"She's Back." - Westlife
♡♦♡♦♡
VANESSA mendepakan tangannya sebaik sahaja dia keluar dari balai ketibaan penerbangan antarabangsa itu. Dia memejamkan matanya sambil menghirup udara di negara kelahirannya, Malaysia dengan senyuman terhias dibibirnya.
Dia gembira, bahagia dan bebas. Bebas dari Steve dan bebas dari terus menjadi isteri lelaki itu. Kini dia kembali untuk menebus semula kesilapannya. Kesilapan terhadap lelaki yang tersangat dia cintai. Dia berjanji sanggup berbuat apa saja asalkan dia dapat meraih cinta kekasihnya itu kembali.
"Missus Smith?" sapa seorang lelaki dalam lingkungan umur 40-an itu.
Vanessa menjatuhkan tangannya disisi sebelum mendengus kasar. Kalau dulu dia bangga orang menggelarnya Mrs. Smith. Tapi sekarang, gelaran itu dia rasakan seakan berhantu yang mengekorinya ke mana saja. Dia rimas menyandang gelaran itu.
"Miss An. I'm Miss An now." Vanessa membetulkan lelaki itu.
"Saya pemandu yang Miss An upah. Nama saya Jamal." ujar Jamal memperkenalkan dirinya.
Vanessa mengangguk. Dia hanya mempamerkan riak wajah bosan. Who cares who he is? Desis hatinya angkuh.
"Okay, let's go. Where's the car?" tanya Vanessa. Matanya melilau mencari kereta yang digunakan oleh Jamal untuk menjemputnya.
"Di luar, Miss An. Let me take care of your suitcases."
Vanessa mengangkat keningnya. "Well, thanks." ucap Vanessa angkuh. Ikhlas tidak ikhlas saja bila dia mengucapkan perkataan itu. Troli berisi bagasinya ditolak pelahan kearah Jamal.
★★★
"HI, pengantin baru. What are doing in my house? Where's Naina?" tanya Lisa ketika dia menapak mendekati Ezmir diruang tamu rumahnya.
Lisa memandang adiknya dari atas ke bawah. Adiknya tetap segak bergaya walaupun dia hanya mengenakan seluar khakis dan t-shirt putih berkolar itu.
Lisa gembira bila Ezmir memaklumkan padanya bahawa dia bakal menamatkan zaman bujangnya. Lisa fikir Ezmir masih dengan masa lalunya memandangkan adiknya itu terlalu lama tidak terjalin dengan mana-mana hubungan percintaan sejak sepuluh tahun yang lepas.
"Where's Cara and Luna?" soalan Lisa disambut dengan persoalan.
"Ada dengan daddy dorang dekat atas. And you...where's Naina? Takkan baru sehari kahwin dah gaduh kut."
Ezmir mengangkat kedua bahunya sambil memasukkan tangan ke dalam kocek seluar yang dipakainya.
"She's busy."
"Busy?"
"Well, she's the daughter of the late Tan Sri Ahmad. So dia visit syarikat ayah dia."
"Kenapa tak ikut Naina? Kenapa you end up disini? At our house."
"I dah dilarang datang ke sini ke?" soal Ezmir seakan berjauh hati. Mukanya dimonyokkan.
YOU ARE READING
Bukan Untuk Dicintai ( RAW / ON GOING )
Любовные романы"I thought I could make you fall in love."