Seperti yang dijanjikan,Juyeon menunggu Jimin,Mihae dan Jhope di bilik menari AOA Cream.Hyejeong,Yuna dan Chanmi sudah pulang atas urusan peribadi.Pintu bilik menari dikuak,Mihae dan Jimin muncul disebalik pintu.Selepas itu,Jhope pula muncul dengan empat botol mineral di tangannya."Since all of us is here,shall we start now?"tanya Mihae.Memang tidak sabar-sabar untuk memulakan sesi tarian.Jhope menanggalkan blazer dan meletakkannya diatas sofa berdekatan.Mereka memulakan tarian mereka."Okey,kaki bergerak ke kiri dua kali kemudian lompat,"arah Jhope selaku senior yang mahir menari.Pengalaman menarinya lebih lama daripada Jimin.Oleh itu,Jhope digelar 'Dance Teacher' dalam kalangan rakannya."Mihae-ah,tangan kamu kena aktif,"pesan Jhope."Jimin-ya,ekspresi mesti kena dengan lagu dan suasana."Jhope tak habis-habis mengarah."Juyeon,stabilkan kaki,"arah Jhope.Ketiga-tiga mereka mengikut arahan Jhope.Hampir 3 jam mereka menari,tibalah masanya untuk mereka pulang.
"Seronok,kan?"tanya Mihae sambil tersenyum manis pada Juyeon yang sedang menyejukkan badannya.Juyeon menangguk laju kemudian senyuman terukir di bibirnya."Feel better now?"tanya Mihae."Boleh tahan lah.Thanks sebab ajak aku,"ucap Juyeon pada Mihae.Mihae memeluk Juyeon."No problem,"balas Mihae.Senyum manis tak lekang dari bibirnya."Mihae,Juyeon!Jom balik!"ajak Jimin."Ah,korang balik lah dulu.Aku masih nak duduk sini,"kata Juyeon.Dia perlu waktu untuk bersendiri."Tapi,nanti pak cik tu kunci kau dalam ni macam mana?"tanya Jhope."Aniya.Pak cik tu kata malam ni ada pelajar datang untuk buat sesuatu.Jadi,pak cik tu akan kunci semua pintu lepas semua pelajar pulang."terang Juyeon sambil merenggangkan otot kakinya.Mereka bertiga hanya meng'iya'kan saja apa yang dikatakan Juyeon.
"Kalau macam tu,kitorang balik dulu lah.Malam nanti kami ada perjumpaan,"kata Jimin."Okey,"balas Juyeon.Mihae,Jimin dan Jhope meninggalkan Juyeon keseorang disitu.Juyeon menghela nafas.Rasa kosong sedikit dihatinya.Rasa lebih bebas.Juyeon telentang diatas lantai bilik.Cuba untuk merehatkan diri.Dia cuba melelapkan mata buat sementara."Ha~ Bulan depan dah musim luruh.Cuaca pun makin sejuk.Bulan depan juga peperiksaan penilaian."Juyeon bercakap seorang diri.Dia bangun."Andwae!Kalau aku gagal peperiksaan ni,aku kena ulang peperiksaan untuk masuk ke universiti!Ah,stress!"bebel Juyeon.Rambut yang diikat rapi diserabaikan.Terus kelihatan seperti jebon bulu lebat.Apalah author merepek lagi ni?
Juyeon memandang sekeliling.Matanya berhenti kearah blazer kepunyaan Jhope yang tertinggal diatas sofa."Eo?Dia tertinggal blazer! Lebih baik aku cari dia sekarang,"monolognya sendiri.Baru saja mahu melangkah keluar,Juyeon berhenti."Kalau aku cari dia,dia pasti dah pulang! Ah,aku bawa pulang aje lah!Esok baru bawa balik,"fikirnya lagi.Juyeon menukar pakaiannya lalu menyimpan kasut sukannya di dalam loker.Beg dicapai dan digendongnya.Kaki menutur langkah kearah pintu.Sebelun keluar,Juyeon menutup suis lampu,penghawa dingin dan juga radio.Dia berjalan keluar dari bilik itu dan pulang.
........................................................................
Oleh kerana Jhope tertinggal blazer,dia menghubungi Juyeon agar memulangkan blazernya yang tertinggal.Jhope memesan Juyeon melalui panggilan telefon."Aish!How can I pass this blazer to him?Hujan lebat nak mati di luar,"rungut Juyeon."Jiyoo ni pula,takkan pergi beli barang lama sangat?"lagi sekali merungut tak tentu hal."Aigoo,hantar blazer je pun kan?You can make this lah,Juyeon!"Juyeon membebel seorang diri.Dia bersiap bersama baju lengan panjang,baju sejuk,beanie,sepasang seluar jeans ketat dan sepasang Converse hijau.Bersama blazer milik Jhope di dalam beg dan sekaki payung.Juyeon berhati-hati berjalan ke Seoul High School dalam keadaan hujan yang lebat ini.
Sebaik saja sampai,Juyeon meluru ke bilik tarian BTS.Jhope berpesan pada Juyeon yang dia akan menunggu Juyeon di kantin.Juyeon melalui bilik tersebut dengan perlahan tetapi dia terdengar suara di dalam bilik tarian BTS.Pintu tidak tertutup dengan rapat jadi Juyeon boleh mendengar sedikit sebanyak perbualan mereka.Juyeon menghampiri pintu tersebut dengan senyap dan mendengar empunya suara untuk dicam.Kedengaran seperti suara Jungkook dan seorang lagi adalah...V.
YOU ARE READING
That Kingka Is My Target! [Malay]
Fanfiction- kisah dimana seorang gadis yang bermacam kerenah dengan seorang kingka hot yang dah berkawan sejak kecil, jatuh cinta secara diam-diam.Nak luah perasaan,masing-masing ego.Akhirnya,salah faham berlaku.Malahan,lagi banyak masalah yang datang.Dapat k...