"Tae,kenapa dengan kau?"tanya Jimin.Dia memandang V yang sedang termenung dan diam itu.Sejak akhir-akhir ini,V nampak pelik.Lebih pelik dari hari lain."Taehyung,aku tanya ni."sekali lagi Jimin menyedarkan V."Tak ada apalah,"kata V.Dia kembali termenung."Kau jangan nak tipu.Kita dah kawan lama.Aku tahu sangat perangai kau ni.Cakaplah.Kau ada masalah,kan?"tanya Jimin.V mengeluh.Dia menghadap Jimin."Tolong aku."pinta V."Okey,apa dia?"Jimin selalu sedia membantu."Aku dah keliru dengan diri sendiri,"V mengeluh lagi."Aku rasa ada benda tak kena jadi pada aku."jelas V."Eh?Pelik.Macam mana tu?"tanya Jimin."Rasa macam..emm aku sendiri pun tak dapat nak jelaskan macam mana,tapi ini berkait sekali dengan Juyeon,"kata V.
"Aku perasan,kau jadi pelik dengan Juyeon.Bila Juyeon ada,kau diam.Kau buat muka poker.Lepas tu,kau suka sakat dia.Tak lama kemudian,kau..macam tadi lah.Lepas tu,kau ikut je kehendak dia."Jimin berceloteh."Aku rasa..kau mula sukakan Juyeon lah,Tae."agak Jimin."Pfft!!No.Takkan lah aku sukakan dia?Excuse me!"V mula geli geleman."Tapi,masuk akal juga.."tambah V.Jimin lantas menjentik kepala V."Gatal!Habis tu,girlfriend-girlfriend kau tu nak letak mana?"Jimin sudah meluat."You know what?Itu untuk percubaan je."selamba badak saja V membalas.Satu lagi jentikan terkena tepat pada kepala V."Haish!Boleh tak kau berhenti jentik kepala aku?"V merungut.Mana tidaknya,Jimin tak henti-henti menjentik kepalanya.Padanlah dengan muka.Siapa suruh miang lagi!
"Patutlah Juyeon anti dengan kau."Jimin jawab."Suka hati dialah.Apapun,dia tetap sukakan kau,"V membetulkan rambutnya."Oh ya,tentang tu..aku dan Mihae dah putus."Jimin menunduk.V disebelahnya terkejut."Kenapa?"tanya V.Jimin senyum tawar.Dia bersandar pada dinding."Biasalah.Salah faham."balas Jimin.V mengerut dahi."Berita tentang Juyeon sukakan aku tersebar luas sampai ke pengetahuan Mihae.Pada mulanya,dia tak ambil kisah.Tapi lepas itu,muncul pula salah faham antara kami.Dia kata,Juyeon gaduh dengan kau hanya sebab nak dapat simpati aku dan rapat dengan aku.Itu apa yang Mihae kata pada aku."jelas Jimin.
"Kau percaya?"tanya V lagi.Jimin ketawa kecil."Sudah tentulah tidak.Itu hanyalah buah mulut orang.Tapi,aku syak ada orang hasut Mihae."Jimin berkata."Aku rasa,aku tahu kerja siapa."kata V.Satu mesej masuk.V membuka mesejnya.Matanya terbuka luas selepas membaca mesej itu."Kenapa?"Jimin hairan."Haish..lepas satu,benda lain pula jadi.."V mengeluh.Jimin mengambil telefon V dan membaca mesej itu.Jimin juga sama terkejut seperti V."Gambar kau dan Juyeon..masa kau..cium dia?"Jimin mengerut dahi.
……………………………………………………………
"NOTIS:V DAN JUYEON MEMPUNYAI HUBUNGAN SULIT.MEREKA DITANGKAP BERDUAAN DI TEMPAT PARKIR DAN V MENCIUM PIPI JUYEON SEBELUM MASUK KE KELAS.JUYEON JUGA MEMPUNYAI PERASAAN TERHADAP JIMIN,IAITU KAWAN RAPAT V.HAL INI BERLAKU ADALAH UNTUK MERAMPAS JIMIN DARIPADA KEKASIH JIMIN,PARK MIHAE.JUYEON ADALAH PERAMPAS!"
"Dasar tak tahu malu!"
"Dia suka sangat buat orang sakit hati!"
"Kenapa perempuan tu juga V pilih?!"
"He's my boyfriend,you jerk!"
"Kasihan Mihae!Ish,tak guna betul dia tu!"
Keadaan menjadi kecoh dan kucar-kacir.AOA Cream dan si kembar berjalan ke papan notis.Semua pelajar yang berada di situ menjeling tajam kearah Juyeon."Inilah dia!Pengkhianat dah sampai!Mari kita beredar!"seorang pelajar menghamburkan rasa tidak puas hatinya dan mengajak semua yang berada disitu beredar.Juyeon pelik.Apakah yang sedang berlaku?
"Oh my!Juyeon,baca ni!"Yuna menarik lengan Juyeon.Juyeon yang tidak tahu apa-apa itu terkejut."Yah,ini bila punya cerita?"Jiyoo turut terkejut."Ini waktu kau dengan V di tempat parkir!Weh,siapa punya kerja ni?"tanya Hyejeong."Well,well,well.How was your day?"seorang perempuan datang menegur mereka.Dua orang perempuan datang menghampiri dan senyum sinis."Seronok?"tanya perempuan itu."Hmm..kerja kau,Mina Kwon?"tanya Hyejeong.Mina membelek-belek kukunya."Mihae?Kau pun satu kepala dengan dia?"tanya Yuna."Salah ke?"Mihae senyum sinis pada mereka.
YOU ARE READING
That Kingka Is My Target! [Malay]
Fanfiction- kisah dimana seorang gadis yang bermacam kerenah dengan seorang kingka hot yang dah berkawan sejak kecil, jatuh cinta secara diam-diam.Nak luah perasaan,masing-masing ego.Akhirnya,salah faham berlaku.Malahan,lagi banyak masalah yang datang.Dapat k...