BAB 28

6.5K 217 6
                                    

Congrats to all of us for making this story possible . Thank you for 100k reads , guys . Love ya 😘😘😘 .
_______

SETELAH sekian lama mereka terputus hubungan, akhirnya Vanessa berjaya menjejaki Lisa, teman karib dan juga kakak kepada cinta hatinya. Tidak sia-sia dia mengeluarkan duit untuk mengupah penyiasat persendirian. Lisa boleh membawanya kepada Ezmir.

Kini, dia sudah berdiri dihadapan DustyPink.com, butik Lisa. Vanessa melangkah setapak ke depan sebelum dia menolak pintu kaca itu.

"Welcome to DustyPink.Com. May I help you, miss?" tanya Jannah dengan senyuman terukir manis dibibirnya.

"I nak jumpa Lisa."

"Puan Lisa tak datang ke sini hari ni. Cik nak tinggalkan pesanan ke?"

Vanessa menggeleng. "Can I have her business card?"

"Oh, boleh." Jannah menuju ke kaunter lalu sekeping kad bisnes milik Lisa diserahkan kepada Vanessa.

"Thank you." ucap Vanessa seraya menyambut kad bisnes itu dari tangan Jannah.

"Kalau boleh saya tahu, cik ni siapa?"

"I'm Vanessa."

"Vanessa? Okay, nanti saya maklumkan pada Puan Lisa tentang kehadiran cik ke sini."

Vanessa mengangguk sebelum dia menyusun langkah keluar daripada butik pengantin itu. Kad bisnes milik Lisa ditangannya, dipandang lama. Perasaan serba salah pada Lisa kembali menggunung. Rasa bersalah itu masih menghantuinya walaupun peristiwa itu sudah sepuluh tahun berlalu.

★★★

VANESSA tidak sabar bertemu dengan Ezmir ditempat mereka berdua selalu luangkan masa mereka bersama, di Boston Kebab House. Boleh dikatakan dia adalah wanita terbahagia diatas bumi ini. Dicintai oleh lelaki kacak, berkarisma dan penyayang seperti Ezmir sememangnya menjadi impian setiap wanita.

Vanessa tidak sangka setelah sekian lama dia menaruh hati pada Ezmir secara diam-diam tanpa pengetahuan Lisa, akhirnya Ezmir meluahkan sesuatu yang membuatkan dia bahagia sampai ke hari ini.

"Vee...." panggil Ezmir mengejut dibelakang Vanessa. Mereka sedang bersarapan di kafteria ketika Ezmir datang menyergah mereka.

Lisa terkejut bila dia ternampak Ezmir berada didepan matanya. Ezmir buat apa datang ke School of Fashion Design ini? Lisa seraya bangun dari bangkunya sambil mencekak pinggang. Adiknya itu ponteng kelas ke?

"What the hell are you doing here, Ezmir Syah?"

Ezmir tersengih memandang Lisa. "I have no class today, so that's why I drove here to see Vee. I'm so sorry, Lisa. I can't wait any longer. I want to confess."

Lisa tercenggang. Huh!? Apa maksud Ezmir dengan berkata begitu? Mengapa adiknya itu nekad memandu selama lebih kurang sepuluh minit dari Harvard Business School ke sini? Dan apa yang Ezmir maksudkan dengan dia nak buat pengakuan? Lisa binggung tiba-tiba.

Semua mata yang ada di kafteria itu memandang ke arah mereka. Mungkin disebabkan Ezmir bukan penuntut di universiti ini sebab itu mereka naik hairan. Ezmir merupakan seorang penuntut di Harvard Business School dalam bidang perniagaan di tahun pertama. Sementara Lisa dan Vanessa pula penuntut kolej ini dalam bidang fesyen ditahun terakhir mereka.

Vanessa menoleh kearah Ezmir. Sementara Lisa hanya berpeluk tubuh melihat gelagat mereka berdua. Senyuman yang terukir dibibir Ezmir membuatkan dia terbuai seketika.

"You came here to see me?" tanya Vanessa lambat-lambat. Perutnya seperti ada rama-rama. Oh my God! My crush talks to me.

Ezmir mengangguk. Sebelum dia menjatuhkan sebelah lututnya dilantai dan satu lagi dibengkoknya sedikit. Lagak seperti seorang lelaki hendak melamar kekasihnya.

Bukan Untuk Dicintai ( RAW / ON GOING )Where stories live. Discover now