Lama Ezmir dan Naina menyepi , kan ? 😂😂 . Saja nak cutikan dorang . Nak suruh dorang 'honeymoon' ke apa , kan . Asyik gaduh je. Hihi .
Actually , I'm working on my new story ( Cinta Tapi Ego ) but I keep the story to myself first , I only publish CTE after it finished , which means COMPLETE .
This new update of BUD , so happy reading .
_________
NAINA melangkah memasuki bangunan KTK Construction dengan penuh yakin. Jika bukan kerana Ezmir melengahkan masanya tadi, tak adalah dia tersangkut dalam jalan jammed tadi.
'Crazy! Crazy! Crazy!' maki Naina dalam hati.
Naina mempercepatkan langkahnya menuju kearah lif sebelum punat lif ditekannya. Sebaik sahaja pintu lif terbuka, Naina terus masuk ke dalam perut lif lalu punat nombor 20 ditekannya.
Naina tidak pasti sama ada Fahmi ada dipejabatnya atau tidak memandangkan dia datang ke sini tanpa memaklumkan pada Fahmi terlebih dahulu.
Pintu lif terbuka. Naina mendekati meja Husna, setiausaha arwah ayahnya. Husna adalah salah seorang pekerja yang setia bersama dengan KTK Construction walaupun dia tahu betapa buruknya situasi KTK Construction saat ini.
"Cik Naina?"
"Naina." Naina membetulkan Husna. Dari dulu sampailah sekarang dia memang tidak suka kakitangan KTK Construction menggelarnya 'Cik.' Baginya kakitangan KTK Construction sudah menjadi sebahagian daripada keluarganya. Jadi dia bukanlah 'cik' untuk mereka walaupun dia merupakan anak pemilik syarikat itu.
"Naina buat apa dekat sini?" soal Husna masih dengan reaksi terkejut.
"Fahmi ada tak? Saya nak jumpa dia." jawab Naina.
"Kejap." Husna mencapai gagang telefon lalu talian disambungkan kepada Hani, setiausaha Fahmi di tingkat 19.
"Encik Fahmi ada tak?" soal Husna.
"Encik Fahmi keluar jumpa klien." jawab Hani.
"Okey. Thank you." Husna meletakkan gagangan telefon ditempatnya semula.
"Encik Fahmi keluar." beritahu Husna.
"Takpe. Saya tunggu di pejabat ayah. Husna, awak boleh bawakan saya fail-fail berkenan dengan akaun syarikat ni. Saya nak tengok." ujar Naina sebelum dia menolak pintu pejabat diperbuat daripada kaca itu.
Husna hanya menurut. Dia kemudiannya turut masuk ke dalam pejabat arwah Tan Sri Ahmad kerana semua fail sulit diletakkan di dalam bilik itu.
★★★
"NAINA is here?" Soal Fahmi sedikit terkejut apabila Hani memaklumkan kepadanya bahawa Naina ingin bertemu dengannya.
Hani mengangguk. "Dia ada dekat pejabat Tan Sri. Dia nak Encik jumpa dia diatas."
"Baiklah."
Fahmi berdiri dari kerusi kerjanya lalu keluar daripada bilik pejabatnya. Dia menuju kearah lif. Sampai saja di tingkat 20, Fahmi terus masuk ke dalam bilik pejabat Tan Sri Ahmad.
"Naina, what are you doing here?" tanya Fahmi apabila dia nampak Naina sedang sibuk dengan fail bertimbun diatas meja kerja itu.
"I want to help. I want KTK Construction to breath again," ujar Naina serius.
Fahmi ketawa kecil. "Kau ambil fashion course, Naina. Not business course."
"Never mind. Have a seat," pelawa Naina ramah. Matanya kembali fokus pada fail ditangannya. Fail itu mengandungi maklumat pembekal untuk syarikat mereka.
"How are you?" soal Fahmi. Pertanyaan lelaki itu membuatkan Naina mengangkat kepala memandang Fahmi yang kini sudah duduk dihadapannya.
"You met me yesterday, right?" Naina senyum pada Fahmi.
Baru beberapa jam mereka tidak bertemu sejak majlis akad nikah selesai, takkan Fahmi tidak arif dengan keadaan dirinya.
Fahmi menggaru kepalanya yang tidak gatal. Malu dengan ketelanjuran bibirnya. Dia tahu dia tidak sepatutnya mengharapkan cinta Naina lagi memandangkan Naina telah pun sah menjadi isteri kepada Ezmir.
Hati Fahmi dipaut rasa serba salah. Dia tidak mampu mengotakan janjinya terhadap arwah Tan Sri Ahmad. Fahmi tidak terdaya menentang kemahuan Naina menerima Ezmir menjadi suaminya. Naina terlalu degil untuk dia atasi dan dia gagal melindung Naina dari menjadi mangsa Ezmir.
"Tak nak honeymoon ke?" Tanya Fahmi seakan memerli Naina.
Naina ketawa kecil. "Honeymoon apanya, Mie. Kalau kita orang kahwin sebab cinta, mungkinlah kut. Tapi kita orang kahwin sebab masing-masing ada kepentingan."
Fahmi memandang Naina dengan pandangan simpati.
"Don't look me like that, Mie. You know me, I'm a strong girl. He can't break me so easily."
"He's ruined your life, Naina."
"Never mind. I'm okay. One fine day, he will taste his own medicine. Just let him be. Right now, I need you to help me here." pinta Naina.
Fahmi mengangguk. "I'll help you."
"Thank you." ucap Naina sambil menguak rambut yang menutupi wajahnya ke belakang.
Tidak semena-mena Fahmi ternampak 'tanda' yang telah ditinggalkan oleh Ezmir dileher Naina. Wajahnya menjadi ketat tiba-tiba. Dia tidak tahu kenapa dia rasakan wajahnya membahang. Dia juga tidak pasti perasaan apa yang dikuasainya saat ini. Cemburu atau marah terhadap Ezmir.
'Naina dah jadi milik dia, Fahmi. Zahir dan batin.' Ejek suara mindanya.
'Pasti dia paksa Naina. Naina masih waras, dia tidak akan biarkan lelaki macam Ezmir menyentuhnya.' Jawab satu suara lain. Dia sedang berperang dengan dirinya sendiri.
'Tapi Ezmir suami dia. Kau siapa?'
Fahmi diam. Ya. Siapa dia jika dibandingkan dengan Ezmir? Ezmir ada hak menyentuh Naina memandangkan dia suami Naina.
Ezmir mengeluarkan sapu tangan dari kocek seluarnya lalu diserahkan kepada Naina.
"Cover your neck."
"What wrong with my neck?" soal Naina cemas sambil meraba-raba lehernya.
"I guess Ezmir left his 'mark' there."
Biji mata Naina terbuntang. What mark!? Oh my God, malunya dia pada Fahmi. Tak guna punya Ezmir! Pantas Naina mengambil sapu tangan Fahmi sebelum dia bangkit dari kerusi kerjanya menghilang disebalik pintu bilik air di dalam pejabat itu.
Naina menarik koler kemeja satin yang dipakainya sedikit ke tepi. Matanya terpandang love bite yang masih lagi merah itu.
'Hisy! Tak guna.' Marah Naina. Airmata hampir saja jatuh ke bumi. Malunya dia bukan main lagi pada Fahmi.
Dalam ramai-ramai manusia, kenapa mesti Fahmi yang nampak? Mesti Fahmi fikir dia sebenarnya suka dengan perkahwinan ini. Ya Allah, Naina! What are you thinking? It's too late to turn your back now.
Ezmir sudah berjaya membuktikan bahawa dia adalah milik lelaki itu zahir dan batin. Dan Fahmi menjadi 'saksi' kejayaannya itu. Well done, Ezmir! Well done!
______
Kalau ada yang perasan nama syarikat ayah Naina tu kejap company , sekejap construction . Well , ai nak beritahu . Company ( belum diedit ) , Construction ( dah diedit ) . Jadi tak payah binggung. Wattpad ni tak update apa yang ai dah edit tu la pasaiii 😂😂😂
Macam mana ? Okey tak cite ni ? Drop your comment about this chapter not your request , okay 👌👌✌✌✌
YOU ARE READING
Bukan Untuk Dicintai ( RAW / ON GOING )
Romance"I thought I could make you fall in love."