Chp.8

152 17 1
                                    


"Why so serious...,Kim Juyeon?"satu suara di dengari oleh Juyeon.Suara berbisik.Juyeon mula takut.Apa dia mahu buat?Pusing belakang?Oh tidak!Mana tahu ada makhluk asing ke.Orang itu menyentuh bahu Juyeon.Juyeon pun apa lagi?Taekwondo lah dia! "Haiyakk!!"jerit Juyeon.Satu sepakkan terkena tepat pada sasaran."Arghh!!!Sakit!!"orang itu mengaduh sakit.Juyeon kenal akan pemilik suara itu.Dia membuka matanya dan....Oh tidak,lelaki berambut putih keperangan dan tinggi lampai dibelakangnya."Tae..Taehyung!Kau okey?"tanya Juyeon.V betul-betul dah keluar air mata.

"Again,kau nak aku mandul ke?!"marah V.Juyeon menggigit bibir bawahnya dan mempamir muka bersalah."Mianhae,aku tak sengaja."Juyeon meminta maaf."Kau kenapa pakai macam Joker lagi ni?Nak rosakkan reputasi kau lagi ke?"tanya Juyeon.V senyum sinis."I need to do something with you.Take responsiblity(?) for what you have done to me,Juyeon."kata V."Yah,"belum sempat Juyeon membalas,V meletakkan jari telunjuknya yang panjang ke bibir Juyeon.Juyeon diam.V menarik tangan Juyeon lalu dibawa Juyeon ke dewan sekolah.

"Guys,attention!"V cuba menarik perhatian orang ramai.Sebaliknya,dia ditertawakan kerana mengenakan solekan Joker.Namun,V tidak menghiraukan gelak tawa mereka."Juyeon ada sesuatu yang nak dijelaskan."kata V lalu menarik Juyeon ke atas pentas dewan."Yah,igemwo.."belum sempat dia menghabiskan ayatnya,V mencelah."Juyeon yang muat naik gambar aku dekat group chat sekolah.Tujuan dia sebab nak bagitahu yang kumpulan kami akan adakan parti Jumaat depan.Kami akan adakan dance battle dan perlu ada tema sendiri.Inilah tema yang aku nak tunjuk sebagai contoh.Jangan lupa datang untuk saksikan dance battle AOA Cream dan BTS yea!"umum V.Juyeon disebelahnya hanya mengetap bibir.

"Pukul berapa?"seorang pelajar lelaki bertanya."9 malam di dewan sekolah ni.Pakai pakaian yang sesuai dengan parti!"tambah V.Dewan sekolah jadi bising.

"Wah,V oppa memang bagus!"

"Tak sabar nak tengok siapa kalah!"

"V oppa nampak kacak walaupun pakai macam Joker yang comot!"

"Oppa hwaiting!"

Berbagai ragam di dewan sekolah.Juyeon menjeling V.V senyum manis pada Juyeon."Aku takkan kalah dengan kau,"kata V."Well,aku takkan kalah dengan BTS.Aku akan buat sungguh-sungguh sampai korang berhenti perlekehkan AOA Cream!Tunggu sajalah,Kim Taehyung!"balas Juyeon lalu pergi dari situ.V tersenyum puas.Reputasinya kini tidak terancam.Dapat jugalah dia bernafas.Kalau tidak,tak senang duduk!

..................................................................

Juyeon menyerabaikan rambutnya.Hyejeong disebelahnya mampu mengeluh dengan perlakuannya."Tak mungkin!"tiba-tiba Juyeon berkata dengan kuat.Satu kelas memandang kearahnya."Kamu dah kenapa,cik Juyeon?"tanya Mrs Mirae.Juyeon terdiam dan memandang sekelilingnya.V sedang ketawakannya dalam diam.Juyeon bangun dan tunduk hormat tanda meminta maaf."Jwiseonghabnida,"ucap Juyeon."Lain kali,jangan buat lagi ya!"pesan Mrs Mirae.Juyeon hanya menanggukkan kepalanya.

Tuk!Sesuatu mendarat diatas kepalanya.Juyeon memaling dan ternampak kertas yang renyuk diatas lantai.Dia mencari tuan punya kertas yang baling padanya.Masing-masing tak mahu mengaku.Juyeon menyambung penulisannya semula.Tuk! Sekali lagi mendarat atas kepala Juyeon.Dia mendengus geram dan bangun."Ssem!Ada orang kacau saya!"Juyeon mengadu.Mrs Mirae yang dari tadi menulis,memaling kearah Juyeon."Siapa yang kacau?"tanya Mrs Mirae.Juyeon memandang tajam kearah V di barisan belakang.Kemudian,dia pandang kertas dan pandang V semula.Daripada riak wajah V yang selamba,dia dapat mengesyak bahawa V yang mengganggunya."Kim Taehyung,"Juyeon menunjuk kearah V.

"Mwo?!Kenapa pula!?"tanya V dengan terkejut."'Mr Joker nak kacau kau hari ni boleh?' Kau yang tulis,kan?"tanya Juyeon sambil mengangkat kening kanannya.V mula terdiam."Yah!"Juyeon memanggilnya."Aniyo!Ssem,saya tak buat apa-apa!Dia yang menuduh!"kata V."Kau fikir aku tak tahu ke?Kaulah Mr Joker tu!Mengaku je lah!"balas Juyeon.Kelas jadi kelam kabut disebabkan pertengkaran kanak-kanak ribena versi Seoul Highschool.Mrs Mirae mengurut dahinya.Stress! Mrs Mirae mengetuk mejanya."Senyap!!"marah Mrs Mirae.

That Kingka Is My Target! [Malay]Where stories live. Discover now