#17 in Romance ( 18.11.2016 ) 😍😍😘😘
_________NAINA baru hendak bersiap apabila pintu biliknya ditolak agak kasar dari luar. Tersembul wajah serius Ezmir. Kalau hari-hari macam ini, percuma saja Naina kena serangan penyakit jantung.
Naina mendengus sebelum menjulingkan matanya ke atas. Dia
meneruskan aktiviti 'menconteng wajahnya' yang terbengkalai tadi."Where are you going?" Soal Ezmir sambil memeluk tubuh. Tubuh Naina yang sedang duduk dihadapan meja solek, dipandang.
Hari ini, isterinya mengenakan pakaian formal ke pejabat. Kemeja putih bermaterialkan satin dan dipadankan pencil skirt berwarna hitam paras atas lutut. Cantik.
"Faith Naina binti Ahmad." Panggil Ezmir.
Naina mendengus sebelum badannya dipusing menghadap Ezmir yang masih berdiri sambil menyandarkan belakangnya disebelah pintu.
"Yes, Ezmir Syah bin Arif Fauzan." Jawab Naina.
"I'm asking you where are you going? Tak faham ke?"
"Office." Jawab Naina ringkas.
"Office siapa?"
"Office ayah sayalah. Takkan office awak kut." Jenuh jugalah Naina hendak menjawab pertanyaan macam berada dalam lockup.
KTK Company? Jumpa Fahmi ke? Ezmir mula memikirkan perkara yang bukan-bukan dalam mindanya. Naina baru sehari menjadi miliknya dan Ezmir sangat arif, Fahmi takkan mengalah semudah itu. Dia masih ada perasaan terhadap Naina.
Perasaan Fahmi begitu jelas terpancar di dalam matanya. Saat dia memandang Naina diijabkabulkan semalam, Ezmir tahu hati lelaki itu menangis. Ke Naina saja memberi harapan pada lelaki itu?
"Nak buat apa ke sana?"
Naina menjegilkan matanya. "Entahlah. Saya tak fikir lagi. Mungkin basuh kain kut." Jawab Naina. Sinis.
"Naina!" Suara Ezmir dah naik satu oktaf.
Pantas Naina berdiri dari kerusi meja soleknya. Tubuh kurus tinggi milik Ezmir ditatap geram.
"Boleh tak jangan tanya saya macam awak tu polis pencen? Kenapa awak sibuk sangat dengan urusan saya? Walhal, saya langsung tak sibuk pun pasal hal awak. Awak tak fikir yang awak berhutang penjelasan pada saya?" Sinis Naina melemparkan persoalan itu.
Berkerut dahi Ezmir. "Penjelasan?"
"See? Awak saja buat-buat lupa. So, stop soal siasat saya. Awak dengan hal awak, saya dengan hal saya. We have a deal?"
"No. Aku suami jadi aku yang berhak buat keputusan."
"Itu kalau awak jadi suami saya dalam erti kata yang sebenarnya. Kita tak berkahwin sebab kita rela. Kita berdua terpaksa berkahwin. Jadi tak payah mention pasal hak, boleh."
"Rela tak rela kita memang suami isteri yang sah zahir dan batin." Ujar Ezmir. Saja ayat 'zahir dan batin' itu ditekannya. Tak pasal-pasal Naina jadi geram.
"Malaslah saya nak layan awak. One more thing, apa pun hubungan awak dengan Lisa saya tak nak ambil tahu."
"Good."
Naina menjeling sebelum tas tangan diatas meja soleknya dicapai lalu disangkut pada bahu kirinya.
"Wahai suamiku, saya nak keluar. Boleh?" Naina saja memaniskan wajahnya.
"Kalau aku tak benarkan?"
"I'm sorry, then. Sebab saya kena jumpa Fahmi hari ini dan pada masa-masa akan datang," ujar Naina seakan mencabar suaminya itu.
Ezmir bergerak mendekati Naina sambil memeluk tubuhnya.
"Kau saja nak cabar aku ke Naina?" soalnya pelahan dan tajam.
"Tak. Saya cuma nak jalankan tanggungjawab saya sebagai anak pemilik KTK Company." jawab Naina.
"Fahmi kan ada."
"Fahmi cuma peguam dan penasihat saja. Dia bukan waris syarikat itu."
Ezmir menarik nafas sebelum matanya dipejam pelahan.
"Kenapa baru sekarang kau nak berlagak macam waris KTK Company? Kenapa tak dulu masa ayah kau mula-mula mati?" soalnya pelahan namun kedengaran agak panas pada telinga Naina.
Naina mengecilkan matanya memandang Ezmir. Boleh Ezmir bertanya soalan itu pada dia? Dia mengalami tempoh kesukaran sejak ayahnya meninggal dunia dan Ezmir menambahkan kesukaran itu dengan mengugut hendak merampas Faith's Villa darinya. Sekarang lelaki itu bertanyakan soalan itu kepadanya? Naina ketawa sinis dalam hati.
"Berlagak ke Ezmir? Tapi bagi saya itu dah menjadi tanggungjawab saya. Take over my dad's company is my responsibility. Don't you think so?" sinis Naina bertanyakan soalan itu.
Ezmir memandang tepat ke dalam anak mata Naina. Dia marah tapi dia akui apa yang dikatakan oleh Naina itu ada betulnya. Jika bukan Naina siapa lagi hendak mengambil alih KTK Company. Fahmi? Dia tak ada kena mengena pun dengan KTK Company.
"You can go but with one condition."
"What is it?"
Ezmir menjatuhkan tangannya ke sisi sebelum dia mengatur langkah setapak demi setapak ke arah Naina.
Naina menjadi cuak melihat perubahan pada wajah Ezmir. Naina kenal dengan riak wajah itu. Riak wajah yang menginginkan sesuatu. Apa dia? Naina tertanya dalam hati. Dia terundur beberapa langkah ke belakang. Makin dia mundur makin jugalah Ezmir mara, sehinggalah belakang Naina 'mencium' dinding. Dia menemui jalan buntu.
"What do you what?" tergagap-gagap Naina bertanyakan soal itu.
Kedua-dua tangan Ezmir dilekapkan di dinding. You can't escape so easily from me, Naina.
"I want this." ujar Ezmir.
Belum sempat Naina membuka mulut hendak membantah, Ezmir terlebih dahulu melekapkan bibirnya disitu. Dibibirnya. Lama. Hingga boleh membuatkan Naina kehabisan nafas.
Ezmir memisahkan tautan bibir mereka. Dia tersenyum mengejek sebelum leher Naina menjadi mangsanya yang seterusnya.
"Done." kata Ezmir. Dia tersenyum puas apabila dia berjaya meninggalkan 'tanda' dileher Naina.
Sempat dia menghadiahkan senyuman sinis pada Naina sebelum dia meninggalkan Naina sendirian di dalam kamar tidur itu.
Naina cepat-cepat mencari udara untuk disedut. Dadanya turun naik dek terlalu lama menahan nafasnya. Perbuatan tidak terduga Ezmir itu membolehkan dia mengucapkan selamat tinggal pada dunia ini.
'What in the world is he doing? Crazy bastard.' Maki Naina dalam hati.
Dia menyusun nafas sehinggalah dia rasakan dia boleh bernafas seperti biasa.
'That's your job to make him fall in love with you, Naina. And that's not your job to fall in love with him.' Naina memarahi dirinya dalam hati.
'He's crazy, Naina. Just crazy.'
________
DONE . Sis tak berapa sihat sebab tu tak dapat nak up chapter so soon . But here we are .
Maybe the last update or maybe not . I really work on the manuscript right now . Ada berita baik sis akan habaq kat hangpa semua na 😍😍😍
Teruskan vote , comment , follow and share my stories .
Kalau sis murah hati nanti sis belanja teaser for the next chapter 😂😂😂
Keep supporting my works . This is not the farewell 👐👐👐 . See you in my another works .
Love ,
S.H 😘😘
YOU ARE READING
Bukan Untuk Dicintai ( RAW / ON GOING )
Romance"I thought I could make you fall in love."