Jam telah menunjukkan pukul 6 petang.Pelajar-pelajar telah pun bermandi-manda di dalam kolam renang.BTS,AOA Cream dan Jiyoo sudah pun terjun masuk ke dalam kolam,manakala Juyeon hanya merendam kaki ditepi kolam.Dia tidak pandai berenang,lebih-lebih lagi di dalam kolam yang dalam.
"Weh,Juyeon!Ruginya kau tak dapat main rendam-rendam dalam kolam.Marilah aku ajar kau berenang.Kasihan pula tengok kau lonely dekat sini."ajak Jungkook dengan nada simpati."Eh tak apa!Aku okey je."balas Juyeon.
"Seriously unnie tak nak?"tanya Chanmi dengan muka tak percaya.Juyeon angguk dan senyum."Ala,aku baru nak kacau kau."Rap Monster mencebik.Juyeon hanya ketawa kecil.V pula hanya memandang Juyeon.
"Juyeon!"Mingyu memanggilnya.Juyeon berpaling dan melambai Mingyu."Awak okey?"Mingyu duduk di sebelah Juyeon."Okey je.Kenapa?"Juyeon pandang Mingyu.Mingyu menarik hidung Juyeon lalu masuk ke dalam kolam."Yah!Hahaha!"Juyeon ketawa sambil mengusap hidung.
V berdiam diri.Dia keluar dari kolam.Sakit hati.Dia terkenangkan waktu-waktu dia dan Juyeon bergurau senda di sekoalah rendah dan sekolah menengah.Dia rindu waktu-waktu yang dulu.
Tiba-tiba,Mina datang dan meluru kearah Juyeon."Hei,Juyeon Kim!You nampak lonely dekat sini.Why so lonely?"Mina bertanya.Tak habis-habis mengganggu Juyeon."Suka hati aku lah."Juyeon balas acuh tak acuh.Malas mahu layan."Oh,how about having some fun with pool?"Mina senyum jahat.Ada saja akalnya.Mentang-mentang Juyeon keseorangan.
BUSHHHH!!
"Oops!Sorry,tak sengaja!"Mina berkata dengan nada gedik lalu lari tinggalkan Juyeon.Juyeon di dalam kolam sudah tergapai-gapai.Dia sesak nafas.Sudahlah tak pandai berenang."T-Tolong!Ark!To...long...."Juyeon cuba meminta pertolongan.Sebelum dia sempat pejamkan mata,dia terdengar panggilan daripada dua orang jejaka.
"JUYEON!"
Dan,segalanya menjadi gelap.
..............................................................................................................................................
"Juyeon..weh,bangun lah."
"Tak gunalah kau nangis sakan,Jiyoo."
"Ish,diamlah Jungkook!Dia adik aku,lantaklah!"
"Aish,pengsan je pun.Kejap lagi dia bangun lah."
"Ah.."satu keluhan keluar dari mulut Juyeon.Perlahan-lahan dia membuka mata."Juyeon?"Jhope bangun."Yeon,kau dah bangun?"Jimin dan Jin saling berpelukan."Aigoo..,kenapa dengan korang ni?Kenapa Jiyoo menangis?Apahal muka korang risau sangat?"Juyeon bingung."Kenapa badan aku basah?"tanya Juyeon lagi.
"Kim Juyeon dah sedar?"Mrs Hyomin datang menghampiri katil."Ya,dia dah sedar."jawab Chanmi."Baguslah.Kami guru-guru pengiring terkejut bila dengar kamu pengsan sebab lemas dalam kolam."kata Mrs Hyomin."Kamu terjatuh?"tanya Mrs Hyomin.Juyeon berfikir semula."Saya ditolak ke dalam kolam."jawab Juyeon.
"Omo,siapa tolak kamu?"tanya Mrs Hyomin dengan terkejut.Juyeon serba salah mahu menjawab."Mina.Kwon Mina."Mingyu muncul di pintu bilik.Semua orang memandang kearah Mingyu."Betul ke?"Mrs Hyomin memandang Juyeon.Juyeon angguk perlahan.
"Tak guna kau,Mina!"Jiyoo menggenggam penumbuk."Jiyoo,sabar!"Hyejeong cuba menenangkan Jiyoo yang sudah mula nak meletus.Yuna memegang lengan Jiyoo."Saya akan ambil tindakan atas apa yang dia dah lakukan.Ini tak boleh dibiarkan.Nasib baik kamu tak apa-apa.Jaga diri kamu.Ini lebih kurang saja macam kes buli,saya tak mahu ada kes macam ni."pesan Mrs Hyomin.
"Laporkan pada guru disiplin,Mrs Hyomin!Mina tu dah melampau!"Suga geram.BTS dan AOA Cream mengangguk."Baiklah,saya akan buat laporan sekejap lagi.Juyeon,rehatlah.Saya pergi dulu untuk laporkan tentang Mina."kata Mrs Hyomin. Belum sempat Mrs Hyomin beredar,Juyeon menarik lengan Mrs Hyomin.
"Jangan..,"sepatah perkataan keluar dari mulutnya.Ahli lain terkejut dengan tindakan Juyeon."Mrs Hyomin,jangan laporkan dia."kata Juyeon."Tolong,saya merayu.."Juyeon tunduk dan merayu.Mingyu terkejut dengan apa yang dia dengar.
"Tapi,kenapa?"Mrs Hyomin pelik dengan perlakuan Juyeon."Beri dia peluang dulu,boleh kan?"pinta Juyeon.Mrs Hyomin terdiam.Begitu juga yang lain."Tolong,beri satu lagi peluang.Kalau Mrs Hyomin rasa dia sudah betul-betul melampau,buatlah apa yang patut.Saya percaya,dia akan berubah."kata Juyeon lagi.
"Yeon,kenapa dengan kau ni?"Rap Monster terkejut melihat Juyeon yang tiba-tiba mahu memberi peluang kepada Mina.Entah apalah yang bermain di dalam fikiran Juyeon agaknya.Mrs Hyomin melepaskan keluhan berat."Baiklah.Kalau dia buat hal lagi,saya akan laporkan."akhirnya,Mrs Hyomin bersetuju.Dia beredar dari bilik itu.
"Juyeon,kau serious ke?"tanya Suga dengan rasa tidak berpuas hati."Min Yoongi,semua orang layak dapat peluang kedua kan?"Juyeon senyum.Suga terdiam."Apapun,nasib baik kau sedarkan diri.Kami risau."kata Yuna.Dia mengusap kepala Juyeon."Syukurlah,awak okey."Mingyu senyum lega.Juyeon pula membalas senyuman Mingyu.
"Oh ya,siapa yang selamatkan aku?"tanya Juyeon sambil mengeringkan rambut dengan tuala keriang.Entah dari mana dia dapat tuala pun tak tahu lah.
BTS,AOA Cream,Jiyoo dan Mingyu berpandangan sesama sendiri."Korang? Jawablah."terpinga-pinga Juyeon memandang wajah setiap seorang rakan-rakannya.Mereka terdiam.Muka masing-masing menunjukkan ekspresi serba salah.
"Korang..?"
TBC
Jajang!!Next chapter and TaeYeon will be sailing soon!
YOU ARE READING
That Kingka Is My Target! [Malay]
Fanfiction- kisah dimana seorang gadis yang bermacam kerenah dengan seorang kingka hot yang dah berkawan sejak kecil, jatuh cinta secara diam-diam.Nak luah perasaan,masing-masing ego.Akhirnya,salah faham berlaku.Malahan,lagi banyak masalah yang datang.Dapat k...