BAB 3

8.8K 288 0
                                    


NAINA sudah bersedia untuk ke lapangan terbang. Beberapa jam saja lagi, dia akan terbang ke Paris. Tetapi sebelum itu, Naina hendak pastikan ayahnya mengotakan janjinya. Naina menuruni anak-anak tangga sambil melompat-lompat. Figura ayahnya kelihatan sedang duduk bersarapan di meja makan. Dengan pantas Naina mendapatkan ayahnya.

“Selamat pagi,” ucap Naina gembira sambil menarik kerusi di sebelah ayahnya.

“Pagi. Kenapa tak berangkat lagi?” soal Tan Sri Ahmad risau. Dia tidak mahu anaknya itu terlepas penerbangan. Itu akan jadi satu masalah padanya nanti.

“Masih awallah ayah. Flight Naina terbang tengah hari nanti. Sekarang ni baru pukul 10.00. Lepas sarapan, Naina pergilah ke airport.” jawab Naina sambil menghirup kopi yang dibancuh oleh Mak Mah. Mak Mah dalam bab masak memasak memang tidak pernah fail. Sebab itulah Naina sayang sangat dengan Mak Mah.

Walaupun Mak Mah sekadar pembantu rumah namun Naina tetapi menghormati wanita lewat 50-an itu. Naina menghormati wanita itu sama seperti menghormati ayah dan juga arwah ibunya.

“Jangan berlengah nanti terlepas flight pulak.”

“Kalau terlepas, Naina pergi sama-sama dengan ayah aje esok,” jawab Naina selamba sebelum mata Tan Sri Ahmad mencerlung tajam memandangnya. Pandangan itu bermaksud ayahnya langsung tidak suka dengan apa yang dikatakan olehnya tadi.

“Bergurau pun tak boleh,” kata Naina berseloroh. Dia bangkit dari kerusinya lalu masuk ke ruangan dapur. Dia mahu mengucapkan selamat tinggal pada Mak Mah. Selepas itu, dia mendapatkan Tan Sri Ahmad. Tangan kasar itu diciumnya lembut, seperti biasa Tan Sri Ahmad membalasnya dengan mengucup ubun-ubun anaknya.

“Sampai sana nanti jaga diri,” pesan Tan Sri Ahmad.

Naina mengangguk. “Ayah tak nak hantar Naina ke airport ke?” soal Naina.

Tan Sri Ahmad menggeleng. “Tak boleh sayang. Pukul 11.00 nanti ayah ada meeting.”

Naina mengangguk pasrah. Langkah kakinya dibawa ke pintu utama. Beg bagasinya sudah dimasukkan oleh Pak Halim di dalam bonet kereta. Hanya dirinya sahaja yang dinanti oleh Pak Halim.

Walaupun berat hati meninggalkan ayahnya sendiri namun dia terpaksa. Ayahnya yang mahu dia bercuti ke luar negara. Pelahan-lahan kakinya menuju ke arah Mercedes Benz itu lalu masuk ke dalam perut kereta sebelum pacuan empat roda itu meluncur laju meninggalkan perkarangan banglo tiga tingkat itu.

‘Walau apapun yang terjadi, ayah tetap sayang Naina.’ ucap Tan Sri Ahmad dalam hati.

***

SEPERTI yang telah dijanjikan oleh Ezmir, dia telah menghantar Fikri ke KTK Construction. Kedatangan Fikri disambut baik oleh Tan Sri Ahmad dan juga Fahmi selaku peguam syarikat KTK.

“Maafkan saya Tan Sri, Tuan Ezmir tidak dapat datang sekali. Dia ada business trip ke London.”

“Takpe. Kita boleh mulakan mesyuarat kita. Jom, masuk ke bilik pejabat saya,” pelawa Tan Sri Ahmad mesra.

Sebaik sahaja tiba di bilik pejabat Tan Sri Ahmad tanpa melengahkan masa Fikri terus mengeluarkan dokumen perjanjian dan juga dokumen tukar hak milik rumah lalu diserahkan kepada Tan Sri Ahmad untuk dinilai.

“Seperti yang telah dipersetujui oleh Tan Sri dan Tuan Ezmir, dokumen yang Tan Sri pegang itu adalah dokumen perjanjian bayar balik wang Tuan Ezmir dalam tempoh setahun. Dokumen yang satu lagi adalah dokumen tukar hak milik Faith's Villa. Sekiranya Tan Sri gagal menebus Faith's Villa dalam tempoh setahun, villa itu akan jadi milik Tuan Ezmir.” terang Fikri panjang lebar.

“Ini cek bernilai RM 30 juta yang telah dipersetujui oleh kedua belah pihak,” Fikri menghulurkan cek itu kepada Tan Sri Ahmad.

Tan Sri Ahmad menyambut huluran Fikri. Dia takut membuat keputusan. Tempoh setahun adalah tempoh yang dimintanya sendiri. Tempoh di mana dia perlu menebus semula Faith's Villa yang dicagarkan kepada Ezmir.

“Boleh berikan Tan Sri masa beberapa minit untuk buat keputusan?” pinta Fahmi apabila melihat anak guamnya hampir lima minit mendiamkan diri.

It's okay, Mie. I'm fine.” ujar Tan Sri Ahmad tenggelam timbul. Sepatang pen ball point dicapainya lalu dia menuruni tandatangan di atas kedua-dua dokumen penting itu.

Fikri tersenyum senang. “Tuan Ezmir pesan tarikh pembayaran balik start bulan hadapan.” ujar Fikri sambil memasukkan dokumen penting itu ke dalam briefcasenya. Dia bersiap-siap untuk meminta diri.

“Semoga kita berjumpa lagi, Tan Sri, Encik Fahmi,” ujar Fikri. Tangan Fahmi dan Tan Sri Ahmad dijabatnya sebelum dia meminta diri.

“Fahmi,” panggil Tan Sri Ahmad.

“Ya, Tan Sri?”

“Saya nak awak transfer RM 5 juta ke dalam akaun Naina. Bila saya ada apa-apa nanti at least Naina boleh survive dengan duit tu.”

“Tan Sri cakap apa ni? We can through all of this, okay.”

Tan Sri Ahmad tidak mampu memberi respon. Terasa dadanya sesak dan nafasnya susah untuk di atur. Tangan kanannya naik menyentuh dada kirinya yang terasa sakit. Pelahan-lahan dia menarik nafas.

“Tolong saya uruskan bayaran gaji pekerja. Hanya awak saja saya percayakan saat ini.”

“Baiklah Tan Sri.” Turut Fahmi akur.

Bukan Untuk Dicintai ( RAW / ON GOING )Where stories live. Discover now