Sis nak tanya , so far siapa yang tak faham tentang cerita nie ? Boleh kongsi tak chapter favourite korang mana satu ? 😂😂😂 . Tapi kan mengikut statistik setiap chapter , yang paling banyak view adalah BAB 23 😂😂😂 . Nakal tau 😄😄😄 . Bab kahwin mesti bab favourite kan 😜😜😜
#26 ( 12.11.2016 ) . Thank you guys 😘😘
P/S : Sis tunaikan janji . Here the chapter 24 for you all .
_______HEMBUSAN nafas menampar ditengkuk Naina yang terdedah membuatkan dia terjaga dari tidurnya. Sempat jam lonceng di atas meja lampu dikerling Naina. Dah pukul 5.30 pagi.
Biasanya dalam waktu-waktu begini Naina akan berjoging selama setengah jam sementara menunggu masuknya waktu subuh. Hari ini dia bangun sedikit lewat dari kebiasaan. Letih kut, desis hati Naina. Tiba-tiba dia merasakan pipinya bertukar suhu.
Matanya turun memandang tangan kekar Ezmir yang erat memeluk pinggangnya daripada belakang. Posisi mereka saat ini tersangat rapat hingga tak sudah-sudah Naina jadi malu sendiri.
Naina cuba bangkit namun gagal. Tautan tangan suaminya itu sukar untuk dileraikan. Dia cuba mengalihkan tangan Ezmir pelahan dari terus memeluk pinggangnya tanpa mengejutkan suaminya itu dari tidur.
'Kalau dia terjaga nanti nak letak muka dekat mana', desis hati Naina. Terus terang dia katakan, dia malu berdepan dengan Ezmir sekiranya lelaki itu terjaga dari tidurnya saat ini.
Selepas berjaya meletakkan tangan Ezmir diatas tilam, cepat-cepat Naina mencapai tuala yang terdampar diatas lantai lalu dililitkan pada tubuhnya. Tanpa berlengah, Naina terus menghilang disebalik pintu bilik air.
****
"AWAL Naina bangun pagi nie," tegur Mak Mah dengan senyuman penuh makna terhias dibibir wanita itu.Naina malu jadinya. Dia menapak masuk ke ruang dapur sambil menundukkan kepalanya sedikit. Ditariknya kerusi meja makan lalu duduk disitu.
"Malulah tu," usik Mak Mah lagi.
"Mak Mah..."
Mak Mah tersenyum melihat kulit wajah Naina dah serupa dengan udang kena bakar.
"Tak joging ke?" Soal Mak Mah. Jika dia mengusik Naina berterusan takut pula dia anak kesayangan arwah majikannya itu terasa hati.
"Dah lewat. Nantilah lepas subuh. Sekarang nie Naina nak tolong 'tengok' Mak Mah buat sarapan." Ujar Naina berseloroh.
"Naina tu dah jadi isteri orang. Ringan-ringankan tangan dan kaki tu masuk ke dapur. Masak untuk suami. Nanti takdelah suami Naina tu terfikir nak cari lain." Ujar Mak Mah panjang lebar.
Naina memuncungkan bibirnya. "Biarlah dia nak cari lain ke apa. Naina tak kisah. Lagipun Naina masih muda, masih cantik. Kalau dia dah tak nak dekat Naina, Naina kahwin je dengan Fahmi." Laju saja mulut Naina mengatur ayat.
Lengan Naina dicubit pelahan sebelum Naina mengadu kesakitan.
"Syyyy... Apa cakap macam tu? Nanti dengar suami Naina tu tak ke dia terasa hati." Marah Mak Mah pelahan.
Naina menggosok-gosok lengannya pelahan. Walaupun cubitan Mak Mah tu tak adalah sakit mana.
"Naina bergurau je," kata Naina tidak ikhlas. Naina sebenarnya tak kisah Mak Mah. Naina lebih suka kalau dia tinggalkan Naina, sambungnya dalam hati.
"Naina naik dululah. Nak solat. Mak Mah cuti kan? Naina tahu." Usik Naina lagi. Tapi belum sempat Mah Mah menjawab dia sudah berlari anak menuju ke anak tangga.
"Bertuah punya budak," ujar Mak Mah sambil menggeleng-gelengkan kepalanya sebelum dia meneruskan rutin hariannya itu.
****
EZMIR meraba-raba tilam disebelahnya dengan mata yang masih tertutup. Kosong. Pelahan-lahan dia membuka matanya. Kelibat Naina langsung tidak kelihatan di dalam bilik itu.
YOU ARE READING
Bukan Untuk Dicintai ( RAW / ON GOING )
Romance"I thought I could make you fall in love."