BAB 10

8.1K 276 6
                                    

NAINA tidak mampu menahan tangisnya. Dari Melbourne sampailah kapal terbang sudah selamat mendarat di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pun dia masih lagi menangis. Matanya sudah merah membengkak akibat terlalu lama menangis.

Naina sudah siap berpakaian baju kurung berwarna putih berserta sehelai selendang warna yang sama tersangkut di kepalanya. Hari ini ayahnya akan dikebumikan. Hari ini adalah hari terakhir dia melihat wajah ayahnya. Hari ini adalah hari terakhir dia berada bersama ayahnya diatas muka bumi ini.

Naina mempercepatkan langkahnya sebaik saja dia terpandang batang tubuh Pak Halim yang begitu setia menunggunya di balai ketibaan. Naina mendakap Pak Halim sebelum dia menangis hiba dibahu Pak Halim. Pak Halim menepuk-nepuk bahu Naina pelahan.

“Jom, mereka dah tunggu kita dekat rumah. Tak baik kita lengahkan pengebumian arwah.” Ujar Pak Halim pelahan.

Naina meleraikan pelukannya pelahan. Dia mengangguk tanda faham. Pak Halim menarik bagasi beroda Naina sementara Naina berjalan seiring dengannya menuju ke arah kereta yang terparkir dihadapan pintu keluar KLIA.

****

FAHMI menggengam penumbuknya apabila dia terpandang Ezmir bersama dengan Fitri selaku peguam lelaki itu dan Raina, setiausaha Ezmir datang mendekatinya. Jika dia tidak memikirkan orang ramai berada di Faith's Villa sudah lama agaknya lelaki itu makan penumbuknya.

“Takziah.” Ucap Fitri sambil menghulurkan tangannya pada Fahmi. Fahmi menyambut huluran tangan Fitri pelahan sebelum matanya tajam menikam ke dalam anak mata kelabu milik Ezmir. Bergerak-gerak rahangnya menahan marah.

“Tuan, saya masuk ke dalam dulu ya.” Pamit Raina sebelum meninggalkan mereka bertiga di hadapan pintu masuk ke dalam Faith's Villa setelah Ezmir memberikan kebenaran.

What are you doing here?” Soal Fahmi. Dia tahu maksud kedatangan Ezmir ke mari. Ezmir bukan datang untuk mengucapkan takziah tetapi kedatangan lelaki itu seakan memberikan amaran kepadanya.

“Aku datang sebab arwah Tan Sri Ahmad klien aku. Kau lupa ke?” Sindir Ezmir.

“Kau tak payah nak berdalihlah Ezmir. Manusia macam kau nie yang sepatutnya mati. Bukan Tan Sri. Kalau bukan sebab kau datang ke KTK Construction semalam aku rasa Tan Sri masih bernafas lagi saat ini.”

Air muka Ezmir sudah mula berubah. Wajahnya mula membeku. Matanya tidak lepas dari melemparkan Fahmi pandangan tajamnya.

“Siapa kau nak tuduh aku macam tu?” tanya Ezmir sambil memasukkan tangan kirinya ke dalam seluar slack berwarna hitam yang dipakainya.

“Habis, kau nak aku tuduh diri aku sendiri ke?” Sinis Fahmi menyoal.

“Kau tak redha dengan ketentuan takdirlah, Fahmi. Dah ajal dia nak pergi semalam, kenapa kau nak salahkan aku pulak?”

I know all your plans, Ezmir. Tan Sri dah beritahu aku segalanya sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. You want Naina? Dream on.

Fitri memandang Fahmi dan Ezmir silih berganti. Kenapa Naina masuk dalam topik perbualan mereka? Apa kena mengena Ezmir dengan kematian Tan Sri Ahmad? Kenapa dia tidak tahu apa-apa?

“Kenapa Naina masuk dalam perbualan korang?” tanya Fitri yang berdiri disebelah Ezmir.

“Sebab Tuan kau ni nakkan Naina sebagai pertukaran RM 30 juta yang Tan Sri pinjam dari dia. But don't worry, Fitri aku takkan serahkan Naina pada lelaki tak guna macam dia nie.”

Bibir Ezmir tersungging senget. Dia seakan mengejek setiap bait ayat yang keluar dari mulut Fahmi. Nampaknya, Fahmi masih belum mengenali dirinya yang sebenar-benarnya. Dia Ezmirlah. Dia terkenal dengan ayat 'apa yang dia mahu dia akan dapat'. Biarpun dia dihalang, dia akan jadikan Naina miliknya juga nanti.

“Kau siapa pada Faith Naina? Abang ke suami? Kau sekadar peguam bapa dia saja. You're nothing, man.” Sengaja Ezmir menyakitkan hati Fahmi dengan menekan perkataan 'bapa' itu. 

“Naina...” cetus Fitri tiba-tiba sambil matanya dibuang ke arah pintu pagar. Fahmi dan Ezmir turut memandang ke arah yang sama dengan Fitri.

Fahmi menarik nafas pelahan. Dia meninggalkan Fitri dan Ezmir sebelum langkah kakinya dihayun ke arah Naina yang baru saja keluar dari perut kereta. Tiba-tiba Naina menerpa ke arah Fahmi sebelum pipi lelaki itu jadi mangsa tamparannya.

Ezmir tersenyum sinis. Wajah gadis dibaluti kurung putih itu masih belum dilihatnya dengan jelas kerana kedudukan Fahmi berdiri dihadapan Naina membataskan pandangannya. Ezmir berpaling ke arah lain sementara Fahmi dan Naina sedang buat drama swasta dihadapan pintu pagar Faith's Villa.

You promised me, Fahmi. You promised me.” Ujar Naina berserta dengan tangisan sayu. Suaranya serak, matanya bengkak membuatkan Fahmi mula dihambat dengan rasa serba salah yang menggunung.

I'm so sorry, Naina.” Hanya itu yang mampu Fahmi katakan. Maaf yang mungkin tidak bermakna pada Naina.

Naina memukul-mukul dada Fahmi dengan buku limanya. Dia melepaskan kemarahan dan perasaan kecewanya terhadap Fahmi disitu. Fahmi hanya membiarkan sebelum dia meraih Naina ke dalam pelukannya.

Ezmir yang terpandang keadaan itu berasa kurang senang. Entah mengapa dia merasai perasaan itu. Wajahnya bertukar muram. Ezmir terus membuangkan pandangannya ke arah lain.

'That's your first mistake, Faith Naina. I will teach you some lesson soon.' Ezmir berjanji dengan dirinya sendiri. Apa yang berlaku tadi, Naina akan membayarnya nanti.

'Ya, nanti. When you are mine. MINE, Faith Naina.' Tekad Ezmir dalam hati.

Bukan Untuk Dicintai ( RAW / ON GOING )Where stories live. Discover now