KEPALA NAINA dah pening menghadap kepingan kertas yang bertimbun di atas meja belajarnya. Cuti sebulan tapi assignment mengalahkan student cuti setahun. Naina mengeluh kasar. Tak boleh jadi ni. Boleh jadi gila terperap dalam rumah agam milik ayahnya itu.
Naina menuju ke meja solek. Telefon Samsung Edge 7 itu dicapai. Dia menekan-nekan sesuatu di skrin telefon sebelum telefon itu dilekap di telinganya.
“Ayah, jom keluar,” ajak Naina sebaik sahaja panggilannya disambut oleh Tan Sri Ahmad.
“Ayah tak bolehlah, sayang. Naina ajaklah Mina. Ayah tengah mesyuarat ni.” ujar Tan Sri Ahmad seakan berbisik dicorong telefon.
“Baiklah.” Naina pasrah. Telefonnya ditarik jauh dari cuping telinga. Mina tak boleh keluar sebab dia tengah spend time dengan boyfriend dia.
Argghh!!! Lantaklah. Aku nak keluar juga. Naina menuju ke almari sebelum menggeluarkan tuala putih lalu masuk ke dalam bilik air.***
TUBUH tinggi lampai Naina terdorong beberapa langkah ke belakang apabila dirinya dirempuh oleh tubuh kurus tegap dihadapannya. Naina tidak memberi respon.
Ezmir mengamat wajah yang dipenuhi dengan mekap sederhana itu. Dia seakan ingat-ingat lupa bila terpandang wajah gadis merempuhnya ini. Dia rasa dia pernah terserempak dengan gadis itu sebelum ini. Tapi di mana? Persoalan itu bermain diminda Ezmir.
“Kau lagi.” spontan ayat itu keluar daripada mulutnya. Naina berkerut dahi. Hairan.
“Kita pernah jumpa ke sebelum ni?” tanya Naina serius. Gilirannya pula mengamati wajah tampan Ezmir. Wajah lelaki itu walaupun ditumbuhi jambang-jambang halus namun masih nampak menawan.
Ezmir mencerlung tajam menikam wajah Naina. Wajah bersih milik gadis ini sedikit sebanyak membuatkan hatinya berdebar. Jantungnya tidak mahu duduk diam dan seakan hendak tercabut dari paksinya.“Kau memang suka merempuh orang, kan? Itu ke cara kau nak ngorat lelaki?” asak Ezmir membuatkan Naina terkebil.
“Ngorat lelaki? Tak masa,” ujar Naina sambil memeluk tubuhnya. Siapa lelaki itu mahu menuduhnya sembarangan.
“Tak ada masa konon.” sinis Ezmir berkata. Tubuh Naina diamatinya dari atas ke bawah sebelum dia mengalihkan pandang ke arah lain.
“Inilah perempuan zaman sekarang. Suka tarik perhatian lelaki dengan short macam ni,” sambung Ezmir tapi matanya masih tidak memandang Naina. Dia pula yang segan memandang kaki panjang Naina yang hampir 70% terdedah itu.
Dari posisi memeluk tubuh Naina terus berdiri tegak dihadapan Ezmir. Apa hak lelaki itu hendak menegur cara dia berpakaian? Dia selesa berpakaian simple macam nie. Short dan loose blouse.
“Sekarang ni yang bersalah, awak. Maafnya mana?” tagih Naina.
“Maaf? Tak ada masa.” ujar Ezmir sebelum meninggalkan Naina sendirian. Sempat juga dia melanggar bahu Naina kasar.
Naina menahan geram. “Tak guna!” jerit Naina. Namun tidak tanda-tanda lelaki itu berpatah balik. Sebaliknya, tubuh tinggi lampai lelaki itu hilang disebalik pintu lif.***
“TUAN, Tan Sri Ahmad sedang menunggu Tuan di war room,” beritahu Suraya, setiausaha Ezmir apabila Ezmir lalu dihadapan mejanya.
“Suruh dia masuk bilik saya,” pesan Ezmir tanpa berhenti melangkah.
Suraya hanya menurut perintah. Selepas beberapa minit, pintu pejabat Ezmir diketuk dari luar. Selepas memberi kebenaran barulah Suraya menolak pintu kaca itu lalu memberi laluan kepada Tan Sri Ahmad.
“Terima kasih,” ucap Tan Sri Ahmad.
“Sama-sama, Tan Sri. Tuan, ada apa-apa lagi?” tanya Suraya kepada Ezmir yang sedang memerhatikan mereka di meja kerjanya.
“Tolong sediakan kopi.”
Suraya mengangguk faham. Tanpa berlama-lama, Suraya terus melangkah keluar dari bilik pejabat Ezmir.
“Apa khabar, Tan Sri?” tanya Ezmir sambil berdiri dari kerusi kerjanya. Tangan Tan Sri Ahmad dijabatnya. “Silakan duduk,” pelawanya.
“Terima kasih, Tuan.” ucap Tan Sri Ahmad sambil duduk di kerusi berhadapan dengan Ezmir.
“Boleh saya tahu apa hajat Tan Sri datang jumpa saya?” soal Ezmir bersahaja. Bukan dia tidak tahu apa niat lelaki separuh abad itu. Lelaki itu ingin meminta pertolongan daripadanya. Itulah yang Ezmir rencanakan. Dia mahu lelaki itu melutut meminta pertolongan daripadanya.
“Saya nak minta pertolongan dari syarikat Tuan. Sekarang KTK Construction sedang bermasalah. Projek yang masuk selalu gagal. Projek yang sedia ada pun sedang mengalami kerugian.” ujar Tan Sri Ahmad. Dia tidak mengetahui Ezmir adalah musuhnya dalam diam.Sudah lama Ezmir berdendam dengan dia. Tapi dendam itu hanya dia sahaja yang tahu. Kini, Ezmir hampir menjatuhkan lelaki dihadapannya ini.
“Apa yang saya boleh buat untuk bantu Tan Sri?” tanya Ezmir.
“Kalau boleh saya nak buat pinjaman dengan syarikat Tuan, sebagai ganti saya akan cagarkan rumah saya pada Tuan. Saya dah tak mampu bayar gaji pekerja-pekerja saya.”
This is what I want. That house.“Kenapa tak buat loan bank aje?”
“Dah. Tapi tak lulus. Tuan sajalah harapan terakhir saya.”
Ezmir diam seketika. Pura-pura sedang berfikir. Dalam hati, Ezmir tertawa sinis. See, dad. Mir, mampu buat dia merayu. I’ll do this just for you, dad. Only you.
“Saya boleh tolong Tan Sri tapi saya ada beberapa syarat. Kalau Tan Sri setuju, saya boleh panggil peguam saya untuk tandatangani surat perjanjian.” ujar Ezmir penuh muslihat.
Tan Sri Ahmad terus bersetuju tanpa berfikir panjang. Yang ada di dalam fikirannya dia hanya mampu menyelamatkan syarikatnya. Syarikat itu adalah impiannya. Segala tenang dan keringat dicurahkan hanya untuk syarikat itu. Sama ada dia suka atau tidak, dia terpaksa melepaskan rumah banglo yang penuh dengan kenangan arwah isterinya.
“Kalau begitu, esok saya hantar peguam saya ke syarikat KTK bersama dengan surat perjanjian.”
Tan Sri Ahmad mengangguk sebelum dia meminta diri untuk pulang. Ezmir tidak mahu menyembunyikan kegembiraannya. Sedikit masa saja lagi, Faith’s Villa akan menjadi haknya yang mutlak. Selepas itu, dia akan cari jalan untuk memilik KTK Construction pula.
‘Just wait and see, Tan Sri Ahmad. Welcome to the hell.’
YOU ARE READING
Bukan Untuk Dicintai ( RAW / ON GOING )
Romance"I thought I could make you fall in love."