BAB 36

5.3K 246 26
                                    

FIRST DRAFT ( UNEDITED )
_________

TELEFON BIMBIT Naina yang diletakkannya di atas meja kopi berdering lantang hingga mengganggu perbincangan di antara dia, Ezmir dan Lisa.

Ezmir mendengus kasar di sebelah Naina sebelum dia menghempas belakang tubuhnya pada dada sofa cleopatra yang ada diruang tamu Villa Cassandra itu.

"It's okay, Naina. Just answer the phone," suruh Lisa.

Tanpa menunggu Ezmir bersuara Naina terus mencapai telefon lalu meminta diri. Dia meninggalkan Lisa dan Ezmir sendirian disitu. Dia menjawab panggilan telefon Fahmi jauh dari suami dan kakak iparnya.

Lisa memandang Ezmir dan Naina silih berganti. Ada sesuatu yang Ezmir dan Naina sembunyikan daripadanya. Ada sesuatu yang dia perlu tahu tapi Ezmir enggan memberitahunya. Apa dia rahsia Ezmir dan Naina ni?

"May I ask you something?" tanya Lisa tiba-tiba membuatkan Ezmir kembali menoleh padanya. Dari tadi pandangannya hanya tertumpu pada Naina. Apa yang dikatakan Lisa pun dibuatnya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Terkebil-kebil Ezmir memandang Lisa. "Apa dia?"

"Kenapa I tak rasa korang berdua kahwin sebab cinta ya, Ezmir? You nampak beria nak adakan majlis sanding ni, sedangkan Naina..." Lisa buang pandangan ke arah Naina yang sedang bergayut ditelefon jauh dari mereka berdua.

Ezmir tidak menjawab terus. Lama dia biarkan soalan Lisa itu bergantung tanpa sebarang jawapan. Sememangnya dia hendak berbuat begitu tapi Ezmir tahu kakaknya itu tidak akan diam selagi soalannya tidak berjawab.

"Are you hiding something from me, Ezmir Syah?" tanya Lisa penuh curiga.

"No la. Naina memang macam tu, dia tak nak buat majlis tapi I yang paksa dia." bohong Ezmir.

Lisa ragu dengan jawapan yang diberikan Ezmir kepadanya. Fail yang terbuka di atas meja ditutup. Dia menyandarkan belakang tubuhnya di dada sofa tunggal yang didudukinya.

"Naina is...young. I tengok dia macam baru habis sekolah. Berapa umur dia?"

"Almost 23."

"Sepuluh tahun lebih muda dari you?"

Ezmir mengangguk. "Cinta tak kenal usialah Lisa."

"You tak rasa dia banyak lagi benda nak buat ke dalam hidup dia selain dari kahwin dalam usia muda macam ni? Ke you yang paksa dia kahwin?"

Duppp!!! Berdetak laju jantung Ezmir dibuatnya. Nampak sangat ke dia paksa Naina kahwin dengan dia?

"Nonsense!"

"Ezmir, I'm your sister. Ada benda yang you lupa nak beritahu I ke?"

Ezmir menggeleng. "Tak ada."

"Is she pregnant?" tuduh Lisa dengan nada suara yang agak pelahan. Hampir berbisik.

Ezmir mengerutkan dahinya. What? "No. I ni ada macam muka perosak anak dara orang ke Lisa?" keras suara Ezmir bertanya.

'Well, hampir Ezmir. Kau lupakah kau ajak Naina tidur dengan kau sebelum kau ajak dia kahwin?' Sinis suara itu berkata. Ezmir diam. Ya tak ya juga. Tapi itu dia saja aje nak gertak Naina. Bukan betul-betul pun.

Lisa membetulkan duduknya sebelum dia berdehem seketika. Menyesal dengan ketelanjuran mulutnya bertanya. Memanglah Ezmir bukan lelaki macam tu tapi Lisa cuma takut sekiranya kebarangkalian ianya berlaku. Tengok aje cara Naina berpakaian mustahil Ezmir tak tergugat.

"Sorry."

"Bilik I masih okey ke?" tanya Ezmir.

"Nak bermalam dekat sini ke?" soal Lisa tanpa menjawab pertanyaan adiknya.

Bukan Untuk Dicintai ( RAW / ON GOING )Where stories live. Discover now