Chp.27

50 7 0
                                    

Mina berjalan masuk ke perkarangan rumah V. Pintu diketuk. Loceng sudah ditekan berkali-kali. Namun, tiada sebarang jawapan.

Kebetulan, Juyeon yang sedang berjalan pulang dari kafe ternampak Mina di hadapan pintu rumah V yang mempunyai kod masuk. Juyeon pula berjalan masuk ke perkarangan rumah V.

Mina menekan kod masuk sebelum menjejak kaki ke dalam. Baru saja dia mahu membuka pintu, tangannya dihalang oleh Juyeon.

"Kau buat apa di sini? " tanya Juyeon dengan nada marah. "None of your business. "Mina menepis tangan Juyeon. "Kau ni memang tiada adab ya? " Juyeon masih lagi tidak membenarkan Mina masuk. Mina merampus dan memandang Juyeon dengan pandangan yang tajam.

"Suka hati aku lah! Ini rumah boyfriend aku. Kau siapa nak halang aku?! "Mina melepaskan geram. "But still, kau tiada adab ke? Adakah V benarkan kau masuk walaupun dia tiada di rumah? "Juyeon membalas semula.

Benci sungguh dia pada oramg yang kurang sivik seperti Mina. Mina terdiam seribu bahasa. "Sebelum masuk, hubungi V sama ada dia di rumah atau tidak. Jika tidak, pergilah pulang. Jangan buang masa kau menunggu dia. "Juyeon beredar daripada situ.

Kenapa aku cakap macam itu, tanya hati Juyeon. Walaupun dia sakit hati dia tetap mahu menjaga privasi V. Dia tidak mahu orang lain masuk ke rumah V sesuka hati. Dia bimbang sesuatu yang ditakuti berlaku. Juyeon berjalan pulang ke rumah.

............................................................

"Hmph! Kacau betul perempuan tu, "Mina berjalan keluar dari situ dan masuk ke dalam kereta semula. Telefon pintar dikeluarkan dari tas tangan nya yang berkilau.

"Mingyu, aku nak jumpa kau di Beer Bar sekali lagi. "kata Mina lalu mengakhiri panggilan. Dia terus memandu laju ke Beer Bar.

............................................................

"Apa aku nak buat sekarang? Aku tak dapat berkawan. Aku tak dapat nak bebas lagi. Kenapa kau buat aku macam ni, Kwon Mina? Kenapa kau buat macam ni? " V berkata sendiri. Air di dalam tab mandi di percikkan.

Dia sudah berputus asa. Baru semalam dia dapati yang Juyeon diajak keluar bersama Mingyu.Gadis yang dia cintai keluar bersama lelaki yang merupakan sepupu musuhnya. Entah apa lagi yang akan Mina lakukan pada dia dan rakan yang lain.

"Argh! Kenapa aku tak mati saja?! Lepas itu,aku akan berasa aman. " V menumbuk dinding di sebelahnya. Sakit hatinya tidak dapat di bayangkan. Hanya Tuhan saja yang tahu bagaimana sakitnya hati V ada ketika itu.

Telefon pintarnya berdering. Sudah pastinya Mina yang hubungi. Ah, perempuan sundal itu lagi! V mengambil telefon pintarnya dan baling kearah dinding. Sungguh! Dia benci perempuan itu. Perempuan itu yang menyebabkan hidupnya rasa dipergunakan.

"Kim Juyeon.. " V memanggil nama Juyeon. Sayang sungguh V pada Juyeon.

............................................................

"Ada apa lagi kau panggil aku? Aku dah lakukan seperti yang kau suruh. "Mingyu mengeluh. "Dua hari lagi, Mingyu. Pastikan kali ini kau berjaya. "Arah Mina. Dia benar-benar terdesak.

Mingyu berat hati mahu melakukan perkara sebegitu. "Haih, kalau itu yang kau mahukan. Baiklah, "Mingyu bersetuju. "Sekarang ni, kau dan V macam mana? "Tanya Mingyu.

Mina menggenggam penumbuknya. "Dia tak angkat panggilan aku. Pasti fikiran dia berserabut bila dapat tahu kau dan Juyeon berdating. "Mina senyum jahat. Entah mengapa dia berkelakuan pelik akhir-akhir ini.

"Mina, kau tak rasa penat ke? "Tanya Mingyu. Mina memandang pelik. "Apa? "Mina hairan. "Ya lah, sudah terang-terangan V tak mahukan kau. Kenapa susahkan diri dapatkan dia? Kenapa kau terdesak sangat? "Mingyu mahu saja melepaskan rasa tidak puas hatinya.

"Kau.. "

"Kenapa kau tanya begitu? "Mina seakan tidak percaya dengan soalan Mingyu.

Dia mencapai beg tangannya dan beredar. Mingyu mengeluh. Sepupunya benar-benar sudah hilang akal.

"Pergilah. Lakukan apa yang kau mahu, "keluh Mingyu .

............................................................

Jiyoo memandang kembarnya yang sedang menonton televisyen diruang tamu. Begitu juga dengan Mrs Junha. Anak bongsunya menangis sambil melayan rancangan komedi. Adakah ianya masuk akal?

Mr Sooro, iaitu bapa kesayangan Juyeon yang sedang memasak di dapur dikejutkan dengan sapaan Mrs Junha. "Yeobo, awak tengok anak bongsu awak itu. Kenapa dia menangis semasa rancangan komedi? "Tanya Mrs Junha.

"Mungkin rancangan itu sangat lawak baginya. "jawab Mr Sooro. Tak semena-mena, satu pukulan tepat mengenai lengan Mr Sooro. "Awak jangan main-main! Itu bukan tangisan kerana gembira. Itu tangisan patah hati, kecewa. "Marah Mrs Junha. "Habis itu, awak mahu saya buat apa? "Tanya Mr Sooro.

"Pergilah pujuk anak bongsu awak tu. "pujuk Mrs Junha. Dia risau. "Awaklah. Saya tengah potong ayam ni. Nanti Juyeon lari pula. "Mr Sooro mempamir senyuman yang menampakkan lapisan giginya. "Haish! Banyak benar alasan, "keluh Mrs Junha.

"Eomma, apa kata kita buat 'girls talk' dengan Juyeon nanti? "cadang Jiyoo. Dia tidak mahu menganggu Juyeon ketika bersendirian. Beri Juyeon sedikit masa untuk menangis. "Baiklah. Malam ini kita cuba tanya Juyeon. "Mrs Junha bersetuju.

Mereka berharap Juyeon tidak apa-apa sebaliknya boleh memberitahu apa yang dia sedang alami.

Menangis sepuas hati agar kau rasa lega, kata hati Jiyoo.

TBC

Konnichiwa!! Wahh da lama kutt author tak update.. Bile da update ni rse macam merapu pulak ayat2 author.. Tapi korg faham, bukan? Hehehe buat masa watak2 sampingan author kurangkan dulu sbb nk fokus pada konflik hero dan heroin.. Hope u guys enjoy this story and thanks for supporting me, readers yeorobun~~ HAPPY HOLIDAYYYYY

That Kingka Is My Target! [Malay]Where stories live. Discover now