BAB 4

8.2K 271 1
                                    


EZMIR senang hati. Tanpa paksaan, tanpa menggunakan cara kasar akhirnya dia berjaya melunas dendamnya terhadap Tan Sri Ahmad satu per satu. Tan Sri Ahmad tidak akan mampu membayar RM 30 jutanya dalam tempoh setahun. Ezmir yakin Faith’s Villa akan menjadi haknya semula.
             
Villa itu pada asalnya merupakan kepunyaan ayahnya, Dato’ Arif. Akibat permainan kotor Tan Sri Ahmad, mereka sekeluarga hilang tempat tinggal dan juga tempat bergantung. Akibat perbuatan kawan makan kawan Tan Sri Ahmad itu, dia kehilangan kedua orang tuanya dalam nahas jalan raya.
               
Pada saat itu, Ezmir bersumpah untuk menghancurkan Tan Sri Ahmad serta keturunannya. Dia tidak akan biarkan keturunan Tan Sri Ahmad hidup bersenang lenang sementara dia hidup dalam keadaan terseksa. Tidak mudah untuk dia kecapi apa yang dia ada sekarang ini. Tak mudah juga untuk dia menjatuhkan Tan Sri Ahmad.
                
“Waktu kemusnahan kau hampir tiba, Tan Sri Ahmad. Aku akan buat anak kau rasa betapa sakitnya bila kehilangan tempat untuk bergantung.” ucap Ezmir sarat dengan perasaan benci. Tugas untuk menjatuhkan Tan Sri Ahmad hampir selesai, sekarang Ezmir ingin fokus pada anak tunggal lelaki itu pula.
                 
Ezmir geram. Tan Sri Ahmad begitu pandai menyembunyikan anaknya sehingga tidak ada satu pun media mampu menangkap gambar putri tunggal musuhnya itu.
                   
Faith Naina, we will meet soon.” Ezmir tersenyum sinis memandang cermin.

***

NAINA BERANG dengan ayahnya.  Sudah dua hari Naina berada di Kota Paris ini namun ayahnya masih belum kunjung tiba. Bila dia cuba menghubungi ayahnya, panggilannya selalu masuk ke dalam peti simpanan suara. Naina tidak suka bila orang berjanji lalu tidak mengotakan janjinya.
            
“Takpe. Ayah tak nak Naina balik Malaysia, kan. Okay, fine. Naina takkan balik selagi ayah tak datang jemput Naina sendiri. Itu janji Naina,” Naina membulatkan tekad. Dia melancarkan mogok merajuk dengan ayahnya.
               
Naina sebenarnya tidak kisah jika ayahnya sibuk dengan hal syaikat. Ayahnya memang terkenal dengan sikap workaholic dia tu tetapi Naina berasa curiga dengan ayahnya. Apa yang ayahnya cuba sembunyikan daripada dia sehingga ayah sanggup ‘menghalau’ dia ke Kota Cinta ini. Kota Romantik ini tidak mampu menarik perhatian Naina.
                  
Tambah-tambah lagi, hatinya terlalu risaukan ayahnya yang bersikap tertutup sejak ke belakangan ini. Huh, apa kata telefon Fahmi.
                   
Naina mengeluarkan telefon Samsung Edge dari beg tangan jenama Louis Vuitton miliknya lalu dia mendail nombor telefon Fahmi. Sejak Fahmi bekerja dibawah syarikat ayahnya, lelaki itu telah diberi kepecayaan oleh Tan Sri Ahmad. Walaupun, Fahmi adalah seorang peguam muda namun Naina tidak menafikan bakat yang ada dalam diri lelaki itu. Disebabkan oleh itu, Naina selesa berkawan dengan Fahmi.
                    
“Hello,” sapa suara dihujung talian.
                    
“Hello, Fahmi. Aku ni.”
                    
“Ye tahu. Ada apa?” soal Fahmi sedikit dingin.
                     
“Ayah buat apa ya? Kenapa ayah tak datang sini?” tanya Naina. Mesti Fahmi tahu segala-galanya.
                      
“Ayah kau tu CEO syarikat. Syarikat lebih perlukan dia daripada kau.” ujar Fahmi.
                       
“Tapi ayah dah janji dengan aku tau. Kenapa dengan ayah, Fahmi?”
                        
“Ke...kenapa apa?” soal Fahmi gagap. Kenapa dia berasa Naina seakan telah menghidu sesuatu.
                          
Naina tergelak di corong telefon. “Yang kau tergagap ni kenapa?”
                          
“Tak adalah. Kau janganlah fikir negatif pasal ayah kau. Tan Sri okay. Dia tak dapat join kau sebab banyak sangat mesyuarat dengan ahli lembaga pengarah lain. Apa kata kau nikmat saja percutian semester kau tu.” ujar Fahmi. Dia telah berjanji dengan Tan Sri Ahmad untuk merahsiakan kondisi KTK Construction daripada Naina. Dia tidak boleh memberitahu Naina sehinggalah tiba masanya.
                      
Naina masih terlalu muda untuk terbeban dengan masalah syarikat ayahnya. Oleh sebab itu, Tan Sri Ahmad mahu merahsiakan segala masalah yang melanda syarikatnya daripada anak tunggalnya yang berusia 22 tahun itu.
                       
“Ayah sihat tak?” tanya Naina lagi. Sebelum dia berangkat ke Paris, ayahnya seakan tidak sihat. Wajahnya pucat dan tidak bermaya. Bila dia menolak untuk ke Paris ayahnya marah bukan main lagi.
                         
Hati Naina mula risau. Ayahnya sakit ke? Kenapa ayahnya mahu berahsia dengannya?
                         
“Alhamdulillah, sihat.”
                         
“Kau tolong jaga ayah untuk aku tau, Mie. Kau aje yang paling dekat dengan ayah masa ni.”
                          
“In Shaa Allah. Dahlah, aku nak masuk war room ni ada meeting,” tipu Fahmi.
                            
Okay. Jaga ayah tau.” pesan Naina sekali lagi sebelum dia menamatkan panggilan.
                            
Hati Naina masih tidak tenang. Dia mensyaki Fahmi turut bersekongkol dengan ayahnya. Ayah, janganlah buat Naina risau, desis hati Naina.

Bukan Untuk Dicintai ( RAW / ON GOING )Where stories live. Discover now