BAB 12

7.9K 339 5
                                    

Thank you for 1K views guys 😘😘 . This is chapter 12 for you 👏👏👏👏

Keep voting 😉😉😉
___________

NAINA tidak peduli Hani, setiausaha Fahmi yang cuba menghadang laluannya ke bilik pejabat lelaki itu. Dirinya dikuasai oleh perasaan marah dan dia mengharapkan jawapan yang sebenar keluar daripada mulut Fahmi.

Kepala Fahmi terdongak apabila Naina menolak pintu pejabat yang diperbuat daripada kaca itu dengan kasar.

"Naina...."

"I'm sorry Encik saya tak dapat...."

"It's okay, Hani." potong Fahmi sebelum Hani menghabiskan ayatnya.

Dada Naina turun naik menahan amaran. Hani yang masih berdiri disebelahnya dijeling tajam.

"Kau keluarlah kau tunggu apa lagi!" Jerkah Naina. Saat ini dia bukan lagi Naina yang seluruh kakitangan KTK Construction kenali. Ketika dia sedang marah, dirinya bukan lagi Faith Naina yang sweet dan loving.

Fahmi memberikan isyarat pada Hani agar gadis berusia 25 tahun itu meninggalkan dia dan Naina berdua.

"What's wrong with you Naina? Jerkah staff macam tu. Lupa pesan arwah ke?" Marah Fahmi sebaik sahaja Hani keluar daripada biliknya. Dia bangkit dari kerusi kerjanya sambil memeluk tubuh memandang Naina dihadapan. Apa yang tak kena pada Naina hari ini? Datang bulan ke?

Naina senyum sinis sebelum kertas remuk ditangannya diangkat lalu dibaling ke arah Fahmi.

"I need an explaination." Naina ketap gigi. Geram. Kalau ikutkan darahnya yang menggelegak sudah lama agaknya Fahmi 'lunch' kasut flat yang dipakainya.

Fahmi tunduk. Kertas remuk yang dilemparkan oleh Naina, dikutip. Fahmi mula telan liur sebaik sahaja matanya menangkap perkataan 'kontrak' pada kertas itu.

"Explain to me," tagih Naina. Dia tidak akan berhenti selagi dia tidak dengar penjelasaan Fahmi. Dan Fahmi sangat arif dengan perangai Naina itu.

"This.... where you get this?" Tergagap sedikit Fahmi menyoal.

"Penting ke soalan kau tu Fahmi? Rumah aku bakal jadi milik orang yang aku langsung tidak tahu tentang kewujudan dia, kau masih nak tanya aku dari mana aku dapat kontrak tu!" tengking Naina.

"Aku menyesal percaya kau," ujar Naina kemudian seraya airmatanya mengalir dipipi.

"Naina..."

"Apa yang ayah dan kau sembunyikan? Tell me now?!!!" Bentak Naina lantang.

"A year ago, KTK Construction tidak mampu menghasilkan profit. Company tiada kemasukan. Macam-macam cara arwah cuba namun tidak membuahkan hasil. Dan... dia datang."

"Ezmir Syah?" Perli Naina.

Fahmi tunjuk riak terkejut sebelum mengangguk. "Dia hulurkan tawaran kepada arwah. RM 30 juta dan Faith's Villa sebagai cagaran."

"What!?" Kaya sangat ke lelaki itu sampai dia sanggup meminjamkan duit sebanyak itu kepada arwah ayahnya. Apa tujuan lelaki itu? Mesti ada muslihat yang tersembunyi disebalik semua ini?

Fahmi mengangguk. "Jangan salahkan arwah, Naina. Dia buat begitu sebab dia tak nak kau hidup susah."

"I told you once, Fahmi. Kalau aku diminta untuk memilih, aku tetap pilih ayah aku. Kenapa kau tak beritahu arwah tentang itu?" Tangis Naina mula mengisi disegenap ruang di dalam bilik pejabat Fahmi.

Fahmi meraih Naina dalam pelukannya. Bahu gadis itu ditepuknya pelahan. Dia berharap Naina akan tenang selepas dia menangis.

"I'm so sorry," ucap Fahmi pelahan.

Naina menolak Fahmi sedikit kuat. "I won't give up. I will fight for my Faith's Villa." Tekad Naina.

"What?" Fahmi pula sedikit terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Naina.

"You heard me right. I will fight for my house. Nyawa ayah aku terkorban sebab semua ini, kau ingat aku nak duduk goyang kaki je ke?"

"Kau takkan menang Naina. Ezmir nekad nakkan rumah tu dan dia juga nekad nakkan ka...." ayat Fahmi tergantung disitu. Dia nekad nakkan kau, Naina. Dan aku takkan biarkan hal itu terjadi, sambung Fahmi dalam hati.

"Aku tak peduli. Rumah tu hak aku. Dia tak ada haklah nak ambik rumah aku."

"Naina, just forget about Faith's Villa. Move on. Kau dan Mak Mah boleh tinggal dengan aku, kalau kau nak..."

"Aku tak nak," pintas Naina. Tangannya naik menyapu bersih airmatanya.

"Kau memang degil nak mampus kan Naina." Geram pula Fahmi dengan sikap degil Naina itu.

Oppss! Fahmi terlupa. Hanya arwah sahaja yang mampu mematahkan kedegilan Naina itu dan sekarang arwah telah kembali ke rahmatullah. Nampaknya Naina nekad dengan keputusannya itu dan tiada siapa yang boleh menghalang Naina sekarang.

"Naina, stop it! Kau tak kenal Ezmir."

"Dia pun tak kenal aku siapa. Bulan depan dia akan kenal aku siapa," ujar Naina menaikkan satu oktaf nada suaranya sebelum dia keluar dari bilik pejabat Fahmi. Meninggalkan Fahmi terkulat-kulat sendiri.

'Naina... Naina, kau gali kubur kau sendiri Naina.'

_______

Short chapter ? Sorry . 😂😂😂😂 . I tak sabar nak Naina dan Ezmir kahwin , tu pasal tak sabar nak start new chapter 😊😊😊 .

Don't forget to hit the star , leave your positive comments ( I really appreciate it ) , do follow me and please share my stories with your friends . Thank you 😘😘😘

Love ,

S.H.

Bukan Untuk Dicintai ( RAW / ON GOING )Where stories live. Discover now