BAB 22

7.7K 344 8
                                    

Thank you for 10K views and 500+ votes guys . Because all of your kindnesses , Bukan Untuk Dicintai has reached #67 in Romance . Thank you 😊😊

Yes ! We made it 👏👏👏 . Congratulation to us . 😂😂😂

Two chapters of Bukan Untuk Dicintai for you all tapi chapter 23 sis akan up hari sabtu nanti. Until then, enjoy the chapter 22 .

Publised without edited . So read by your own risks . 😊😊😊

_________

NAINA kini telah sah menjadi milik Ezmir dengan dua kali lafaz. Naina tidak tahu sama ada dia perlu menarik nafas lega ataupun sebaliknya. Menerima Ezmir menjadi sebahagian dalam hidupnya bukanlah sesuatu yang dia pernah bayangkan.

Baru empat bulan lepas dia kembali ke Malaysia. Lepas itu, dia dikejutkan dengan berita Faith's Villa bukan lagi milik keluarganya. Sesudah itu, Ezmir tampil memberikan cadangan kepadanya untuk menebus Faith's Villa semula. Segalanya berlaku serentak dalam satu masa yang sama.

Naina kembali ke dunia asal apabila Mina disebelah menyiku tangannya pelahan. Saat ini, Ezmir sudah duduk beralaskan kaki dihadapannya. Lelaki itu hendak menyarungkan cincin dijarinya. Menyarungkan tanda bahawa Faith Naina adalah milik mutlak Ezmir Syah. Ya Allah! Tak naknya hadap situasi ini.

Mina menghulurkan tangan kanan Naina kepada Ezmir apabila Naina langsung tidak terkutik hendak menyerahkan tangan kanannya untuk disarungkan cincin dijari manis itu.

Ezmir menyambut tangan mulus itu sebelum menyarungkan cincin platinum bertakhta berlian lima karat dijari manis Naina.

"Salam tangan suami tu Naina," arah Mak Mah dibelakang Naina.

Mak aiii, nak kena salam juga ke? Sarung cincin dahlah, desis Naina dalam hati. Lambat-lambat tangan kanan Ezmir dicapai lalu dikucupnya pelahan.

Hati Ezmir terusik apabila Naina mengucup tangannya lembut. Entah sedar mahupun tidak, Ezmir tunduk lalu mengucup dahi Naina pelahan. Dia rasa bahagia buat seketika.

"I'm so sorry I'm late." Kata Lisa dengan riak sedikit rasa bersalah ketika mereka sedang menuju ke tempat letak kereta.

Ezmir berhenti dihadapan Lisa sambil memeluk tubuh. Wajahnya masam. Dia sangat-sangat terasa hati apabila satu-satunya keluarga yang dia ada diatas muka bumi ini tiada bersama dihari bahagiannya.

Naina yang berdiri disebelah Ezmir hanya memerhatikan kemesraan pasangan ini. Naina tahu reaksi wajahnya sudah berubah jadi dia sedaya upaya mengawal perasaan... cemburu? Entahlah.

"You're so late, Lisa."

"I'm truly sorry. Luna demam." ujar Lisa sambil tubuh Ezmir yang masih berpeluk tubuh itu didakapnya sebelum dia menghadiahkan sebuah kucupan dipipi kanan Ezmir.

Naina tergamam. What the heck is going on here? Naina sudah tidak boleh berada disitu lama-lama. Baru Naina hendak melangkah ke arah Mak Mah dan Mina, tangannya diraih oleh Ezmir sebelum pinggangnya dipeluk erat oleh suaminya itu.

Dasar!! Dah kau biarkan mistress kau peluk kau didepan isteri kau, sekarang nie kau peluk aku pula dihadapan mistress kau, marah Naina dalam hati.

"Asal muka kau merah?" Tegur Ezmir seakan kedengaran mengejek pada halwa telinga Naina.

Lisa tersenyum. "You tak beritahu Naina ke tentang hubungan kita?" Soal Lisa pada Ezmir.

Ezmir menggeleng.

"You're so bad Ezmir. Don't you know that?"

Ezmir hanya tayang senyum. Alahai, mata dan telinga Naina dah berbulu melihat dan mendengar perbuatan mesra merpati dua sejoli ini.

Tidak lama selepas itu, Lisa memeluk tubuh Naina. Sebelum dia berbisik sesuatu ditelinga Naina.

"Welcome to our family, sister-in-law." Ucap wanita elegen itu pelahan sebelum merenggangkan pelukkannya.

"Sis... Wha... What?" Tergagap Naina bertanyakan soalan itu. Dia dah berfikiran bukan-bukan pasal mereka berdua. Sister-in-law? How?

Ezmir dan Lisa serentak menertawakannya. Membuatkan Naina sedikit berjauh hati.

"I'm so sorry sayang, I tak boleh jelaskan pada you sekarang. I kena bawa anak I ke klinik. But you have Ezmir for the rest of your life so you boleh tanya dia dari A sampai Z. Okay? Now, I need to go. By the way, congratulation." Ucap Lisa sebelum melangkah meninggalkan Naina dan Ezmir disitu.

Naina menoleh ke kanan. Sisi wajah Ezmir dipandangnya. "Explain."

"What for?"

"Ezmir..."

"Kau ikut driver kau balik ke rumah kau. Aku ada hal nak kena settle dekat office," ujar Ezmir sambil melangkah ke arah keretanya. Kelihatan Fitri sudah lama berdiri di luar kereta BMW itu bersama dengan Rizman, pemandu Ezmir.

Naina mengetap giginya kuat. Geram betul dia dengan Ezmir saat ini. Suka sangat nak buat orang tak suka dengan dia.

"Why?" Soal Fahmi entah dari mana munculnya.

Naina menggeleng pelahan. "Terima kasih tau datang, Mie. Aku minta maaf aku tak ada niat pun nak buat kau terasa hati hari tu."

"Takpe. Aku faham. Aku kan kawan kau, lupa ke Puan?" Usik Fahmi.

"Alamak! Aku lupa aku dah jadi Puan. Aku baru 22 tahun tau dan aku dah jadi puan. Wow, sukanya!" Kata Naina tidak berperasaan.

"Banyaklah kau punya lupa. Dah pergi balik. Kesian Pak Halim tu dah lama sangat tunggu kau."

"Ha'ah. Nanti kita jumpa lagi." Ujar Naina sambil melambaikan tangannya.

"Inshaa Allah. Kau tu dah jadi isteri orang, jangan lupa. Tapi kau kena lapor pada aku kalau mamat berlagak tu buli kau."

Naina membentukkan 'okey' menggunakan jarinya sebelum dia masuk ke dalam perut kereta. Tidak sampai seminit, kereta yang dipandu oleh Pak Halim sudah keluar dari kawasan masjid.

Fahmi melepaskan satu keluhan yang agak berat. Walaupun persahabatan mereka agak renggang seminggu yang lalu namun layanan Naina terhadapnya masih sama. Masih mesra seperti tidak ada persengketaan yang berlaku diantara mereka.

Dalam hati, Fahmi berdoa. Dia harap Naina pada hari ini akan kekal pada hari-hari yang mendatang. Fahmi tidak mahu Ezmir mempengaruhi mood ceria Naina.

Naina adalah seorang gadis yang masih mampu tersenyum saat hatinya diluka beribu kali. Masih mampu menceriakan orang lain saat dirinya rapuh.

Aku tetap sayang kau, Naina. Dan kau tahu sayang aku terhadap kau lebih dari seorang sahabat. Berbahagialah, Naina. Aku akan merampas kau kembali jika Ezmir tidak mampu menghargai kau. Itu janji aku.

__________

Alahai, sis segan pula nak tulis part malam pertama Naina dan Ezmir 😊😊😊 . Gataiii na 😂😂😂

As always , jangan lupa vote bebanyak tau. Lebih banyak vote dan view, lebih semangat sis nak siapkan cerita nie. 😄😄

Thank you for all your supports . Sis cuma penulis amatur yang tersangat minat dengan dunia penulisan novel . Segala silap dan kekurangan , harap dimaafkan .

Love ,

S.H.

P/S : Chapter mana yang menjadi favourite korang ? Nak tanya . 😊😊

Bukan Untuk Dicintai ( RAW / ON GOING )Where stories live. Discover now