PEJAM celik, pejam celik sudah tiga bulan Tan Sri Ahmad meninggalkan anak gadisnya itu sendiri. Menjadikan Naina hidup sebatang kara diatas muka bumi yang Naina mula rasakan asing itu. Sudah tiga bulan juga Naina berada di Malaysia. Dia mengambil keputusan untuk menangguhkan pengajiannya.
Dia masih berasa rindu terhadap arwah. Saban hari Naina menghabiskan masa di dalam bilik tidur yang dihuni oleh Tan Sri Ahmad selama jangka hayatnya. Selama tiga bulan ini juga Naina langsung tidak keluar daripada Faith's Villa. Setiap kali rindu menjenguk dirinya, Naina akan menangis semahunya.
Ketika ibunya, Faith Suraya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya, Naina baru berusia 12 tahun. Walaupun begitu Naina tidak berasa kurang kasih sayang. Ayahnyalah yang menjadi ibu dan ayah kepadanya. Kasih sayang yang dicurahkan padanya langsung tidak ada cacat celah.
Naina sebak. 'Naina rindukan ayah.' Tangis Naina sendirian di dalam bilik tidur ayahnya. Bau-bauan dari dalam bilik ini mampu mengubati kerinduan Naina terhadap ayahnya.
Pintu bilik diketuk dari luar. Naina mengesat airmatanya sebelum bangun dari birai katil lalu menuju ke arah pintu. Tombol pintu dipulas pelahan.
“Ada apa, Mak Mah?”
“Ada orang nak jumpa dengan Naina dekat bawah. Dia cakap dia nak bincang sesuatu dengan Naina.”
“Siapa Mak Mah?” tanya Naina. Bincang apa?
Mak Mah mengungkit bahunya tanda tidak tahu. “Ini kali kedua Mak Mah nampak dia. Pertama kali masa hari arwah dikebumikan.”
“Yakah?”
Mak Mah mengangguk.
“Baiklah. Kejap lagi Naina turun ya.”
“Cepat sikit tau. Orang dia macam tak berapa mesra.” Ujar Mak Mah sebelum meninggalkan Naina terkebil-kebil sendiri.
Naina jadi tertanya-tanya. Siapa tu? Tanpa berlengah, Naina menuju ke arah bilik air. Wajahnya yang sembab dibasuh dengan air. Dia mengesat wajahnya dengan menggunakan tuala putih yang tergantung ditepi sinki sebelum dia turun ke tingkat bawah.
****
PELAHAN Naina mengatur langkah menuruni anak-anak tangga. Sebaik sahaja langkah kakinya mendarat di lantai ruang tamu, Naina terpandang belakang tubuh lelaki yang lengkap berpakaian pejabat siap dengan kot berdiri membelakanginya. Naina menapak mendekati lelaki itu.
“May I help you?” Sapa Naina.
Ezmir senyum sebelum dia memusingkan tubuhnya menghadap Naina. Inilah kali pertama dia memandang wajah Naina selepas lima tahun dan beberapa bulan yang lepas.
Naina memandang tepat ke wajah lelaki dihadapannya itu. Boleh tahan kacaknya, sempat Naina memuji dalam hati. Tapi mengapa dia berasa dia pernah bertemu dengan lelaki ini? Apa yang dia nak datang jumpa aku?
“Kenapa awak nak jumpa saya? Di rumah saya pula tu?” tanya Naina sambil memeluk tubuhnya.
Ezmir tidak langsung menjawab. Sebaliknya dia menyerahkan sampul berwarna putih bersaiz A4 kepada Naina. Naina yang tidak tahu apa yang sedang berlaku terus menyambut sampul itu dari tangan Ezmir.
“Apa nie?” Soalnya terpinga-pinga.
Giliran Ezmir memeluk tubuhnya. “Itu adalah kontrak yang termetrai diantara aku dan arwah ayah kau. Bulan depan tempoh setahun akan tamat, so dalam tempoh itu aku nak kau kosongkan rumah ini.”
Naina terkejut dengan apa yang dikatakan oleh lelaki dihadapannya itu.
“What?”
“Bacalah kontrak tu.” Arah Ezmir. Tanpa berlengah Naina terus mengeluarkan kepingan kertas dari sampul itu.
Satu persatu isi kandung kontrak itu dibacanya. Namun satu pun tidak mampu dicerna oleh mindanya. Mungkin dia terlalu terkejut dengan apa yang Ezmir katakan tadi.
“Apa ni? Saya tak fahamlah.”
“Kenapa kau tak tanya peguam arwah ayah kau. He knows better than anyone else.”
“Fahmi?”
Ezmir angguk. “Kau ada masa dua minggu untuk kosongkan rumah ni.”
Naina meremukkan kertas ditangannya itu sebelum dibaling ke arah Ezmir.
“Apa hak kau nak halau aku dari rumah aku? Kau tak ada hak, tahu tak!” Jerkah Naina.
“Kalau kau mampu bayar aku RM 30 juta dalam masa dua minggu then this house will be yours, forever.”
Naina memejam matanya rapat. Bila hal ini terjadi? Kenapa dia langsung tidak tahu menahu pasal pinjaman yang dibuat oleh ayahnya? Dan kenapa Faith's Villa jadi rebutan sekarang.
'Naina, calm yourself Naina.' Naina menarik nafas pelahan sebelum dihembusnya dengan sedikit kasar. Mana boleh lelaki itu merampas kediaman yang didiaminya hampir seluruh hidupnya. Dia tiada hak langsung.
Naina mencelikkan matanya sebelum berkata... “I will fight for this house. Just give me another years.”
Ezmir gelak dibuat-buat. “Years? No way, girl. Next month, this house gonna be mine. Aku nak kau keluar dari rumah ini. If you don't... well, let's see what's gonna happen.”
“You such a rude bastard.” Kata Naina dicelah giginya. Geram, marah semua bercampur menjadi satu.
“You bitc...” Diraihnya tangan Naina kasar hingga menyebabkan tubuh gadis itu terdorong ke arahnya. Batang tubuh Naina berdiri hanya beberapa inci dari tubuhnya.
“That's gonna be your first and last curse for me, Faith Naina.” Ujar Ezmir memberi amaran. Ini pertama kali seorang gadis memakinya secara terang-terangan.
“Kalau tak, kau nak buat apa?” Cabar Naina. Tangannya dalam gengaman Ezmir ditarik kasar. Sempat Naina terpandang bekas merah yang tinggal dipergelangan tangannya.
“Kau belum kenal aku siapa, Faith Naina.”
“Kau pun masih tak kenal aku siapa. Berambus!” Halau Naina. Ezmir hanya tergelak mengejek. Dia tidak berkata apa-apa namun kakinya dibawa ke arah pintu utama sebelum hilang dari pandangan Naina.
'What the hell is going on? Fahmi, I need the answers.'
__________
Tell me guys what you think about this story . I love to hear it from you . Naina akan kahwin dengan Ezmir tak lama , so tunggu 😉😉
Don't forget to hit the star , leave your positive comments , do follow me and don't forget to share it with your friends 😊😊😊 . Thank you.
Love ,
S.H.
YOU ARE READING
Bukan Untuk Dicintai ( RAW / ON GOING )
Romance"I thought I could make you fall in love."