BAB 32

5.6K 283 26
                                    

LISA tiba di Ben's Pavilion tepat pada waktunya. Ketika dia melangkah masuk ke dalam restoran itu, Vanessa sedang menghirup jus orennya dengan menggunakan straw. Selepas sepuluh tahun, ini adalah kali pertama Lisa bertemu dengan Vanessa. Wanita itu masih cantik dan elegan seperti dulu pantaslah dia berjaya menyandang gelaran supermodel.

Vanessa bangkit dari kerusinya sebaik sahaja dia nampak Lisa sedang datang mendekatinya. Tubuh Lisa didakapnya erat. Rindunya dia pada sahabat karibnya ini.

"I lambat ke?" tanya Lisa sambil merenggangkan pelukannya.

Vanessa menggeleng. "No. I yang datang awal. Tak sangka photoshoot I selesai awal dari yang dijadualkan. Have a seat," pelawa Vanessa.

Lisa menarik kerusi dihadapan Vanessa lalu melabuhkan punggungnya disitu.

"Minum?" tanya pelayan kafe itu sambil memegang buku kecil ditangan kirinya dan sebatang pen ditangan kanannya. Sedia mengambil pesanan Lisa.

"Orange juice, please."

"Makan?" tanya pelayan bernama Intan itu.

"You tak makan ke?" soal Lisa pada Vanessa.

"I tunggu you. I nak Beef Bolognese Spaghetti." beritahu Vanessa pada Intan.

Lisa menutup buku menu ditangannya lalu diletakkan ke tepi meja. "Samalah."

Intan mengangguk sebelum meninggalkan meja mereka sendirian.

"You macam mana sekarang? You dah kahwin?" Vanessa mula membuka topik perbualan.

"I dah kahwin. Anak dua dah. Girls. Yang tua dah umur tiga tahun, yang kecil tu baru lima bulan." jawab Lisa senang. Dia gembira bila bercerita tentang anak-anaknya.

Vanessa senyum. "Wow, I want to meet them! Suami you orang mana?"

"Spain."

"Seriously?" soal Vanessa tidak percaya. Bibirnya senyum lebar.

Lisa mengangguk sambil membalas senyuman Vanessa.

"Your girls must be cute."

"They are."

"I wish I have one." ujar Vanessa pelahan.

"You don't have one?"

Vanessa menggeleng.

"It's okay. You boleh cuba lagi."

Vanessa ketawa kecil. "Ya. Maybe with my new husband."

"Steve? Korang dah bercerai ke?"

Vanessa menarik nafas pelahan. "I dah failkan permohonan cerai. Steve makes it hard when he refused to sign that divorce paper."

"Mungkin Steve masih cintakan you."

Vanessa senyum segaris. "He does."

Memang Steve mengaku masih mencintai dirinya. Tetapi sayang, Vanessa tidak pernah mencintai suaminya itu. Hatinya telah menjadi hak orang lain sebelum mereka berkahwin. Hatinya masih milik Ezmir.

Vanessa mengakui Steve seorang lelaki yang sangat baik, romantik, penyayang dan mempunyai segalanya. Lelaki itu juga tidak pernah berkasar dengannya walaupun dia pernah mengakui bahawa dia mencintai orang lain.

Steve tidak menyerah kalah. Dia berterus-terusan memikatnya. Vanessa dimandikan dengan kemewahan. Macam-macam Steve berikan pada dirinya. Berlian, banglo, Lamborgini dan banyak lagi.

Bukan Untuk Dicintai ( RAW / ON GOING )Where stories live. Discover now