Chp. 33

53 8 0
                                    

Sebaik saja nama trio Kim disebut,Juyeon melepaskan keluhan berat lalu memuncungkan bibirnya.Mingyu yang berada di sebelahnya mencubit pipi Juyeon. Dia baru sahaja selesai membalut kaki Juyeon.

"Kenapa?"tanya Mingyu.Juyeon mencebik."Maaf. Kalau bukan sebab saya, kita mesti boleh bertahan lama."kata Juyeon.Dia bermain dengan jarinya.

Mingyu senyum.Dia mengusap rambut Juyeon.Juyeon rasa pipinya merah serta-merta."Tak mengapa. Awak tak sengaja,bukan? Bukan salah awak pun."jawab Mingyu.

"Hmph! Memang salah kau pun. Kalau kau jaga diri, tak terhegeh-hegeh mesti kita tak kena tangkap!"kata V dengan selamba. Juyeon memandang V dengan jelingan maut.Bantal yang berada di sebelahnya di capai, mahu saja dia baling di muka V yang perasan kacak tu!

Mingyu menghalang Juyeon daripada berbuat sedemikian. Dia tak mahu bergaduh."Tapi..,"Juyeon berhenti disaat Mingyu menggeleng,menghalangnya daripada meneruskan alasan. Akhirnya, Juyeon mengalah.

"Ha,balinglah! Tadi nak sangat baling bantal busuk dia tu."V sengaja mencari gaduh."Eh, mamat kingka telinga capang ni aku sumbat bantal ni kang!"Juyeon hampir saja meletus di situ.

Mingyu menenangkan Juyeon lalu memandang V.V menjeling Mingyu dan sambung bermain dengan telefon pintarnya."V, saya nak bercakap dengan awak."ajak Mingyu.

   "Maaf, aku tak nak."V menolak.Mingyu mengambil nafasnya."Please,"pinta Mingyu dengan sopan.V menghela nafas dan menjeling Mingyu. Dia bangun dan berjalan keluar. Mingyu turut bangun dan berjalan keluar.

     Juyeon memandang dua orang lelaki di hadapannya yang srdang berjalan ke pintu. Satu keluhan dilepaskan oleh Juyeon.Kakinya kembali diurut.

"Juyeon!"

     Juyeon menoleh kearah tuan punya suara. Kuat betul panggil. Tak pandang pun sudah tahu siapa empunya suara. Jhope lah orangnya.

    Jhope duduk di sebelah Juyeon. "Kau tersingkir juga?"tanya Jhope.Juyeon angguk sambil mencebik. Kecewa. "Macam mana boleh tersingkir?"Jhope bagaikan budak kecil yang tidak tahu apa-apa.

     "Kau tak nampak kaki aku yang berbalut tu?"Juyeon memuncungkan bibirnya kearah kaki. "Cedera?"terkebil-kebil mata Jhope. Juyeon mengangkat keningnya, menandakan benar.

      "Macam mana boleh cedera?"tanya Jhope lagi. Kali ini, Juyeon mahu saja mengamuk. Banyak benar soalan daripada mamat ni!

     "Oi,aku tanya ni."Jhope menyiku lengan Juyeon. Juyeon menjeling Jhope."Haish! Banyak soal lah kau ni. Kau pergilah tanya Taehyung tu!"dia membaling bantal berbentuk matahari pada Jhope. Geramnya!
    "Alahai, aku tanya je! Kau ni sensitif lah, Yeon."ayat itu membuatkan Juyeon menjeling Jhope dengan lebih tajam. Bulu roma Jhope sudah meremang. Terdapat aura seram di sekelilingnya apabila Juyeon jeling sebegitu. Sumpah seram.

     "Okeylah,okeylah."Jhope duduk jauh sedepa dari Juyeon.Takut Juyeon naik hantu pula, naya dia nanti.

      "Umm.., Yeon!"panggil Jhope.Juyeon mengeluh."Apa lagi..?"Juyeon cuba mengawal nadanya. Jhope berdehem. Nafasnya diambil lalu memandang semula Juyeon.

     "Kau dengan Mingyu tu... saling suka ke?"tanya Jhope. Juyeon agak terkejut dengan soalan Jhope. Apa dia mahu buat? Tipu sunat tak mengapa, kan?

"Ya."

     Jhope mengerut dahinya."Betul ke?"Jhope seakan tidak percaya.Juyeon mengangguk. Dia angguk dengan bersungguh. "Hati tak boleh tipu, Yeon. "pesan Jhope. "Maksud kau apa ni, Hoseok?"Juyeon buat-buat tidak faham.

     "Yeon, jujur sajalah yang kau masih sukakan Taehyung. Kasihan dia."Jhope menepuk bahu Juyeon perlahan.Namun,satu ketawa kecil yang agak sinis keluar dari mulut Juyeon. "Kenapa ketawa? Aku tak buat lawak."Jhope memandang Juyeon pelik. Budak Juyeon ni dah kena rasuk kah?

That Kingka Is My Target! [Malay]Where stories live. Discover now