Teaser I

11.4K 424 69
                                    

I promised you the teaser right 😂😂😂 . I told you , this is not the farewell 😳😳😳 . This is for 40k views .

Negative comments sangat tidak dialu-alukan . Sila komen sesuatu yang membina bukan menjatuhkan . Terima kasih .

Views and votes motivated me to write another chapters . So don't forget to do your job 😉😉😉

___________

"Saya mengalah, Ezmir." kata Naina sebaik sahaja kakinya mendarat dihadapan meja kerja Ezmir.

Ezmir memanggung kepala memandang Naina. Wajah sembab isterinya itu ditenung dalam. Menangiskah dia?

"What do you mean?"

"You said, if I want to get out from this I should ask for a divorce and I ask for that. Ceraikan saya." pinta Naina pelahan.

Dia sudah fikir masak-masak. Baru dia sedar, apa yang telah dia lakukan adalah salah sama sekali. Dia bodoh kerana tidak memperdulikan kata-kata Mak Mah dan juga Fahmi. Dia bodoh kerana dia sanggup memperjudikan hidupnya. Dia hanya sedar segala kebodohannya setelah Vanessa hadir diantara mereka.

Ezmir tidak percaya Naina mengucapkan perkataan itu. Cerai? Kenapa baru sekarang, Naina?

"Selepas kau dah gadai tubuh kau pada aku baru sekarang kau nak minta cerai. Berbaloi ke Naina?"

Naina menarik nafas lalu dihembusnya pelahan. Berbaloi Ezmir sebab aku tak tinggalkan kau dengan tangan kosong, jawab Naina dalam hati.

"Berbaloi atau tak itu bukan masalah awak. Saya sedar saya tak mampu bayar duit awak hanya dengan menggadaikan tubuh saya. Jadi, saya angkat bendera putih dan tolong ceraikan saya."

Ezmir ketawa tiba-tiba. Permintaan Naina itu terlalu sakit untuk dia turuti.

"Kau lupa lafaz talak itu milik aku?"

"Tak. Saya tak lupa. Saya cuma nak bayar 'hutang' ayah saya. This is what you want, right? To see me broken and makes me look like pathetic. Awak dah menang Ezmir."

"Kalau itu yang kau nak..."

Naina menganggukkan kepalanya. "Thanks. Malam ni juga saya akan keluar daripada rumah ni. Fahmi akan datang jemput saya." ujar Naina sebelum dia memaling tubuhnya.

Tangannya baru memulas tombol pintu bilik bacaan itu apabila Ezmir bersuara.

"Before you leave this house, aku nak kau ambil ujian kehamilan," ujar Ezmir sambil berdiri dari kerusi kerjanya.

Naina jadi pucat tiba-tiba. Ujian kehamilan? No, Ezmir tak perlu tahu tentang kehadiran insan baru ini. Naina menahan tangannya daripada naik menyentuh perutnya yang masih kempis.

Dia memusingkan tubuhnya memandang Ezmir dibelakangnya. Dia menguntumkan senyuman palsu. Naina berdoa dalam hati agar Ezmir tidak menghidu kenyataan yang cuba disembunyikannya ini.

"Saya takkan hamil, Ezmir. I'm on pills, remember."

"I touched you almost every single day, Naina." kata Ezmir membuatkan Naina jadi malu. Nasiblah hanya mereka berdua saja di dalam bilik bacaan ini. "Kadang-kadang pil tidak mampu berfungsi dengan baik," sambung Ezmir lagi.

Ezmir menarik tangan kanan Naina sebelum kotak kecil bersaiz empat segi itu diletakkan diatas tapak tangannya. Dapat Ezmir rasakan tangan Naina gementar.

"Jangan salah faham. Aku bukan tak nak ceraikan kau, aku cuma tak nak anak aku hidup tanpa kasih sayang seorang ayah. So, do it now."

Naina buntu. Apa yang harus dia lakukan sekarang? Think Naina, think.

_________

Acam mana . Okey tak teaser nie ? 😂😂

Hit the star . Please leave your positive comments . Do follow me and share this story with your friends .

Love ,

S.H


Bukan Untuk Dicintai ( RAW / ON GOING )Where stories live. Discover now