BAB 21

7.6K 282 18
                                    

NAINA menekan-nekan skrin telefon Samsung Edge 7 miliknya walaupun tiada apa pun menarik minat untuk menekan telefonnya itu lama-lama. Dia tidak pasti apa yang mengganggu fikirannya saat ini.

Ezmir yang fokus dalam pemanduannya langsung tidak dipandang. Sebenarnya Naina tertanya-tanya apa hubungan Ezmir dengan Lisa. Mereka nampak mesra. Bibir Ezmir tidak lekang dengan senyuman apabila dia berbual dengan Lisa.

Hisy, Naina. Kau fikir apa nie? Tak kisahlah apa hubungan dorang. Yang penting kau dapat rumah kau balik, Naina cuba menenangkan dirinya sendiri.

Ezmir menoleh ke kiri. Tak pernah Naina diam jika mereka berdua bertemu. Pasti ada saja yang membangkitkan kemarahan gadis itu. Tapi hari ini Naina banyak mendiamkan diri.

"Kau kenapa?" Soal Ezmir memecahkan kesunyian di dalam kereta Lamborgini miliknya itu tanpa mengalihkan fokus pemanduannya.

Naina menggeleng.

"Serius?"

"Hmm..."

"Okay."

"Lisa tu cantik, kan? Umur dia berapa?" Soal Naina tiba-tiba.

'Oh, now I know.' Ezmir menyembunyikan senyumannya. Cemburu ke Naina dengan Lisa?

"Sangat cantik. She is beautiful with a heart and she's three years older than me." Jawab Ezmir.

Naina tidak memberi respon. Dia hanya menganggukkan kepalanya.

"Aku tengok korang mesra, kenapa kau tak kahwin dengan dia?"

"Sebab dia tak berhutang dengan aku." Jawab Ezmir selamba.

Naina menelan air liurnya. Terasa pahit dan berpasir. Naina, games about to start. Jangan biarkan Ezmir menang dalam permainan nie.

"Kalau kau rasa hutang ayah aku jadi penghalang hubungan korang, apa kata kau lupakan sekejap pasal hutang tu. Aku tak nak jadi perosak hubungan orang." Ujar Naina kecil.

"Kau cakap apa nie?" tanya Ezmir serius.

"Aku cakap kau boleh kahwin dengan Lisa kalau kau nak. Jangan risau aku akan tetap bayar hutang ayah aku walaupun kita tak kahwin."

Ezmir tertawa. "Boleh tak kau berhenti mengarut sebelum aku fikir kau sebenarnya cemburu dengan Lisa." Ujar Ezmir.

"Cemburu? Nonsense." Nafi Naina.

"Kalau kau dah jatuh cinta dengan aku, terus terang aje. Aku tak kisah pun. Perempuan dekat luar sana pun ramai nak aku jadikan dorang isteri aku. Tapi sayang, dorang tak berhutang dengan aku."

Naina tergelak dibuat-buat. "Jangan nak perasanlah, Ezmir. Aku jatuh cinta dengan kau? No. Kau mesti lupa yang tugas aku ialah buat kau jatuh cinta dengan aku. The rule is if you fall in love with me, you lose. Am I right?" Sinis Naina berkata sebelum dia membuang pandangannya ke arah luar kereta.

Ezmir sudah kehilangan punca untuk bersuara. Dia hampir terlupa tentang itu. Saban hari dia mengingati dirinya bahawa dia sememangnya melarang dirinya jatuh hati dengan Naina.

'Jangan biar dia menang Ezmir. Not to soon.'

****

NAINA berdiri dihadapan cermin besar yang tersedia khas untuk hari ini dalam bilik tidurnya. Dia memandang dirinya yang anggun mengenakan busana pengantin berwarna putih hasil sentuhan Lisa itu. Sangat cantik. Sama seperti yang diminta oleh Ezmir. Cantik, simple dan putih.

Naina melepaskan satu keluhan berat. Jika Ezmir adalah lelaki yang dia cintai sepenuh hati pasti hari penyatuan ini akan lebih bermakna buat dirinya. Tetapi sayang, hari pernikahkan ini langsung tiada ertinya buat Naina.

"Dah siap." Sapa Mak Mah diambang pintu bilik Naina.

Naina menoleh ke kiri. Kelihatan wanita separuh abad itu tampak kemas dengan berpakaian baju kurung. Naina tersenyum segaris memandang Mak Mah.

Mak Mah melangkah masuk ke dalam bilik tidur Naina. Tubuh langsing Naina bersarung busana pengantin itu dipandangnya sayu. Dia mengerti perasaan anak muda ini. Mesti fikirannya bercelaru mengenangkan nasibnya.

Mak Mah meraih tangan Naina lembut. "Naina pasti ke dengan semua nie? Naina masih boleh batalkan majlis nie kalau Naina nak." Ujar Mak Mah.

"Mak Mah, percayalah. Naina sebenarnya nak sangat batalkan majlis nie tapi Naina tak boleh. Faith's Villa lebih penting dari kehidupan Naina."

"Naina..."

"Mak Mah, beritahu Naina apa yang Naina buat nie betul?"

"Naina masih muda. Naina boleh bina hidup baru walaupun tanpa Faith's Villa. Naina masih ada Mak Mah, Fahmi, Mina dan kakitangan KTK Construction. Naina tak bersendirian."

Naina menarik nafas sebelum menghembusnya pelahan. Dia buntu. Apa yang harus dia lakukan? Sekejap lagi dia akan bertolak ke masjid untuk upacara akad nikah. Boleh ke aku larikan diri? Naina menggeleng kepalanya pelahan. Dia cuba mengusir bisikan-bisikan halus itu dari mindanya.

"Naina okey, Mak Mah. Naina kena okey." Ujar Naina sambil menguntumkan senyuman kepada Mak Mah.

"Kalau dah itu Naina inginkan, Mak Mah hanya mampu doakan kebahagian Naina dengan bakal suami Naina tu."

Naina senyum. "Terima kasih."

"Mak Mah nak pesan, bila dah sah bergelar isteri tu Naina dah tak boleh ber'kau' 'aku' dengan suami Naina. Dah tak boleh meninggikan suara dengan dia macam sebelum nie. Kalau dia marah, Naina kena diam. Faham tak?"

Naina mengangguk. Faham Mak Mah. Tapi Naina kena ikut situasi jugalah. Ezmir tu bukannya boleh percaya sangat, jawab Naina dalam hati.

"Dah. Jom turun. Rasanya Mina pun dah tunggu dekat bawah tu."

"Fahmi?"

Mak Mah menggeleng. "Mungkin dia terus datang ke masjid kut."

Harap-haraplah.

****

PAK HALIM memarkirkan kereta tepat dihadapan masjid. Suasana masjid agak lenggang pada pagi ini kerana tidak ramai tetamu yang dijemput oleh Ezmir dan Naina.

Naina terpandang kereta Ezmir yang sudah tersadai dibelah keretanya. Pasti lelaki itu sudah ada di dalam bersama tok kadi. Naina menghirup udara segar sebelum keluar dari perut kereta.

"Kau okey ke, babe?" Soal Mina disisinya.

"Aku okey. Fahmi tak datang." Ujarnya kehampaan.

"Siapa kata aku tak datang?" Sapa suara yang cukup dikenali dari arah belakang.

Naina, Mina dan Mak Mah menoleh serentak ke belakang. Naina tersenyum riang. Sekarang, Naina berasa ahli keluarganya sudah lengkap.

"I thought.... Kau marah aku lagi ke?" Soal Naina sambil menapak ke arah Fahmi.

"Aku mana boleh marah kau lama-lama. I'm your bestfriends, mestilah aku ada bila kau dah nak kahwin. Lagipun, I'm invited." ujar Fahmi berseloroh.

Naina jadi sebak. Dia terharu dengan Fahmi. Naina tahu Fahmi masih terasa hati dengan pelakuannya tetapi Fahmi masih sanggup tunjuk muka di depannya.

"Dah. Tak payah berdrama sangat, nanti rosak mekap kau tebal seinci tu. Jom masuk."

Naina tersenyum sambil mengatur langkah serentak dengan Fahmi, Mina, Mak Mah, Pak Halim masuk ke dalam masjid.

________

Be honest . Bosan tak chapter nie ? Sebab sis macam tak ada feeling masa karang nie 😂😂😂 .

Answer me honestly okay . I want to know 😉😉 . Sis tak marah kalau ada yang cakap chapter nie membosankan . Huhu

Bukan Untuk Dicintai ( RAW / ON GOING )Where stories live. Discover now