BAB 34

7.1K 337 27
                                    

"ADA APA, RANIA?" soal Ezmir sebaik saja telefon IPhone 7 Plus miliknya itu dilekapkan di telinga. Ketika itu dia sedang duduk dikerusi meja makan sementara Mak Mah menghidangkan sarapan diatas meja makan.

"Maaf mengganggu, tuan. Saya cuma nak maklumkan hari ini tuan ada appointment dengan syarikat Tunas Harapan pada pukul satu tengahari." maklum Rania.

"Tundakan dulu appointment tu ke tarikh lain." arah Ezmir.

"Tapi tuan masuk kali ini dah lima kali tuan tangguhkan appointment tuan dengan syarikat Tunas Harapan. Encik Murad dah mengeluh."

Ezmir mula mendengus kasar. "I bayar gaji you untuk bantah apa yang I suruh ke, Rania?"

Rania terdiam dihujung talian seketika. "Maaf tuan." ucap Rania pelahan.

"Tak apalah. Nanti I hubungi Encik Murad personally."

"Baiklah tuan."

Ezmir menamatkan panggilan lalu telefonnya diletakkan di atas meja makan.

"Mana Naina?" soalnya pada Mak Mah.

"Naina tak ada dekat atas ke? Setahu Mak Mah, Naina belum turun lagi."

Ezmir hairan. Naina pergi mana? Tadi dia bangun Naina sudah tiada disisinya. Jogging ke dia? Fikir Ezmir. Tapi rasanya jam sebegini bukan masa-masa Naina pergi berjogging.

"Mak Mah, rumah ini ada berapa buah bilik?" tanya Ezmir tiba-tiba.

"Ada lima buah bilik. Dekat atas ada tiga buah bilik. Bilik Naina, bilik arwah Tan Sri dan bilik tamu. Dekat bawah ada bilik Mak Mah dan bilik Pak Halim." jawab Mak Mah.

"Bilik arwah Tan Sri kunci tak?" soal Ezmir. Nalurinya kuat mengatakan bahawa Naina berada di dalam bilik arwah ayahnya. Jadi Ezmir sekadar inginkan kepastian pada nalurinya itu.

"Tak." jawab Mak Mah pendek.

Ezmir pantas berdiri dari kerusi meja makan, meninggalkan Mak Mah tercenggang dengan tindakannya.

'Budak dua ni bergaduh lagi ke?'

♡♡♡♡

EZMIR pantas mengorak langkah menuju ke arah bilik Tan Sri Ahmad yang terletak di arah bertentangan dengan bilik Naina. Ezmir memegang tombol pintu bilik itu sebelum dipulasnya pelahan. Berkunci. Sah, Naina ada di dalam!

Ezmir turun semula ke bawah lalu meminta kunci bilik arwah ayah mertuanya daripada Mak Mah. Mak Mah tanpa banyak soal hanya menyerahkan anak kunci bilik arwah majikannya kepada Ezmir.

"Terima kasih," ucap Ezmir sambil berlari anak menaiki anak-anak tangga.

Tiba di muka pintu bilik Tan Sri Ahmad, Ezmir terus membuka kunci bilik itu dengan menggunakan kunci yang diberikan oleh Mak Mah padanya tadi.

Ezmir menguak pintu bilik itu pelahan, dia melangkah masuk sambil menutup pintu dibelakangnya. There you are, desis hatinya apabila terpandang sekujur tubuh milik isterinya diatas katil bersaiz Queen itu.

Ezmir menapak ke arah katil dengan langkah yang pelahan. Wajah polos milik Naina ditatapnya sebelum dia melabuhkan punggungnya disisi katil. Gerakannya sangat pelahan agar lena isterinya tidak terganggu.

Tiba-tiba bibir sensual Naina menguntumkan senyuman. Ezmir turut tersenyum. Entah apa yang dimimpikan oleh isterinya itu dia tidak tahu. Tanpa dia sedari, tangannya sudah naik mengulas pipi Naina lembut.

'So beautiful and so peaceful.' pujinya dalam hati.

Ezmir tersedar. Tangannya ditarik semula kearahnya sebelum dia bangkit dari katil. Tubuh Naina yang masih berbalut dengan selimut itu ditatap sambil mencekak pinggang.

Ezmir mengerling jam Rolex di pergelangan kirinya. Dah pukul 7.45 pagi. Temujanjinya dengan Lisa pada pukul 9.00 pagi. Dah tak ada banyak masa dah. Walaupun Lisa kakaknya namun disiplin tetap disiplin.

Tiba-tiba otaknya yang bijak terfikir satu idea bernas untuk mengejutkan Naina. Ezmir tersenyum jahat. Selimut yang menutupi tubuh Naina diselaknya ke tepi. Tidak lama selepas itu, Ezmir tunduk. Tubuh langsing Naina dicempung dengan penuh berhati-hati.

'Dasar tidur mati.'

Tubuh langsing itu dibawanya masuk ke dalam bilik air lalu diletakkannya di atas lantai mozek itu sebelum pili pancuran air hujan diputarnya.

Dek kerana suhu sejuk tiba-tiba menyucuk ditubuhnya dengan pantas Naina terduduk dari pembaringannya. Matanya yang masih mengantuk terus jadi segar bugar.

Sedar-sedar saja dia sudah ada di dalam bilik air dengan pancuran air hujan sedang membasahi tubuhnya. Tanpa berlama-lama, Naina berdiri. Hendak mematikan pili air namun dihalang oleh tangan kasar Ezmir.

"I'm cold, you moron!" jerkah Naina kasar. Bibirnya sudah bertukar warna. Dari merah jambu ke warna pucat seakan-akan ungu. Tubuhnya menggigil.

Rasa kasihan sudah mula menjengah dihati Ezmir. Dia terkaku seketika sebelum tangannya memutar pili air mengikut arah lawan jam.

"Shit! What are you doing here?" tanya Naina kasar.

"You completely forgot about my rules, Naina." Perkataan 'rules' sejak ditekannya kuat.

Naina menggigit bibirnya. Damn, Naina! Naina baru hendak meminta maaf sebelum Ezmir memagut bibirnya sedikit kasar.

Naina terkejut dengan 'morning kiss' yang diberikan oleh Ezmir itu. Puas Naina menolak tubuh Ezmir jauh darinya namun gagal. Tubuh suaminya itu keras mengalahkan batu.

Ezmir melepaskan bibir Naina sambil tersenyum sinis.

"Ini yang kau dapat kalau kau lupa dengan peraturan aku." ujarnya. Matanya memandang tubuh Naina dari atas ke bawah. Baju tidur yang basah lecun melekat ditubuh ramping isterinya itu menarik perhatiannya.

Ezmir menelan air liur beberapa kali sebelum matanya beralih memandang wajah Naina.

"Aku beritahu kau semalam hari ini kita ada janji dengan Lisa, kan. Sekarang dah hampir pukul 8.00 pagi, kau masih nak membuta. Habis tu kau nak siap bila?"

Tubuh Naina menggeletar halus. Bibir sensualnya juga menggigil. Kalau ikut kan hatinya yang panas dah lama agak dia simbah suaminya itu dengan air sejuk di kamar mandi ini. Biar lelaki itu rasa apa yang dia rasa saat ini.

"Sekarang baru nak pukul lapan. Baru nak, okey. Belum pukul lapan lagi. Saya siap sekejap aje kut." Tak adanya aku nak melawa sebab nak tunjuk dekat mistress kau, sambung Naina dalam hati.

"Habis tu kau nak jam tu nak pukul sembilan baru kau nak bersiap?" perli Ezmir.

Naina menjeling. "Kalau awak tak sabar sangat nak jumpa Lisa tu, apa kata awak pergi jumpa dia dulu. Lepaskan rindu ke apa ke, kan. Lepas tu baru awak datang balik sini, jemput saya," ujar Naina dengan nada suara menaik seoktaf demi seoktaf. Geram betul dia pada Ezmir.

"Dah, siap cepat. Aku cuma bagi kau masa tiga puluh minit. Aku tunggu kau di meja makan." kata Ezmir sebelum keluar daripada bilik air yang tersedia khas di dalam bilik arwah ayah mertuanya itu.

Sebaik saja Ezmir keluar daripada bilik Tan Sri Ahmad, dia memandang dirinya sendiri. Basah. Baju t-shirt dan seluar bermuda yang dipakainya basah dek terkena tempiasan air semasa dia mengenakan Naina tadi.

Ezmir tidak terus turun ke bawah sebaliknya dia membawa langkah kakinya masuk ke dalam bilik tidur yang dikongsinya bersama Naina selama hampir tiga hari mereka mendirikan rumahtangga.

Ezmir menuju ke arah almari sebelum mengeluarkan baju dan seluar yang kering untuk disalin dengan pakaiannya yang basah. Dia bergerak masuk ke dalam bilik air lalu menyalin pakaiannya disitu.

____

Handsome dak hero yang sis imaginekan 😊😊😂😂 . So in love with him , actually 😍😍😍 . He's the main reason why I want to proceed this story 😘😘

Enjoy .

VOTE . COMMENT . FOLLOW . SHARE .

WARNING !!!! THE NEXT ENTRY WILL BE LATE . VERY LATE . SO , STOP ASKING ME WHEN I WILL UP THE NEXT ENTRY .

Thank You 😘😘

Bukan Untuk Dicintai ( RAW / ON GOING )Where stories live. Discover now