NAINA ketawa dibuat-buat. Terasa lucu dengan permintaan gila lelaki itu. Beberapa saat kemudian Naina mematikan tawanya. Matanya tajam menikam ke dalam anak mata kelabu milik Ezmir.
Beberapa minit selepas itu Naina ketawa sinis. Ingat aku perempuan murah ke? Naina mengengam tangannya di sisi. Takut tangannya naik menampar wajah lelaki itu.
“What?!”
Ezmir tunduk kepala sekali. “Aku tak rasa kau sesuai jadi isteri aku. So, aku cadangkan kau untuk jadi perempuan simpanan aku. Tak lama, maybe setahun. Dan pulangan dia, kau dapat rumah nie."
Perempuan simpanan? Setahun? Walaupun pada luaran Naina seperti seorang gadis spoiler tapi dia masih tahu jaga adab dia bergaul. Dia juga tahu membataskan pergaulannya dengan lelaki. Jadi apa hak Ezmir untuk memintanya bergelumang dengan dosa. Nak-nak setahun. No waylah.
“Masa mak kau hidup dulu dia ajar tak kau cara nak respect perempuan?” soal Naina membuatkan wajah Ezmir menjadi tegang. Rahangnya bergerak-gerak menahan marah. Boleh tahan celupar budak nie.“Ada. Kenapa?”
“Yeke ada? Kenapa cara kau bercakap dengan aku macam orang pendek akal? Macam orang bodoh pun ada juga.” ujar Naina sakit hati. Kau silap kalau kau fikir aku akan mengalah dengan kau, Ezmir.
“Mak aku memang ada ajar aku bagaimana nak hormat perempuan. Semua perempuan aku boleh respect kecuali kau!” ujar Ezmir kasar.Naina mengungkit kedua belah keningnya. “Oh, really? Too bad.”
“Yes or no?”
“No.”
“Okay. Terpaksalah aku halau kau daripada rumah kau sendiri.” Sengaja Ezmir menekan perkataan 'halau' itu.
No. Bukan itu yang Naina mahukan. Walaupun baru beberapa kali dia bertemu secara berdepan dengan Naina, dia sudah boleh mengagak perangai gadis itu. Dia tidak suka pada kekalahan. Itulah Naina. Dan Ezmir akan buat apa saja untuk pastikan Naina tidak akan pernah menang dalam permainan ciptaannya ini.
Halau? Jangan haraplah kau boleh halau aku. Naina memejam matanya rapat. Harap idea akan muncul dalam benaknya. Fikir Naina, fikir.
“Aku akan lakukan apa saja kecuali jadi perempuan simpanan kau. Anything, Ezmir.”
“Siapa bagi kau permission sebut nama aku? I'm not your friend!” Tengking Ezmir tiba-tiba. Entah mengapa dia rasa benci apabila Naina menyebut namanya begitu.
Aik? Sebut nama pun jadi hal ke? Bipolar ke apa lelaki ni?
“Baiklah, Tuan.” Ujar Naina seakan mengejek lelaki itu.
Pelahan-lahan cerlungan mata tajam Ezmir menjadi tenang. Gilirannya berpeluk tubuh. Dia cuba menghalang dirinya dari terus memang kaki panjang milik Naina. Sepasang kaki mulus itu mengganggu tumpuannya.
“Kalau kau tak nak jadi perempuan simpanan aku then marry me.”
Yes, Ezmir! Marry her. Itu adalah salah satu cara untuk kau musnahkan dia. Biar dia bayar segala hutang yang arwah ayahnya tinggalkan. Hutang dendam harus dibayar dengan dendam, hasut hati Ezmir.
Biji mata Naina terbuntang memandang Ezmir. Marry? Dia lamar aku ke tadi? Naina ketawa berdehek.
“Why?” Soal Ezmir dengan nada suara yang tegang.
“Your lame joke, that's so funny.” Jawab Naina. Dia cuba menahan tawanya dari tersembur lebih kuat.
“I'm not a clown to make you laugh. That's definitely not a joke.”
Tawa Naina mata. “Are you propose to me just now?”
“Whatever you think.”
“Aku tak nak ada kaitan dengan kau sebab itu aku tak nak jadi perempuan simpanan kau. Kalau aku tak nak jadi mistress kau, kenapa kau boleh terfikir aku nak jadi isteri kau pula?”
“Don't waste my time, Faith Naina. I need an answer, now!!!” Jerkah Ezmir.
Naina memejam matanya. Tak boleh ke mamat nie cakap elok-elok. Tak sakit ke suara asyik menengking, menempelak dan menjerkah aje kerjanya.
“Tak payahlah jerit-jerit, aku tak pekak lagilah.”
“Your choice, mistress or a wife? You want this house so bad, right?”
Naina menggigit bibirnya. Nak kasih jawapan apa? Dua-dua pun aku tak nak. Tapi aku tak boleh lepaskan rumah ni pada dia. Jadi perempuan simpanan kalau dia sentuh aku bukankah itu dah dikira berzina. Hisy!!! Naina menggeleng kepalanya laju-laju. Nauzubillahiminzalik. Tak nak aku.
Isteri? Dah sah-sah mamat senteng ni tak suka dekat aku, apa hal pula dia nak aku jadi isteri dia. Bagilah kerja maid ke? Setiausaha ke? Elok juga. Naina mendengus.
“I need time to give you an answer. A month maybe.”
Ezmir menggeleng sambil memeluk tubuh. “A week.”
Naina menggeleng. Kau tahu tak kahwin dengan kau tu ibarat fikir nak hidup atau nak mati. “A month.”
“A week or the deal is off.” Ugut Ezmir.
Amboi, ini dah lebih dah nie!
“Fine. A week.” Naina beralah. “Dalam tempoh seminggu itu aku tak nak kau jejakkan kaki kau ke rumah nie.” Pinta Naina.
“Why? This is my house.” tanya Ezmir dalam posisi tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar hitam yang dipakainya.
Naina menggetap gigi. Geram betul dia dengan Ezmir ni. “I know. Maksud aku, aku nak masa dan ruang. Faham tak?”
“Okay.” Respon Ezmir. “I see you in a week from now,” ujar Ezmir sebelum dia keluar meninggalkan Naina di dalam Faith's Villa itu.
Naina menghenyekkan punggungnya disofa yang ada dibelakangnya. Rambut panjang yang menutupi wajahnya dikuak ke belakang.
'Betulkah apa yang aku buat nie?' Soalnya pada dirinya sendiri.
YOU ARE READING
Bukan Untuk Dicintai ( RAW / ON GOING )
Romance"I thought I could make you fall in love."