"Why do I love you like I do." - Westlife
♡♥♡♥♡
SUDAH hampir seminggu Vanessa mengurungkan diri di dalam apartmennya. Sakit didalam hatinya sudah tidak mampu dibendung lagi. Dia cemburukan Naina. Dia cemburukan layanan mesra Ezmir terhadap gadis itu walaupun Naina seakan tidak berminat dengan layanan Ezmir itu.
Vanessa mencapai botol Jack Daniels diatas meja kopi sebelum diteguknya rakus. Selama seminggu hanya itu yang mampu memenuhi seleranya. Minda dan hatinya penuh dengan nama Ezmir Syah. Tidak lama selepas itu, airmata jatuh dipipinya.
“What the hell is going on here?” tanya Lisa sebaik saja dia membuka pintu apartmen itu daripada luar. Mujur saja dia ada kunci pendua apartmen itu.
Apartmen itu dipenuhi dengan bau minuman keras. Cepat Lisa mengatur langkah ke ruang tamu. Kelihatan Vanessa sedang duduk diatas sofa sambil merenung ke luar.
“Vee...” panggil Lisa lantang.
Lambat-lambat Vanessa berpaling. Alkohol sudah mula memainkan peranannya.
“Lisa.” Dia melambai-lambai kearah Lisa sambil tersenyum.
Lisa menapak mendekati sofa yang diduduki Vanessa lalu botol alkohol ditangan Vanessa ditarik kasar. Botol itu dicampak masuk ke dalam tong sampah yang terletak di dapur.
“Apa you buat ni Vee?” tanya Lisa sambil mencekakkan pinggangnya dihadapan Vanessa.
“I buat apa?” soalnya kembali.
Lisa mengeluh. Jika Vanessa bukan teman rapatnya sudah pasti dia tidak mahu terlibat dalam permasalahan wanita ini.
“You minum nie sebab Steve ke?”
“Steve?” Vanessa ketawa kecil. Steve sudah lama terhapus dari senarai hidupnya. Siapa perlukan Steve? Dia cuma perlukan Ezmir Syah, cinta sejatinya. Vanessa menangis dalam hati.
“Kalau bukan Steve dah tu siapa?”
Vanessa ketawa lagi. Lisa tidak tahu ke atau saja buat-buat tak tahu? Bukankah Lisa sahabat baiknya? Pisau buah di dalam bakul kecil dicapainya.
Lisa jadi cuak. Vanessa sanggup mencederakan dirinya sendiri jika dia mengalami tekanan yang ekstrem.
“Vee, give me that knive,” pinta Lisa sambil menyuakan tanganya pada Vanessa.
“Syah... He doesn't love me anymore,” tangis Vanessa pelahan.
Oh, baru Lisa dapat mengagak situasi sebenar. Vanessa dalam keadaan sebegini disebabkan oleh Ezmir? Adik lelakinya?
“Syah? My brother?” soal Lisa dengan nada sedikit terkejut.
“You fikir siapa, Lis? Syah adalah lelaki yang sangat I cintai. He's the one.” ujarnya dalam tangis.
“You loved him but you left him instead. You tinggalkan Ezmir sebab Steve and now you tinggalkan Steve untuk Ezmir. Itu bukan cinta, Vee. Itu pentingkan diri sendiri namanya.” kata Lisa seakan sengaja menyindir sahabatnya itu.
“Syah tinggalkan I hampir setahun tanpa khabar berita, Lis. He left me!” bidas Vanessa.
Lisa menggelengkan kepalanya. Vanessa sudah salah faham. Peristiwa sepuluh tahun lepas kembali berputar dalam ingatannya. Memang benar Ezmir meninggalkan Vanessa sendirian diperantauan tetapi Ezmir tidak meninggalkan Vanessa kerana suka-suka. Dia terpaksa berbuat demikian. Tidak! Mereka terpaksa berbuat demikian.
“Ten years ago, when Ezmir 'left' you dia tak tinggalkan you sebab suka-suka. Dia balik Malaysia sebab our family kena musibah. Ibubapa kami terbunuh dalam kemalangan jalan raya. Tapi you tak sanggup tunggu dia selama itu dan bila dia kembali he knew you're already someone else's.” ujar Lisa panjang lebar. Memang Vanessa sahabat baiknya tetapi Ezmir adalah darah dagingnya. Sudah tentu dia berpihak kepada adiknya.
Vanessa memandang Lisa. Kenapa baru sekarang dia tahu pasal ini? Kenapa tidak sepuluh tahun yang lepas? Kenapa? Rasa serba salah sudah menggunung didalam hatinya terhadap Ezmir.
“Kenapa baru sekarang you beritahu I, Lisa? I thought you were my friend,” tangis Vanessa teresak-esak.
“Bila kami balik semula ke US, I memang nak beritahu you pasal parents kita orang tapi bila I dapat tahu you bersama dengan Steve then I realized, you don't deserve my brother.”
Vanessa tersenyum dalam tangisnya. Jadi benarlah Ezmir sudah melupakan dia. You don't deserve my brother? Kata-kata Lisa bermain dalam mindanya seperti cakera rosak. Sakit bila dia mengenangkan kata-kata itu.
“Ya. I don't deserve your brother. No one deserves me. Right, Lisa?”
“Kembalilah pada Steve, Vee. He's still your husband anyway.”
“No! I don't want him. I want Syah. Do you understand me? I want Syah!” jerit Vanessa tiba-tiba. Dia seakan histeria. Macam orang tak betul pun ada juga. Mungkin dek sebab pengaruh alkohol didalam sistem pembuluh darahnya sedang tersebar.
“Stop it Vee! Kalau you buat macam nie sekalipun, Ezmir takkan kembali pada you. Ezmir yang you cintai sepuluh tahun lepas, he's gone. He's not the same person anymore.”
“Then, apa makna I hidup lagi? Kalau Syah dah tak sama dengan Syah yang I cintai dulu, apa maknanya hidup I Lisa?”
“Steve loves you. You told me that.”
“I don't love him.”
“Kalau you tak cintakan Steve kenapa you tinggalkan Syah dan kahwin dengan dia?!” jerkah Lisa. Dia sudah semakin hilang sabar dengan perangai Vanessa.
Jika Vanessa kembali ke Malaysia semata-mata hendak memporak-perandakan rumahtangga Ezmir, Lisa tidak sesekali benarkan hal itu terjadi. Memang dia tidak tahu bagaimana hubungan diantara Naina dan Ezmir terjalin, cuma yang dia tahu adiknya itu cintakan Naina.
Senyuman Ezmir bila bersama dengan Naina sama seperti senyuman yang pernah Ezmir hadiahkan kepada Vanessa satu ketika dahulu. Senyuman yang terukir dibibir Ezmir itu adalah senyuman kebahagian.
Dia fikir dia tidak mampu lagi melihat senyuman adiknya itu setelah sekian lama namun Lisa harus berterima kasih pada Naina kerana berjaya membuatkan adiknya itu jatuh cinta lagi.
Lisa tahu Ezmir enggan mengakui hakikat bahawa hatinya sudah berjaya ditawan Naina tetapi Lisa adalah wanita yang telah mengenali Ezmir lebih daripada lelaki itu mengenali dirinya sendiri. So, kehadiran Vanessa di Malaysia sangat tidak dialu-alukan.
“Forget him. Back to Steve. You touch my brother or my sister-in-law, you will answer me. Don't say I didn't warn you, Vee.” ujar Lisa sebelum dia memusingkan tubuhnya membelakangi Vanessa.
Dia melangkah ke arah pintu apartmen. Tombol pintu dipulas pelahan lalu menghilang disebalik pintu itu.
Vanessa melemparkan pisau ditangannya ke dinding. Tangan naik meraup wajahnya yang kusut. Dia tidak berani menerima hakikat bahawa Ezmir bukan miliknya lagi.
‘I love him. I really do.’ rintih hati Vanessa.
_______
The next update will be late . So , untuk 50k views saya belanja 2 updates . I really love read your positive comments 😊😊😊 it makes me want to finish my book as soon as possible .
So guys , let me focus 😣😣😣 . Jangan 'goda' saya dengan your sweet comments 😂😂😂 .
I love my fellow followers , readers and voters 😘😘
Love ,
S.H
![](https://img.wattpad.com/cover/83500501-288-k839300.jpg)
YOU ARE READING
Bukan Untuk Dicintai ( RAW / ON GOING )
Romansa"I thought I could make you fall in love."