Chp.20

79 15 2
                                    


Juyeon berkurung diri di dalam biliknya.Hampir 2 hari jugalah dia tidak keluar.Dalam tempoh 2 hari itu jugalah,Jiyoo berulang alik dari dapur ke bilik semata-mata untuk memaksa Juyeon makan.Terkadang,coklat kegemaran Juyeon,keju dan makanan kegemaran Juyeon juga dibawanya untuk mengurangkan kesedihan Juyeon.Tetapi,tiada apa yang dapat membantu buat masa ini.Hatinya sudah hancur berkecai.Retak seribu.Apa yang dimahukan oleh Juyeon adalah menyendiri.

Jiyoo mengeluh.Pintu bilik diketuk."Pergi,"sepatah Juyeon jawab.Nada marahnya masih bersama.Melenting.Ianya menyakitkan hati Jiyoo,tetapi sebagai kakak kembar,sedikit pun dia tidak kisah.Jiyoo menguak pintu bilik Juyeon.Biliknya gelap.Tiada satu lampu pun dipasang.Juyeon sedang berbaring diatas katil membelakangi Jiyoo.Jiyoo berjalan kearah Juyeon dan duduk di sisi katil.Tangan Jiyoo menepuk badan Juyeon.Tepukan sederhana itu membuatkan Juyeon menangis sekali lagi.Juyeon rasa sangat dungu.Dungu kerana jadi..terlebih dungu.Sudah tentulah dia patut tahu yang V itu tiada apa-apa perasaan padanya.V itu ialah buaya darat.Memang bermimpi sajalah untuk menjalinkan hubungan dengan Kim Taehyung si Kingka itu.

Tapi,perlukah V?Seperti yang dikatakan..V tiada sesiapa untuk bermain,jadi Juyeon menjadi mangsa permainannya.Bermain bersama dia.Bermain dengan hati Juyeon.Juyeon tahu,dia tidak sepatutnya marah kepada orang lain,kerana ini semua salah dirinya sendiri.Salah dia kerana jatuh cinta pada lelaki yang bernama Kim Taehyung.Jiyoo mengelamun kearah tingkap bilik Juyeon.Sinar cahaya bulan menembusi langsir putih milik Juyeon."It's okay.Aku akan bantu kau.Arraseo?"bisik Jiyoo.Tetapi,disebalik bisikan itu terdapat satu kerisauan.Risau.Bagaimana dia mahu membantu adik kembarnya sendiri?

.......................................................................

Seminggu berlalu,kelas seni berjalan seperti biasa.Masing-masing sudah mempunyai pasangan kecuali,Juyeon dan V.Masing-masing tetap dengan ego."Juyeon?Taehyung?Kenapa belum mula?"tanya Miss Solji.Mereka berdua senyap."Tak..ada pasangan."jawab Juyeon."Jangan mengarut!V,berpasangan dengan Juyeon!"arah Miss Solji.Mahu tak mahu,mereka harus berpasangan walaupun masing-masing ingin mengelak."Siapa yang akan melukis?"soal Miss Solji pada mereka."Saya,"sepatah jawapan daripada V.Juyeon mendiamkan diri saja."Good.Boleh mulakan lakaran,"kata Miss Solji pada pelajar-pelajar di dalam kelas itu.

Bagaimana ni?Juyeon benar-benar di hadapan V.V masih lagi dengan muka poker."Duduk tegak,"arah V.Ayat dingin itu menusuk hati Juyeon.Juyeon terpaksa akur.V mula melakar Juyeon.Di pandangnya Juyeon dari rambut hingga ke bahu.Dia mampu melakukannya.V mula melakar kepala Juyeon perlahan-lahan.Siap melakar bentuk kepala dan muka,sedikit demi sedikit dia melakar kepanjangan rambut perang Juyeon yang sihat dan rapi.Mata,hidung dan bibir ditatap oleh V.Dia terkilan melihat mata sembab milik Juyeon.Namun,apa dia peduli? Hidung Juyeon yang sedikit mancung dilakar perlahan.Takut memberi kecacatan pada lukisan apabila salah lakar.

Di dalam kesempatan itu,Juyeon merenung V yang khusyuk melukis."Move on,Juyeon.Kau tak payah nak emo sebab lelaki macam dia,"Juyeon bermonolog sendiri di dalam hatinya."Ehem,"deheman daripada V menyedarkan Juyeon.V juga merenung kearah Juyeon.Dia betul-betul memandang tepat kearah mata Juyeon.Juyeon sudah mula kecut perut."Ehem,kenapa kau pandang aku macam hantu?"Juyeon cuba bersuara.V tidak menjawab pertanyaan Juyeon."Kau,"sepatah perkataan keluar dari mulutnya."Apa kau buat malam tu?"tanya V.Juyeon cuba untuk menenangkan dirinya.Kekalkan muka tembok kau,Juyeon."Aku tak buat apa pun,"jawab Juyeon."Kau tipu,"jawab V dengan ringkas.Dia tahu Juyeon menipunya.Juyeon mengambil nafas.V masih lagi dengan lukisannya."Jhope minta aku bawa dia punya blazer yang tertinggal di bilik tarian AOA Cream.Aku hanya bawa dan pulang.Itu saja."terang Juyeon.

"I'm pretty sure you heard my conversations with Jungkook in that room,right?"V memerangkap Juyeon.Juyeon diam."Memandangkan kau dah dengar,jadi tak ada apa yang nak dirahsiakan.Aku masih V,bukan Taehyung yang kau kenal.Aku dah banyak berubah,"luah V.Kata-kata V membuatkan nafas Juyeon naik turun."Diam dan buat lukisan kau.Kau masih khadam aku,"arah Juyeon."Merepek!Aku bukan khadam kau bila sampai ke soal perasaan,"kata V.Juyeon diam.

Dari jauh,mereka diperhatikan oleh Jiyoo."Hah,bilalah semuanya nak berakhir?"tanya Jiyoo.Dia penat melihat Juyeon dimainkan."Baiklah,pelajar semua.Saya nak beritahu kamu semua yang mulai minggu depan saya akan ada kursus di Jeju sehingga musim luruh tiba.Jadi,kalian ada tempoh beberapa minggu lagi untuk siapkan tugasan seni saya."kata Miss Solji."Sila hantar tugasan dalam minggu ni juga,"pesan Miss Solji dan mengatur langkah keluar.Sejurus selepas Miss Solji keluar,Juyeon pula yang keluar.

"Umm,Jiyoo."panggil Momo di sebelah Jiyoo."Ya?"balas Jiyoo.Dia memandang Momo dengan senyuman manis."Saya nak tanya sikit ni,"Momo nampak gelisah.Pasti ada sesuatu."Apa dia?"Jiyoo menghadap Momo."Tak,sejak akhir-akhir ni,saya nampak Juyeon dengan V tu macam tak macam dulu.Senyap saja mereka.Awak kakak kembar Juyeon,pasti awak tahu apa yang berlaku kan?"tanya Momo dengan sopan."Ah,pasal Juyeon dan V.Mereka ada masalah peribadi.Juyeon tak seberapa sihat."jelas Jiyoo.Dia terpaksa menipu.Takkanlah dia mahu beritahu masalah mereka."Ah,begitu ke?Kalau begitu,saya harap mereka baik-baik sajalah."Momo senyum.Jiyoo membalas senyuman Momo walaupun dia sedikit gusar.

............................................................................

Juyeon duduk di bangku sendirian.Telefon pintarnya dikeluarkan.Dia mendail nombor ibunya,Mrs Junha.Tapi sayang,tidak ada jawapan.Dia mencuba buat kali kedua,tetap tiada apa yang berlaku."Eomma,Yeon nak ikut eomma tinggal di Busan."Juyeon berkata sendirian.Satu keluhan berat dilepaskan."Apa yang kau kisahkan sangat pasal dia?Dia terang-terang cakap dia tak suka kau.Kau bukan suka dia juga,kan?"Juyeon berkata di dalam hati.

"Kim Juyeon,"panggil seseorang.Juyeon menoleh dan memandang empunya suara.Ianya Hyejeong."Ah,Hyejeong.Kenapa?"Juyeon berlakon seperti tiada apa yang berlaku."Kau okey?"tanya Hyejeong selepas mengambil tempat di sebelah Juyeon."Okey je!"Juyeon cuba untuk senyum."Tak perlulah tipu.Senyuman kau tu palsu.Kau menipu."kata Hyejeong sambil memandang Juyeon.Senyuman yamg tadinya terhias di bibir Juyeon serta-merta terhapus.Hyejeong memang sudah tahu."Juyeon,ramai lagi lelaki dalam dunia ni."kata-kata Hyejeong membuatkan Juyeon tunduk."Kenapa aku menangis sebab dia?"tanya Juyeon."Sebab,kau suka dia."jawab Hyejeong.

"Bila masa aku sukakan dia?Aku tak pernah kata pun,"Juyeon menjawab dengan perlahan."Ya,kau memang tak pernah kata.Tapi,gerak badan kau,ekspresi muka kau,aku dapat baca.Kau memang sukakan dia.Aku dah 'masak' dengan kau,"jelas Hyejeong.Hyejeong membawa Juyeon ke bahunya."Kau nak buat apa?"tanya Hyejeong.Juyeon diam.Dia tidak tahu apa yang dia harus lakukan."Ramai lagi lelaki dalam dunia ni.Berjuta.Apalah sangat nak dibandingkan dengan V tu kan?"Hyejeong menepuk lengan Juyeon yang bersandar di bahunya.

"Kalau dah suka,apa salahnya kau cuba pikat hati dia.Jadikan dia target kau.Kalau tidak,terlepaslah kau."kata Hyejeong.Juyeon memandang Hyejeong."Pikat hati dia?Tsk!Jangan harap,"balas Juyeon.Dia memeluk tubuh sendiri."Tengok?Kau masih dengan hati batu kau tu.Cubalah berlembut sikit,"tegur Hyejeong."Aku ni nak kata batu,taklah sangat.Tapi,aku paling benci perangai jebon dia tu."kata Juyeon.Benar,dia mula membenci V selepas V berkata sebegitu padanya."Aku nak masuk kelas."Juyeon bangun dan berlalu pergi."You and your cold-hearted,Juyeon."Hyejeong mengeluh sendiri.Dia juga bergerak masuk ke kelas.

TBC

Happy holiday,guys!I hope you guys having a great time with your family on this school holiday~

lots of love,author ☆

That Kingka Is My Target! [Malay]Where stories live. Discover now