Unknown Chapter

9.7K 391 74
                                    

Oleh sebab ramai yang rindukan Naina & Ezmir . So , sis nak belanja sikit la . 😄😄😄

Maafkan segala kekurangan cerita nie .

P/S : For those ruthless commenters . I suggest if you don't have nice thing to say , you better keep your mouth shut or stop your fingers to type such a rude thing. Kalau tak suka dengan story saya , awak boleh... Should I say tutup mata 😏😏😏 . Saya penulis amatur so janganlah expect karya saya perfect . Tapi saya takkan berhenti untuk memastikan karya saya sempurna . I read all those ruthless comments and yea your comments hurt me , sometimes . This is my story and I know it's not perfect tapi saya tak beri awak tanggungjawab tegur saya dengan cara yang sangat 'sopan' .

For my supporters , thank you for have such a faith in me . I'm so sorry for being mad . Enjoy .

________

NAINA mengetap bibirnya kuat. Geram. Dia sakit hati, sakit mata melihat Ezmir sedang bertepuk tampar, ketawa bagai dengan perempuan berkaki panjang itu. Naina kenal siapa perempuan itu. Vanessa An. Seorang model berbangsa Cina-Inggeris. Siapa tak kenal? Tapi apa hubungan dia dengan Ezmir?

Naina yang baru saja melabuhkan punggungnya dikerusi Kafe Idaman itu terus berdiri meninggalkan kafe itu tanpa disedari oleh Ezmir dan Vanessa yang sedang duduk dihadapan meja yang dipilihnya tadi. Mujur saja Ezmir duduk membelakanginya.

Naina sebal. Hatinya panas. Kalau aku keluar dengan Fahmi boleh pula dia marah? Habis dia apa kurangnya. Siap ketawa bagai, tepuk tampar semua.

Naina mendengus kasar. Niat hati nak melepak dengan Mina tetapi bila terpandang 'permandangan' tak berapa sedap dipandang membuatkan Naina jadi sakit tiba-tiba. Nak muntah pun ada juga.

Naina mengeluarkan telefon bimbit dari beg Chanelnya lalu nombor telefon Mina didail.

Babe, aku tak dapat lepak dengan kaulah hari nie. Rasa tak sihat pula,” kata Naina sebaik sahaja Mina menyambut panggilannya.

“Kau tak sihat? Kau preggy ke?” usik Mina sambil ketawa dihujung talian.

“Banyaklah kau preggy!” marah Naina. Orang dah panas hati macam nie  pun dia masih boleh buat lawak, getus hati Naina.

“Amboi, sensitifnya! Okaylah. Nak aku datang rumah kau ke?” tanya Mina.

“Tak payah. Aku just nak rehat. Esok kalau aku sihat, aku contact kau. Bye.”

Naina menamatkan panggilan. Dia memasukkan semula telefon bimbitnya didalam tas tangannya. Dia mempercepatkan langkah menuju ke arah lif sebelum turun ke basement, tempat letak kereta.

‘Aku nak dengar apa penjelasan kau, Ezmir.’

★★★

NAINA mundar-mandir diruang tamu sambil memandang jam dinding untuk sekian kalinya. Dah pukul 10.00 namun kelibat Ezmir masih belum juga kelihatan.

Naina berhenti. Dia menuju ke sofa kulit buatan Jerman kegemaran ibunya lalu duduk bersila disitu. Kepala otak dia dah duk fikir yang bukan-bukan pasal Ezmir dan perempuan itu tadi.

Puas otaknya mencari jalan penyelesaian bagi soalannya. Kenapa usahawan macam Ezmir boleh rapat dengan Model macam Vanessa? Lagaknya seperti mereka sudah berkenal lama.

“Jumpa pula jalan balik rumah?” sindir Naina bila dia nampak kelibat Ezmir muncul dipintu utama Faith's Villa.

Ezmir menoleh kearah isterinya yang sedang duduk bersila diatas sofa. Baju tidur yang dipakai Naina terangkat sedikit hingga ke paras paha. Hingga menampakkan paha Naina yang putih mulus itu. Ezmir menelan liur.

“Kenapa tak tidur lagi?” soalnya. Dia sengaja mengalihkan perhatiannya dari terus memandang paha gebu isterinya itu. Ezmir takut pula apa yang jadi seterusnya jika dia terus memandang aset isterinya itu.

“Entahlah. Rasanya saya terlalu sakit hati hingga nak tampar muka orang pula,” ujar Naina sambil mengetap giginya.

Ezmir mengangkat keningnya sebelah. Dia perasan wajah Naina sudah bertukar warna. Dah jadi merah padam. Hatinya bertanya, Naina marahkan siapa?

“Kau dah kenapa?”

Naina menarik nafas. “Ezmir, let's talk about the deals.” kata Naina tanpa menjawab soalan Ezmir.

“Kau nak bincang part mana?”

“Saya tak nak bincang tapi saya nak awak tambah syarat dalam deals tu.”

Ezmir memandang Naina dengan pandangan kosong. Mungkin dia keletihan sebab itu dia tidak mampu mencerna setiap kata yang diucapkan oleh Naina. Dalam erti kata lain, dia tidak faham apa sebenarnya yang Naina maksudkan.

“Tambah syarat? Syarat apa kau nak tambah?”

Naina menghembus nafasnya kasar. “Okay. Let's make it short. Siapa curang diantara kita, dia kalah.”

“Apa!?”

Easy. Kalau saya curang, rumah nie akan jadi milik awak. Tapi jangan risaulah, saya takkan curang sebab saya tahu diri saya siapa. And you...” jari telunjung Naina diluruskan kearah suaminya. “...kalau awak curang saya tak nak awak teragak-agak serahkan Faith's Villa pada saya. We have a deal? Of course we have a great deal here.” jawab Naina tanpa menunggu jawapan daripada Ezmir.

Naina tersenyum sinis memandang Ezmir yang terdiam. Naina menjeling sebelum dia mengorak langkah mendapatkan anak-anak tangga.

By the way, she's beautiful.” Naina tidak pasti sama ada dia ikhlas memuji kecantikan yang dimiliki oleh Vanessa atau dia sekadar memerli suaminya.

Ezmir memandang kelibat Naina semakin menghilang. Apa sebenarnya yang Naina maksudkan dengan 'she's beautiful?' Naina nampak dia bersama dengan Vanessa tadi?

Tapi kenapa Naina bersikap seperti seorang isteri yang cemburu suaminya didekati oleh wanita lain? Cemburu ke dia? Ezmir tersenyum. Hatinya berbunga. Hatinya senang dengan kemungkinan bahawa Naina sebenarnya cemburu.

It's okay, baby. I only love you.’

_______

Vote . Comment . Follow . Share .

P/S : Please read my new story 'CALLA LUNA.' Thank you 😘😘😘

Bukan Untuk Dicintai ( RAW / ON GOING )Where stories live. Discover now