BAB 13

7.9K 302 7
                                    

SELESAI membersihkan tubuhnya, Ezmir berdiri dihadapan cermin sinki dalam bilik airnya. Lama wajah kacaknya dipandang melalui pantulan cermin itu.

Naina. Tiba-tiba nama itu muncul dalam fikirannya. Gadis itu masih sama seperti enam tahun yang lepas. Cantik, innocent, seksi dan degil. Dia tidak tahu bagaimana hendak mengawal gadis itu.

Ezmir menapak keluar dari bilik airnya. Dia keluar dari bilik air hanya dengan tuala yang melilit dipinggangnya. Dia duduk dibirai katil.

Pertemuannya dengan Naina pagi tadi memang telah dirancang. Dia sengaja datang ke rumah Naina hanya ingin memastikan gadis itu dalam keadaan baik. Maklumlah, Naina adalah aset yang bernilai RM 30 juta.

Ezmir tersenyum sendiri. Boleh tahan baran yang dimiliki oleh Naina. Ezmir tidak sangka gadis sweet begitu boleh melenting dengan kasar. Long way to go, Naina.

Tiba-tiba peristiwa tiga bulan lepas berlegar di kotak pemikirannya. Peristiwa di mana Fahmi memeluk Naina masih segar di dalam ingatannya. Ezmir melepaskan penumbuk ditilam. Kenapa dia cemburu? Naina bukan untuk dicintai. Gadis itu sekadar tempat untuk dia melunaskan dendamnya terhadap Tan Sri Ahmad. Jadi dia tidak seharusnya kisah dengan apa yang dilakukan oleh gadis itu.

“Dua minggu dari sekarang aku akan dapatkan kau, Naina. Aku tahu kelemahan kau adalah Faith's Villa.” Ezmir bermonolog sendiri. Bibirnya tersungging senget. Dia akan jadikan kelemahan Naina itu sebagai kelebihan untuk dirinya.

****

NAINA berdiri dihadapan Faith's Villa sambil menggenang segala kenangan yang tercipta di dalam rumah itu. Bayangan arwah ibu dan ayahnya terbayang di matanya. Banyak memori indah yang dikongsi bersama dengan arwah ibunya ketika arwah masih hidup.

Hati Naina jadi sayu tiba-tiba. Lebih kurang dua minggu saja lagi, dia akan kehilangan rumah ini. Rumah di mana tempat dia dibesarkan.

Keluhan berat dilepaskan. Naina melangkah berat masuk ke dalam Faith's Villa. Wajah muramnya dipandang sayu oleh Mak Mah.

“Naina okey ke?” tanya Mak Mah prihatin.

Naina menoleh ke arah wanita hampir sebaya dengan arwahnya itu sebelum dia menggeleng.

“Naina tak okey, Mak Mah.” jawab Naina sebelum tubuh gempal Mak Mah dipeluknya erat. Tangisannya pecah disitu.

“Kenapa nie?” Soal Mak Mah dengan nada kerisauan. Tidak pernah-pernah Naina bersikap sebegini. Ini adalah kali ketiga dia melihat Naina menangis sebegini.

Pertama, ketika Puan Fatih Suraya meninggal dunia. Kedua, ketika Tan Sri Ahmad meninggal dunia tiga bulan yang lepas. Sekarang, apa sebabnya?

Naina merenggangkan pelukannya. “Rumah nie bukan milik kita lagi, Mak Mah.”

“Apa?”

Naina mengangguk. “Lelaki yang datang pagi tadi adalah pemilik yang baru.”

“Macam mana...” ayat itu tergantung sebaik sahaja Mak Mah melihat Naina menggeleng.

“Naina tak tahu.” Dia berharap dia juga reason sebenar kenapa ayahnya sanggup menggadaikan rumah ini.

“Tak apalah, kita boleh tinggal di kampung Mak Mah. Kalau Naina nak.”

Naina tersenyum sayu. “Tapi Mak Mah kenal Naina, kan. Naina tak akan biarkan orang asing merampas hak Naina.” Ujar Naina.

“Naina nak buat apa?” Soal Mak Mah. Apa yang dirancang oleh Naina? Dia tidak mampu menebak apa yang sedang bermain difikiran gadis 22 tahun dihadapannya ini.

“Kita tunggu dua minggu lagi. Naina nak tengok apa yang dia boleh buat kalau Naina tak nak keluar daripada rumah ini.”

“Naina....”

“Mak Mah, Naina perlukan Mak Mah. Naina nak Mak Mah sokong Naina.”

Mak Mah meraih jari jemari runcing Naina didalam gengamannya. “Mak Mah sentiasa sokong Naina.” kata Mak Mah membuatkan bibir sensual Naina menguntumkan senyuman.

“Terima kasih, Mak Mah.” Ucap Naina sambil meraih Mak Mah didalam pelukannya sekali lagi.

****

DUA MINGGU berlalu dengan pantasnya. Seperti yang Naina jangkakan, Ezmir sudah berada didalam rumahnya sebaik sahaja dia menuruni anak-anak tangga ke ruang tamu.

Naina berdiri penuh lagak sambil memeluk tubuh dihadapan Ezmir. Dia perasan Ezmir memandang dirinya dari atas ke bawah. Almaklumlah, Naina mana reti nak pakai pakaian yang cukup kain. Ada saja benda yang nak didedahkannya. Short dan t-shirt longgar yang dipakainya sekarang ini cukup selesa bagi Naina. So?

Naina menjeling. Langsung tidak menghiraukan pandangan miang Ezmir itu.

What do you want?” Tanya Naina straight to the point.

“You ask me? Well, Miss Faith Naina, today this house official mine.” Ezmir sengaja senyum senget. Sengaja hendak menyakitkan hati Naina.

“Kalau aku tak nak keluar daripada rumah nie, kau nak buat apa?”

Ezmir sengaja menarik nafas sebelum menghembusnya pelahan. Itulah ayat yang dia ingin Naina ucapkan. Dalam hati Ezmir tersenyum sinis.

“I will give this house back to you if you follow my condition.” ujar Ezmir sambil memandang Naina dari atas ke bawah.
          
Naina membalas pandangan mata Ezmir dengan tajam. Dasar lelaki tak guna! Gatal!

“What is your condition? This is Naina, try me.” kata Naina sombong. Dia bertekad akan lakukan apa saja untuk mendapatkan semula rumah yang tersimpan banyak kenangan. Terutama sekali kenangan bersama ibunya.

“Sleep with me.” Kata Ezmir.

__________

Siapa setuju chapter nie a little bored ? Put your hands up 🙌🙌 and komen tau . Lambat sangat idea nak sampai nie 😂😂 .

Don't forget to hit the star as always . Follow me and share my stories with your friends , okay 👌👌 . Promise me tau 😊😊 . Love you guys tight-tight 😘😘 .

Love ,

S.H.

Bukan Untuk Dicintai ( RAW / ON GOING )Where stories live. Discover now