Chp.22

91 14 10
                                    


Keluarga Kim berkumpul di ruangtamu.Jiyoo dan Juyeon duduk bersebelahan menghadap kearah Mr dan Mrs Kim."Apa dia yang appa nak beritahu kami?"tanya Jiyoo.Mrs Kim memandang Mr Kim.Mr Kim masih dengan wajah seriusnya.Sekali pandang,memang nampak garang."Ehem,"deheman Mr Kim membuatkan sepasang kembar itu duduk tegak.Terkejut."Appa ada benda penting nak beritahu.Sebelum tu,kalian berdua kena janji akan buat yang terbaik untuk sebulan ni."Mr Kim membuat permintaan.Jiyoo dan Juyeon saling berpandangan.Mereka mengangguk pada Mr Kim.

"Baiklah,appa akan tinggal di Seoul dua tahun tiga bulan mengikut tempoh pertukaran tempat kerja appa nanti."kata Mr Kim.Mrs Kim memandang anak-anaknya yang kaku dengan muka terkejut."B..betul ke,appa?"tanya Juyeon.Mr Kim mengangguk lalu senyum.Mata Juyeon berair.Kenapa? "KYAAA!AKHIRNYA~~"Juyeon melompat dengan girangnya.Air mata kegembiraannya jatuh ke pipi lalu dia memeluk bapanya yang sudah empat tahun tidak berjumpa.Jiyoo menekup mulutnya.Mrs Kim bangun lalu memeluk kembar sulungnya.Dia tahu,kedua orang anaknya sebegitu gembira mendengar berita itu."Appa,Yeon sayang appa!"ucap Juyeon sambil memeluk bapa kesayangannya.

Mr Kim senyum gembira lalu mengusap rambut anaknya yang seorang itu."Suka tak?"tanya Mr Kim.Juyeon dan Jiyoo senyum lalu mengangguk laju."Jiyoo ingatkan appa nak cakap apalah tadi.Rupa-rupanya berita gembira!Kalau ya pun,janganlah serius sangat muka.Kami takut tahu!"rungut Jiyoo.Mr Kim dan Mrs Kim ketawa."Yakah?Tapi,kalau kami beritahu awal-awal itu bukan kejutan,sayang~"Mrs Kim mencuit hidung Jiyoo."Hah,appa dengan eomma tak ada sebulan di rumah kalian buat apa?"tanya Mrs Kim."Rutin biasa.Makan,tidur,makan,tidur."Juyeon membuat muka.

"Juyeon,sebelum Jiyoo tinggal sini kamu di bawah jagaan Taehyung,kan?"tanya Mr Kim.Juyeon mengangguk perlahan."Kamu ada buat hal dengan dia tak?"tanya Mrs Kim.Juyeon memandang Jiyoo."Ah!Dorang baik-baik je~"jawab Jiyoo.Tujuannya untuk mempertahankan adik kembarnya."Baguslah kalau begitu.Senang eomma nak buat menantu!"gurau Mrs Kim.Juyeon tiba-tiba tersedak.Mana tidaknya,Mrs Kim tiba-tiba saja menyebut perkataan 'menantu' dihadapannya.

"Eomma rasa,lepas kamu berdua habis ujian kemasukan ke universiti sebulan ni,eomma nak ajak keluarga Taehyung makan malam di rumah kita,"cadang Mrs Kim."Untuk apa,sayang?"tanya Mr Kim."Saja-saja.Alang-alang,ibubapa Taehyung baru pulang dari luar negara.Apa salahnya kita ajak? Lagipun,mereka tak mungkin menolak sebab kita dah jaga Taehyung sejak kecil,bukan?"Mrs Kim senyum sambil mengeluarkan ideanya."Betul juga kata awak.Saya dah lama tak jumpa Kim Taesook(nama rekaan saja,author tak nak kaitkan ayah kandung V yang sebenar dalam fanfiction ni) bapa si Taehyung tu."kata Mr Kim.Sedang asyik ibubapa mereka bersembang,Juyeon tunduk.Dia tidak mahu mendengar apa-apa yang berkaitan dengan V.Jiyoo menyedari tindak tanduk Juyeon."Ah,eomma appa tunggu sekejap.Jiyoo dengan Yeon nak buat teh.Yalah,musim luruh kan sejuk.Jom,Yeon!"kata Jiyoo lalu menarik tangan Juyeon ke dapur.

"Kau okey tak?"tanya Jiyoo."What do you mean by 'okay'?"Juyeon bersandar ke dinding sambil tunduk memandang lantai.Jiyoo mengeluh."Tak payah kisah lah apa yang eomma kata tu.Kita nak periksa besar bulan ni tau.Kau jangan saratkan otak kau dengan V.Dia tak sepatutnya ada dalam otak kau sekarang ni."Jiyoo memujuk Juyeon yang sudah monyok."Jangan fikir apa-apa.Fikir yang kau nak buat yang terbaik untuk ujian.Give me high-five?"Jiyoo menyuakan tapak tangannya.Juyeon menyambut lalu senyum."Hah~Ini barulah Kim Juyeon adik kembar aku~"Jiyoo memeluk Juyeon dan mengucup pipi Juyeon."Yah,pabo!"Juyeon menolak kepala Jiyoo.Jiyoo ketawa galak.Dia berjaya mencium pipi Juyeon sekali lagi."Gila,"tutur Juyeon.

-
-

V sedang khusyuk membaca buku untuk ujian esok.Jungkook pula mengulangkaji diatas katil sambil meniarap.Jimin?Dia ke bilik dimana Suga ada.Sebab?Suga tak banyak bercakap jadi dia senang ulangkaji bersama Suga.Dia perlu konsentrasi untuk belajar.V mengeluh lalu menutup buku.Jungkook memandang V yang sedang bersandar di kerusinya."Kenapa,hyung?"tanya Jungkook."Tak boleh nak fokus.Baca banyak kali pun tak masuk otak,"luah V.Kepalanya diketuk berkali kali."Hyung ada fikir benda lain ke?"tanya Jungkook lagi.V diam.Pastinya ada."Tengok?Kalau hyung kosongkan fikiran hyung,mesti dapat ingat apa hyung baca.Tapi,kalau ada benda kacau hyung dalam kepala,jangan haraplah nak serap,"bebel Jungkook.V senyum."Yalah,Kook.Hyung cuba baca sekali lagi."kata V.

That Kingka Is My Target! [Malay]Where stories live. Discover now