“NAINA?” tanya Tan Sri Ahmad di hadapan Fahmi.
Fahmi mengangguk. Sepanjang perbualannya dengan Naina, Tan Sri Ahmad ada disitu memerhati.
“Uncle tahu kamu rapat dengan Naina tapi satu aje uncle minta. Jangan buka cerita pasal rumah dan syarikat.” ujar Tan Sri Ahmad.
“Tapi uncle, Naina...”
“Fahmi, kamu kenalkan perangai Naina macam mana? Kalau dia tahu, rumah itu dah dicagarkan kamu fikir dia nak duduk diam ke? Rumah itu penuh dengan kenangan arwah ibu dia, dia tidak akan berhenti selagi rumah itu ditebus. Naina masih belajar. Uncle tak nak dia berhenti belajar hanya sebab dia ada ayah tak guna macam uncle.”
“Uncle....”
“Uncle buntu, Mie. Uncle dah tak tahu nak buat apa.”
“Tempoh setahun tu masih panjang. Kita kena berusaha mencari pelabur. Kita akan selesaikan masalah ni sama-sama uncle. Fahmi janji.”
“Terima kasih, Mie.” ucap Tan Sri Ahmad.
***EZMIR berpuas hati dengan hasil permainannya. Tanpa Tan Sri Ahmad ketahui dia adalah musuhnya yang sebenarnya. Ezmir sedang menghitung hari. Hanya berbaki sebelas bulan sahaja lagi, Faith’s Villa akan menjadi hak mutlaknya.
Ezmir tersenyum sinis di kerusi kerjanya. Entah dari mana datangnya, Ezmir berasa kurang jika dia memiliki Faith’s Villa namun tidak Faith Naina. Memiliki Faith’s Villa tidak cukup membuatkan Tan Sri Ahmad jatuh. Dia ingin orang tua itu melihat kesengsaraan Naina akibat perbuatan jahat yang dia telah lakukan terhadap Dato’Alif.
Dulu, kau perbodohkan ayah aku. Sekarang, anak dia yang perbodohkan kau. Kau akan rasa apa yang ayah aku rasa bila dia dapat tahu kawan baik dia berpaling tadah. Kau tak rasa bila kau hilang tempat bergantung. Tapi aku bersumpah, aku akan buat anak kau tanggung segalanya.
‘Faith Naina, once I meet you, you’re not safe anymore.’
Ezmir tersenyum senget. Mulai saat ini dia akan mencari tahu tentang keberadaan Naina. Dia juga teringin hendak melihat wajah gadis yang dikatakan cantik oleh Fitri itu.
Ezmir mencapai gagang telefon pejabat lalu menghubungi talian Fitri.
“Fitri, masuk bilik aku sekarang.” Arah Ezmir sebaris lalu meletakkan gagangan.Tidak lama selepas itu, Fitri sudah tercegat dihadapan meja kerja Ezmir.
“Ada apa Tuan?”
“Aku nak semua info pasal Faith Naina. Aku tak nak satu info pun kurang. Faham?”
Fitri terkedu. Dia faham arahan itu cuma apa yang majikannya itu hendak tahu pasal Naina. Bukankah Naina tidak kena mengena dengan perjanjiaan Ezmir dan juga Tan Sri Ahmad.
“Errr.... tapi Tuan.”
“Tapi apa!?”
“Naina tak ada kena mengena dengan perjanjian diantara Tan Sri Ahmad dan Tuan.”
“Aku cuma nak maklumat penuh pasal peminjam duit aku. So, aku nak info anak dia. Kau tak boleh buat ke?”
“Boleh. Cuma...”
“That's it. Out.” Arah Ezmir kasar. Fitri hanya menurut. Walaupun hatinya berat hendak melangkah.
Naina seorang gadis yang baik walaupun kadang-kadang orang salahertikan sikapnya dingin. Peristiwa dua tahun masih segar dalam kotak ingatan Fitri. Pada mulanya, dia juga seperti orang lain. Mengadil gadis itu tanpa mengenali gadis itu.
Namun, apabila dia bertemu dengan Naina di KTK Construction buat pertama kali, prespektifnya terhadap Naina berubah. Naina tidak sama seperti orang perkatakan. Bila bertemu berdepan dan bercakap dengan Naina, gadis itu sememangnya peramah.
Fitri tidak tahu mahu menyebelahi siapa. Ezmir adalah majikannya dan Naina pula adalah seorang gadis yang tidak patut disakiti oleh mana-mana pihak. Termasuk Ezmir.
Fitri cuma mampu berharap agar niat Ezmir untuk mendapatkan maklumat Naina hanya sekadar ingin mengenali saudara kliennya iaitu Tan Sri Ahmad.
![](https://img.wattpad.com/cover/83500501-288-k839300.jpg)
YOU ARE READING
Bukan Untuk Dicintai ( RAW / ON GOING )
Romance"I thought I could make you fall in love."