I keep my promises . These two chapters for you . Let's celebrate 80K views and 4K+ votes 🎉🎉🎁🎁 . Thank you my dear readers , voters and followers . I love you tight-tight . Thank you for supporting me and my stories 😘😘😘😘 .
Here ayam guring for you 🍗🍗 . Joke 😄😄
I hope this is a promising chapter , I really enjoy wrote this chapter .
♡♥♡♥♡
ZIKRI ketawa terbahak-bahak melihat Naina yang masih tidak sedarkan diri, duduk di kerusi kayu dengan kaki dan tangannya terikat. Dia duduk melutut di depan Naina sambil rambut panjang Naina diulasnya lembut. Bibir Zikri menguntumkan senyuman.
“Ramai orang dalam dunia ni tapi kenapa kau pilih musuh bapa kau untuk dijadikan suami? Kau cantik tapi sayang kau bodoh!” jerkahnya didepan muka Naina. Dia bangun dari terus melutut lalu mencekak pinggangnya.
“Aku dah plan cantik-cantik rancangan aku tapi kau datang pada masa yang salah. You're keep messing with my head and my heart. Damn!!!”
Naina membuka matanya pelahan-lahan. Ubat pelali sudah hampir meninggalkan seluruh tubuh badannya. Pandangannya kabur oleh sebab terlalu lama dibawah pengaruh ubat pelali.
“Wow, sleeping beauty dah sedar!” ujar Zikri sambil menepuk-nepuk tangannya kuat.
Naina memejam celik matanya beberapa kali. Dia tidak pasti dia berada di mana sekarang ini cuma yang dia tahu mereka sedang berada di sebuah tempat yang masih dalam proses pembinaan. Seperti sebuah rumah yang masih belum siap.
Naina tunduk memandang kakinya yang terikat. Sementara tangannya terikat dibelakang tubuhnya. Dia tidak mampu bergerak.
“Are you Zikri?” tanya Naina pelahan. Bukankah lelaki yang sedang berdiri sambil mencekak pinggang dihadapannya ini adalah Zikri, arkitek di syarikat KTK Construction?
Naina keliru. Apa sebenarnya sedang berlaku?“Do you remember me?” Bibirnya tersenyum gembira.
“Of course I remember you. Saya dekat mana ni? Kenapa awak ikat saya di tempat kosong ni?” soal Naina bertubi-tubi.
“Oh, Naina. Awak tahu tak, inilah bakal rumah kita. Saya mula bina rumah ni sejak setahun yang lepas. Saya reka pelan yang terbaik untuk rumah impian kita. Awak happy tak?” tanya Zikri dengan nada yang ceria.
Dahi Naina berkerut. Rumah kita? Apa yang dia cakap ni?
“You know Naina. First time I saw you, I know you're the only one for me. Tapi waktu tu awak baru tujuh belas tahun, masih bergelut dengan peperiksaan SPM awak. Saya cuma simpan hasrat untuk memperisterikan awak dalam hati.”
Naina dapat rasakan rahangnya jatuh saat ini. Dia tercengang mendengar pengakuan Zikri. Macam mana semua ini boleh berlaku sedangkan dia baru mengenali Zikri beberapa bulan yang lepas. Ketika dia berhasrat hendak mengambil alih syarikat KTK Construction. Tujuh belas tahun? Sejak enam tahun yang lepas lagi dia sudah menjadi perhatian lelaki itu tapi how? Sedangkan Naina jarang sekali menjejakkan kaki ke KTK Construction ketika dia masih berada dibangku sekolah.
“Awak seorang gadis yang ceria dan selalu buat orang di sekeliling awak tersenyum. Senyuman awak buat saya jatuh hati. Semuanya sempurna. Saya juga dapat rasakan bahawa Tan Sri tak ada bantahan sekiranya saya masuk meminang awak.” beritahu Zikri. Senyuman tidak lekang dari bibirnya.
Tiba-tiba wajah lelaki didepan Naina ini menjadi kelam dan ketat. Senyuman ceria yang terukir dibibirnya juga hilang.
“Semuanya sempurna sebelum lelaki sial tu datang. Kau tahu tak, Ezmir tu siapa?”
YOU ARE READING
Bukan Untuk Dicintai ( RAW / ON GOING )
Romance"I thought I could make you fall in love."