeon.Jiyoo mendengus."Yah!Kau ni boleh tak jangan macam ni?Menyampah betul aku!"marah Jiyoo.Juyeon menutup novelnya."Apa yang jangan macan ni nya?"Juyeon menjawab dengan tenang walaupun hatinya panas.

"Ini!Masam mencuka je sepanjang masa!Geramlah aku.Lepas tu 'palau' aku,macam aku ni tunggul,"Jiyoo meluahkan apa yang tersirat dalam hatinya."Bila masa aku palau kau?"tanya Juyeon dengan sedikit melenting."Tengok tu!Ish,bengang betul aku!"membara hati Jiyoo."Kau 'bendera merah' ke?Marah aku tak pasal-pasal."Juyeon menyambung bacaannya.Jiyoo mendengus geram."Kau tu lah yang kenapa!Hish!"Jiyoo bangun lalu pergi.Juyeon hanya ternganga."Dah kenapa budak tu?Gila."Juyeon berkata sendiri.

Juyeon mencapai telefon pintarnya."Nak telefon ke?"dia bertanya sendiri.Tiba-tiba,telefonnya berbunyi.Juyeon memandang skrin telefonnya."Mihae?"Juyeon mengerut dahi.Butang 'call' ditekannya."Yeoboseyo?"ucap Juyeon."Eo,Juyeon."balas Mihae."Kenapa telefon?"tanya Juyeon dengan nada sedikit dingin."Aku..ada benda nak cakap.Boleh kita jumpa?"katanya."Di mana?"tanya Juyeon."Pasal itu,nanti aku mesej."jawab Mihae."Baik."Juyeon menjawab.Mihae mengakhiri panggilannya."Pelik.Kenapa nak jumpa pula?"Juyeon menggaru kepalanya yang tidak gatal.Dia bangkit dari katil lalu bersiap.

.....................................................................

Juyeon menunggu Mihae di Cafe Bene.Hatinya rasa sedikit gementar.Juyeon menyedut Ice Americano yang dipesannya.Minuman itu mengalir ke salivanya dan melegakan dahaganya.Seseorang datang ditempatnya.Juyeon terkejut."Tae..Taehyung?"Juyeon memanggil orang itu."Juyeon?Apa kau buat kat sini sorang-sorang?"tanya V."Ah,aku..tunggu Mihae.Kau?"Juyeon menjawab."Oh,samalah.Mihae minta aku datang juga."V duduk sambil membetulkan rambutnya.Juyeon diam."Kenapa?"tanya V.Wajahnya didekatkan dengan wajah Juyeon.Juyeon terundur ke belakang.

"Y..yah!Apa kau buat ni?"Juyeon menolak V jauh daripadanya."Buat apa?"V mengerut dahi."Tak ada apalah!"Juyeon mengeluh.Dia menyedut Ice Americano dan menunggu Mihae."Annyeong,"tegur Mihae.Oh,dah sampai."Ah,annyeong.."balas Juyeon."Maaf lambat.Aku ada hal sikit tadi.Lama tunggu?"Mihae mengibas rambutnya dan duduk."Aku dah tunggu dalam 10 minit,mungkin?"Juyeon menilik jam tangannya."Aku baru sampai,"kata V."Oh,cantik warna rambut kau V.Blonde colour,potongan rambut kau pun agak menarik,"puji Mihae."Thanks,"jawab V dengan ringkas."Ehem.Tujuan aku ajak korang ke sini sebab...aku nak minta maaf pada korang.Aku banyak susahkan korang dan sangka buruk pada korang."luah Mihae."Kau dah berbaik dengan Jimin?"tanya V.Mihae mengangguk."Aku minta maaf pada korang.Aku betul-betul menyesal percayakan Mina tu."Mihae tunduk."Benda dah jadi,Mihae.Kita tak boleh nak buat apa dah.Dah lepas pun,"kata Juyeon."Juyeon,"panggil Mihae."Aku..tahu kau sukakan Jimin.Tapi,maaf.Jimin tu kekasih aku.Tak salah kalau kau nak sukakan Jimin.Tapi tolonglah,jangan lebih daripada tu.Aku tak nak sangka buruk pada kau lagi."kata Mihae.Sungguh.Dia tidak mahu Juyeon merampas kebahagiaan hubungannya.

"Park Mihae,listen.Aku cuma sukakan Jimin sebagai kawan.Yah,tak mungkin aku nak suka pada kekasih kawan sendiri.Sama saja macam pengkhianat,kan?"Juyeon senyum."Mian,aku tak ada niat nak buat kau marah."ucap Mihae lagi."Kau jangan risau,dia takkan ambil Jimin kau."kata V."Oh ya!V,kau juga.Aku nak minta maaf sebab aku dah banyak malukan kau.Aku tak tahu pula Mina hasut aku sebab nakkan kau semula."Mihae menunduk lagi.Tidak mampu memandang V.V diam."Taehyung,cakaplah sesuatu."arah Juyeon.V mengeluh."Aku maafkan kalau kau cabut semula gambar yang Mina tampal pada papan kenyataan.Padam gambar yang korang dah viralkan.Baru aku maafkan."arah V."Okey! Aku akan buat apa saja asalkan kau maafkan aku,"kata Mihae.

"Tae,"Juyeon cuba menghalang V."No,Juyeon.Kau nak biarkan gambar kita terabur macam tu je?"V memandang Juyeon.Juyeon mengeluh."Salah kau juga.Siapa suruh buat macam tu dekat aku?"Juyeon mengibas rambutnya."Yah!Kau salahkan aku?"V mengerut dahi lagi.Juyeon sengih sambil anak matanya keatas."Mihae,tolong percayakan Jimin."pesan V."Baik."balas Mihae."Janji?"V menunjukkan jari kelingkingnya."Janji dengan sepenuh hati,"Mihae menyambut jari V.

"Aku maafkan,"V membalas.Mihae memandang V dengan terkejut."Betul ke?Kau..maafkan aku?"tanya Mihae dengan terkejut.V mengangguk.Mihae senyum lebar."Terima kasih.Aku janji akan percayakan Jimin dan takkan dengar benda bukan-bukan."kata Mihae.Juyeon mengenggam tangan Mihae."Kalau ada salah faham,bincang baik-baik.Okey?"pesan Juyeon.Mihae mengangguk dengan laju sambil tersenyum.

"Oh ya!Korang ada apa-apa ke?"tanya Mihae pada V dan Juyeon."Maksud?"Juyeon menyedut airnya lagi."Umm..macam.."Mihae merapatkan kedua-dua jari telunjuknya.Juyeon serta-merta diam.V juga diam."Eo?Aku..salah cakap ke?"tanya Mihae lagi."A..aniya!"jawab mereka berdua.Mihae mengerut dahi lalu ketawa kecil."Aigoo..comel betul korang ni!Couple sajalah kalau sudah suka."kata Mihae."Aye!Mana ada!"kata Juyeon.

"Juyeon bakal tunang aku tak lama lagi,"V memeluk pinggang Juyeon.Perlakuan V membuatkan Mihae dan Juyeon terkejut tahap maksima.Mahu saja Juyeon menjerit di situ.Juyeon cepat-cepat melepaskan tangan V."O..omo..,"Mihae menekup mulutnya.Sungguh tidak percaya adegan sebegitu berada di hadapan matanya."Kan,Juyeon?"V mendekatkan wajahnya pada Juyeon."Aku rasa..aku patut biarkan korang berdua.So,jumpa di sekolah esok ya!"kata Mihae lalu beredar."Park Mihae~~"panggil Juyeon.Juyeon menolak muka V lalu bangun."Aku..nak balik,"kata Juyeon."Yah,apa ni?"V merungut."Aku nak ikut!"V juga bangun."Tak payah!"tolak Juyeon.Juyeon cepat-cepat pergi dan diikuti oleh V.

........................................................................

"Kau pergi mana tadi?"tanya Jiyoo sambil bermain telefon pintarnya.Juyeon mengeluh kemudian baring."Pergi jumpa Mihae,"jawab Juyeon.Nampaknya seperti kepenatan."Heh?!"Jiyoo cepat bangun."Kenapa?"tanya Juyeon sambil menukar siaran televisyen."Kau buat apa jumpa dia?Dia ada kutuk kau?Kau okey je kan?"bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Jiyoo.Tersembur air liurnya."Hoi!Perlahan-lahan boleh tak?"Juyeon membaling bantal Ryan pada Jiyoo.Bukan main dia punya prihatin tu.

"Tak ada apa.Dia nak minta maaf je."jawab Juyeon."Minta maaf?Yah,buat apa pula?Dia dah mengata macam-macam pada kau."Jiyoo membebel."Jiyoo,listen.Memang dia dah kata benda buruk pada aku,tapi aku tak nak buatkan hubungan persahabatan ni sampai sini je.Aku maafkan dia.Dia dah sedar salah dia."terang Juyeon.Jiyoo menghela nafas lega.Dia memeluk Juyeon."Baguslah.Aku risau kalau dia buat perkara buruk pada kau.Kau je satu-satunya kembar aku."kata Jiyoo.Juyeon pelik."Kenapa kau emo sangat ni?"tanya Juyeon.

"Mian,"ucap Jiyoo."Sepanjang kita berkembar ni aku banyak sakitkan hati kau.Aku tahu aku ni menjengkelkan.Aku tahu aku teruk.Aku ni ikut kepala aku je."ucapnya lagi."Heh?"Juyeon makin pelik."Yah,Jiyoo.Kau menangis ke?"Juyeon cuba meleraikan pelukan itu."Eo.Aku nangis sebab kau."kata Jiyoo."Yah,janganlah macam ni."pujuk Juyeon."Kau kena janji,kau takkan tinggalkan aku walaupun aku ni menjengkelkan."Jiyoo berkata lagi.Juyeon senyum."Kau kakak kembar aku.Kenapa aku nak tinggalkan kau pula?"tanya Juyeon.Dia kemudian memeluk Jiyoo.

TBC

Huwaa author faham author faham..ff ni da lari daripada idea asal TT tabahkan hati readers yea TT

That Kingka Is My Target! [Malay]Where stories live. Discover now