Jimin berlari kearah perpustakaan untuk mencari Juyeon.Satu perpustakaan dicarinya.Namun,kelibat tidak kelihatan.Dia kemudian keluar dan mencari di tempat lain.Bertembung pula dengan Jungkook dan Rap Monster dari arah lain."Jumpa dia tak?"tanya Rap Monster.Tercungap-cungap nafas mereka.Jungkook dan Jimin menggeleng."Apa kata kita cuba cari dia kedai yang dia selalu pergi?"cadang Jungkook.Sebelum itu,telefon Rap Monster berdering.Mesej baru masuk.
"Taehyung hantar mesej,"Rap Monster laju saja menelefon V.Dia berharap V menjawab panggilannya.Akhirnya,dia menjawab.
"Tae,kenapa kau tak angkat panggilan Jhope?"
"Caffe Shoppe.Sekarang."
Panggilan diputuskan.Terkebil-kebil Rap Monster disitu."Caffe Shoppe?"tanya Jungkook."Mungkin dia nak kita jumpa dia di sana,"Jimin berfikir."Jangan berlengah.Jom!"mereka terus ke Caffe Shoppe yang tak jauh dari situ.
Akhirnya,mereka berada di hadapan Caffe Shoppe.Tetapi,alangkah terkejutnya melihat seorang lelaki bersama Juyeon."I..itu..Mingyu.."Jungkook bersuara."Hah?Kau kenal?"tanya Rap Monster."Dia dari SOPA High School.Sepupu Mina,"Jungkook tidak lepaskan pandangannya dari Mingyu."Sepupu..bermaksud dia mungkin bersubahat dengan Mina,bukan?"Jimin memandang Jungkook.
"Itu Kook tak pasti.Mungkin dia terlibat dengan rancangan Mina.Sebab Mingyu tu boleh tahan licik macam Mina."jelas Jungkook."Kita nak tunggu sini atau masuk?"tanya Jungkook."Aku tengok lelaki tu dah nak keluar.Kita masuk lepas dia keluar."arah Rap Monster.Jimin dan Jungkook hanya menurut.
........................................................................
"Baiklah,saya gembira dapat berbual dengan awak.Walaupun baru berkenalan,"kata Mingyu."Ya,saya pun rasa dah lega lepas ceritakan segalanya pada awak,Mingyu.Terima kasih,"Juyeon mengucapkan terima kasih pada Mingyu."Not a big deal.Sama-sama.Berikan telefon awak sekejap,"minta Mingyu.Juyeon teragak-agak mahu memberi.Mingyu mendail sesuatu pada telefon Juyeon kemudian menekan 'call'.
"Okey!Saya dah dapat nombor telefon awak.Ini nombor saya.Kalau ada apa-apa,telefon saja."Mingyu senyum.Juyeon membalas dengan senyum kekok."Ah,ya.."balas Juyeon."Saya pergi dulu.Jangan risau tentang kopi,saya dah bayarkan untuk awak sekali."kata Mingyu lalu bangun."Ah..terima kasih.Maaf susahkan awak,saya bayar balik."Juyeon tunduk hormat."Tak mengapalah,saya okey saja.Simpan duit awak."Mingyu senyum lalu pergi.
Juyeon masih duduk di situ."Hah.."keluh Juyeon.Juyeon meletakkan kepalanya diatas meja.Satu susuk tubuh berada di hadapannya.Disaat Juyeon mengangkat kepalanya,matanya terus terbeliak."T..Taehyung?"Juyeon menutur nama itu.Matanya berkaca.
........................................................................
"Aku tak rasa kita patut masuk sekarang."kata Jimin."Biarkan mereka berdua.Aku harap mereka baik-baik saja."kata Rap Monster."Kita makan tengahari dekat restoran depan sana.Senang nak perhatikan mereka,"cadang Jungkook."Bagus juga.Jom,"Jimin dan Rap Monster bersetuju.
........................................................................
"Apa kau nak?"tanya Juyeon.Dia tunduk.Tidak mahu memandang V."Kau kata...kau rindukan aku.Tapi,kenapa kau tak pandang aku bila aku depan mata kau?"tanya V.Juyeon tersentak,namun dia masih diam.Juyeon bangun."Aku..nak balik,"Juyeon mencapai begnya.Dia keluar,V pula mengikutinya.
"Tolong,jangan ikut aku."Juyeon berkata.Tapi,tidak diendahkan oleh V.V tetap ikut.Juyeon berhenti dan berpaling."Kim Taehyung!Tolonglah,"Juyeon menangis.V terkejut.Kenapa dia menangis? "Aku..dah penat,Taehyung..Jauhi aku.Kalau Mina nampak kau bersama aku,tentu dia..marah,"kata Juyeon.
YOU ARE READING
That Kingka Is My Target! [Malay]
Fanfic- kisah dimana seorang gadis yang bermacam kerenah dengan seorang kingka hot yang dah berkawan sejak kecil, jatuh cinta secara diam-diam.Nak luah perasaan,masing-masing ego.Akhirnya,salah faham berlaku.Malahan,lagi banyak masalah yang datang.Dapat k...