BAB 15

8.3K 307 6
                                    

Thank you for 2K views , guys . This is another chapter for you . So keep voting ✌✌✌ .
_______

SUDAH dua hari berlalu sejak kali terakhir Ezmir menjejakkan kakinya ke Faith's Villa. Sejak dua hari itu juga fikiran Naina diasak oleh jawapan yang seharusnya dia berikan kepada Ezmir.

Kalau ikutkan hati, jawapan Naina sememangnya 'TIDAK'. Buat apa dia berkahwin dengan orang yang dia tidak cintai. Tambah-tambah lagi bila dia ketahui lelaki itu juga tidak mencintai dia.

Naina menggeleng kepalanya laju-laju. Cuba mengusir fikiran yang bakal menghasut mindanya. Perkahwinan yang bakal terjadi diantara dia dan Ezmir adalah salah satu cara untuk dia melangsaikan hutang arwah ayahnya.

Naina tahu dia seharusnya putus asa sahaja terhadap Faith's Villa. Tapi Naina tidak mampu berganjak dari keputusan yang telah dibuatnya. Dia tidak boleh menyerah kalah sebelum berperang.

Naina mendengus. Ezmir tidak memberikan dia banyak pilihan. Jika dia berikan Ezmir jawapan 'tidak', rumah ini bukan lagi miliknya. Jika 'ya', Naina tidak tahu bagaimana dia hendak menjalani kehidupannya sebagai isteri kepada Ezmir, musuh ayahnya dalam diam.

Naina mendengus lagi. Kali ini sedikit kuat dan keras.

“Kenapa ni Naina? Ada masalah ke? Nak kongsi dengan Mak Mah?” Tegur Mak Mah dari arah belakang Naina. Dia mendekati Naina yang sedang duduk bersantai di gazebo dihalaman belakang Faith's Villa sambil membawa dulang berisikan teko dan kuih muih.

“Mak Mah, duduklah sini. Temankan Naina.” Ajak Naina manja sambil menepuk-nepuk kerusi disebelahnya.

Mak Mah hanya menurut permintaan cik mudanya itu sambil tangannya ligat menuangkan air teh ke dalam cawan kaca sebelum ditolak pelahan ke arah Naina.

“Apa pendapat Mak Mah kalau Naina kahwin dalam usia Naina sekarang ni?” tanya Naina tiba-tiba sambil dia memandang jauh ke hadapan. Fikirannya kosong sebenarnya saat ini.

“Naina dah ada calon ke?” Soal Mak Mah sambil tersenyum sumbing.

Naina menggeleng.

Mak Mah pelik. “Habis, macam mana nak kahwin kalau calon tak ada?”

“Kalau Naina cakap Naina terpaksa kahwin.”

Mak Mah mengerutkan dahinya. “Terpaksa? Naina...” Adakah Naina...? Hisy, Naina bukan gadis macam tu. Mustahil Naina hamil diluar nikah. Tak mungkin.

Naina ketawa melihat raut wajah Mak Mah sudah berkerut seribu. “Asal muka Mak Mah macam tu?” Tanya Naina dengan tawa yang masih bersisa.

“Naina tak buat benda-benda tak elokkan sampai memaksa Naina nak kahwin muda?”

Dalam hati Naina mengucap. “Naina waras lagilah Mak Mah. Naina takkan buat benda tak elok tu, trust me.” Ujar Naina sambil mengedipkan sebelah matanya ke arah Mak Mah.

“Naina nak kahwin dengan siapa?” Soal Mak Mah selepas hampir lima minit mereka membisu.

“Tuan baru rumah ni.” Spontan Naina menjawab.

“Lelaki hari tu ke?”

Naina mengangguk. Kenapa Naina nak kahwin dengan lelaki baran macam tu? Ya Allah, tengok dari cara dia tengking Naina hari itu, dia sudah boleh mengagak Ezmir lelaki yang macam mana. Itupun sebab Mak Mah curi dengar perbualan mereka berdua hari itu.

“Naina serius ke? Mak Mah tengok dia tu panas baran.”

“Naina terpaksa Mak Mah,” ujar Naina pelahan sambil meneguk secawan teh yang dibancuh oleh Mak Mah.

“Naina terpaksa sebab Naina tak nak lepaskan rumah ni, kan?” Soal Mak Mah.

Sekali lagi Naina mengangguk. Nampaknya Mak Mah sudah mula faham kenapa dia mengambil keputusan untuk mengahwini lelaki yang dia langsung tidak kenali hati budinya itu.

“Naina...” jari jemari Naina diraih. “Lupakan rumah ni. Kita mulakan hidup baru di kampung Mak Mah. Di kampung, Mak Mah ada sebidang tanah. Inshaa Allah dengan tanah tu kita boleh sara hidup kita berdua.”

Naina senyum. “Terima kasih, Mak Mah. Naina sangat-sangat hargai pelawaan Mak Mah tu tapi rumah ini milik Naina. Naina tak sanggup tengok orang lain memiliki rumah ni.” Kata Naina dengan nada kesayuan. Pandangannya dibuang ke arah Faith's Villa berdiri indah di depannya.

“Rumah ni banyak menyimpan kenangan Naina bersama arwah Ibu. Ibu hanya dipinjamkan kepada Naina selama dua belas tahun, Mak Mah.

Sepuluh tahun selepas itu, ayah pula menyahut seruan Ilahi. Too much memories in this house, so Naina tak sanggup nak give up.

Pelahan airmata yang bertakung ditubir mata jatuh membasahi pipi. Naina menggelengkan kepalanya. “Naina tak sanggup.”

Mak Mah jatuh kasihan pada Naina. Gadis itu masih terlalu muda untuk menghadapi ujian besar sebegini. Mak Mah berdiri dari kerusi yang didudukinya sebelum tubuh langsing Naina yang masih duduk itu didakapnya.

“Mak Mah tahu Naina sayangkan kenangan yang tercipta dalam rumah ini. Mak Mah pun. Tapi kalau perkahwinan yang bakal terjalin diantara Naina dan dia itu membebankan Naina, baik lupakan saja.” Ujar Mak Mah. Dia tidak mahu melihat gadis secekal Naina musnah dalam tangan lelaki yang bakal bergelar suami kepada Naina nanti.

“Naina tak boleh undur diri sekarang Mak Mah. Naina terpaksa walaupun jawapan Naina sangat bertentangan dengan keputusan yang bakal Naina ambil ni. He wants me and I want this house, my house.” Tekan Naina.

“Kalau dah itu keputusan Naina, Mak Mah tak mampu nak halang. Mak Mah cuma mampu agar dia akan membahagiakan Naina suatu hari nanti.”

“Terima kasih, Mak Mah.”

Bukan Untuk Dicintai ( RAW / ON GOING )Where stories live. Discover now